Bab 38

5.1K 208 25
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

********

"INI ketua lanun dan beberapa anak buah dia"

Beberapa keping gambar dicampakkan di atas meja.

Tengku Harriz mengambil kepingan gambar itu. Dibeleknya dengan teliti. Seketika dahinya berkerut apabila terpandang salah satu gambar.

"Kenapa?"

"Macam pernah nampak" matanya sekali lagi mengecil memandang pada satu kepingan gambar. Muka itu seperti pernah dilihat namun dia tidak ingat di mana.

"Komander bagitahu last jejak location mereka di Padang Besar, Perlis"

"Dia membeli-belah ke kat Padang Besar?" sampuk Razul namun menerima renungan tajam dari dua orang Tengku.

"Kau ni toloh ke bahlul?"dijeling tajam Razul. Stress ada member bengap macam ni!

"Target making contact dengan vendor kat Padang Besar" jelas Tengku Daim Hayyan

"Tapi kenapa kat Padang Besar? Kenapa tak pilih tempat yang sunyi sikit?"

Tengku Harriz sudah mendengus kasar. Budak ni karang ada juga kena tetak dengan dia kejap lagi!

"Diorang pilih tempat orang ramai lah senang untuk mereka. Senang nak buat orang bodoh macam kau ni jadi tebusan! Bodoh!" dengus Tengku Harriz kasar.

"Marah marah, period lah tu!" Razul menjeling tajam. Tangan memeluk tubuh. Merajuk!

"Kau tak payah jadi paskal lah, bangang! Penat aku asyik berkepit dengan kau!"

"Kau ingat aku hadap sangat nak berkepit dengan kau? Aku join paskal balik sebab rindu leftenan komander ni je lah!" rujuk dia pada Tengku Daim Hayyan. Dia bangun dari tempatnya lalu melabuhkan punggung kasar di sebelah Tengku Daim Hayyan. Dipeluk lengan lelaki itu sebelum menjelirkan lidahnya pada Tengku Harriz.

"Sudah sudah. Back to our discussion, komander cakap ketua lanun dan ketua vendor tu ada muncul kat Langkawi semalam. So komander arah kita untuk pergi ke Langkawi soon"

"Bila?"

"Esok"

"So kita bertolak esok?"

"Haah"

"Esok nak pergi mana?" Mereka berpaling memandang Farhana Sofea yang membawa dulang minuman menghampiri mereka dengan muka yang terkejut lagi-lagi Tengku Harriz.

"Siapa yang last masuk tadi?" Tengku Harriz memandang Tengku Daim Hayyan dan Razul bergilir-gilir

"Err aku" Razul menelan air liur kesat. Habislah!

"Asal kau tak kunci hanat!" marah Tengku Harriz. Risau dia jika Farhana Sofea mendengar semua perbualan mereka. Harapnya tidaklah! Kerana gadis itu masih belum tahu tentang pekerjaannya yang satu lagi itu.

"Korang nak pergi mana esok?" soal Farhana Sofea lagi. Diletakkan dulang minuman di atas meja. Beberapa gambar dan kertas di atas meja dilihat sekilas sebelum disorokkan oleh Tengku Daim Hayyan.

"Langkawi" Razul tolong jawab apabila Tengku Harriz hanya diam je sehingga gadis itu siap menuang teh ke dalam cawan pun tiada siapa yang menjawab soalan itu.

"Buat apa?" kepala mendongak memandang Tengku Harriz.

"I ada kerja kat sana. You boleh keluar tak ? Kami nak bincang something"

Perlahan-lahan kepalanya diangguk sebelum berjalan keluar dari bilik kerja Tengku Harriz. Pintu dikatup. Bibirnya mula mencerbik. Namun dia faham yang Tengku Harriz tidak suka dia masuk campur dengan hal pekerjaan lelaki itu.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now