Bab 31

4.3K 180 5
                                    

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*********

LANGKAH dipercepatkan, mengejar Farhana Sofea yang mara ke arah pagar. Dipusingkan badan gadis itu menghadapnya. Dahi berkerut seketika melihat mata sembab itu.

"Apa daddy buat kat Fea?" soalnya bengang. Elok sahaja gadis itu berbual dengannya tadi tapi kini mata itu sembab seperti  baru lepas menangis.

Farhana Sofea menggelengkan kepalanya.

"Bagitahu Lan, Fea. Kenapa Fea menangis?" 

Sekali lagi Farhana Sofea menggelengkan kepalanya.  

"Tak ada apa, Lan. Fea balik dulu"

Badan dipusingkan. Dengan hati yang berat dia menyambung langkahnya menuju ke pagar kecil dimana dia masuk tadi. Panggilan Dylan Shah yang memanggilnya dihiraukan. Di saat pagar dibuka, kereta Audi R8 berwarna hitam berhenti di depannya dan dia sangat mengenali kereta itu.

Bibir digigit tatkala melihat Tengku Harriz yang keluar dari kereta, berjalan mara ke arahnya. Gusar hatinya apabila langkah lelaki itu tepat berhenti di depannya. Tangan kanan kekar memegang dagunya. Didongakkan kepalanya supaya menentang anak mata yang berwarna coklat itu.

Dia segera menepis tangan Tengku Harriz. Anak mata dilarikan memandang ke arah lain. Terasa mahu menangis lagi apabila ditenung oleh lelaki itu.

Tangan digenggam. Tengku Harriz menerpa pada Dylan Shah yang berdiri tida jauh daripada mereka.

"Kau buat dia menangis ke?" baju Dylan Shah dicengkam.

"Harriz!"

Farhana Sofea segera menerpa ke arah mereka berdua. Dia melepaskan cengkaman tangan Tengku Harriz pada baju Dylan Shah lalu berdiri di tengah-tengah memisahkan mereka berdua.

"Bukan Lan lah" ujarnya dengan suara kendur. 

Dia penat. Tolonglah jangan bergaduh!

"Ayah you?" 

Soalan Tengku Harriz dibiarkan tidak berjawab. Dia memilih untuk diam daripada menjawab soalan itu. Mata dipejam seketika. Baru mulut ingin dibuka mahu mengajak Tengku Harriz balik namun lelaki itu terlebih dahulu melangkah masuk ke halaman rumah ayahnya.

"Harriz......"

Lengannya yang dipegang oleh Farhana Sofea ditepis.

"Once is enough, Hana"

Bibir digigit. Tahu apa yang dimaksudkan oleh Tengku Harriz.

"No. What is done is done"

Tangan mencapai lengan Tengku Harriz sekali lagi.

"I nak balik...."

Bergetar anak mata hitam itu memandangnya seakan merayunya untuk tidak mengeruhkan lagi suasana.

Dihela nafas yang berat.

"Hmm, jom balik"

Ditarik lengan Farhana Sofea menuju ke kereta. Pintu kereta dibuka untuk gadis itu sebelum dia berlalu ke seat pemandu. Dylan Shah yang berdiri memerhati mereka dihiraukan. Sebelum masuk ke dalam kereta, dia memandang rumah banglo yang mewah itu.

Tangan digenggam.

Tahulah dia macam mana mahu membalas balik!

Farhana Sofea hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Air matanya sedari tadi sudah kering. Walaupun dadanya masih terasa sesak, dirinya yang ingin menangis namun dia lemparkan semua perasaan itu ke tepi.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriWhere stories live. Discover now