25

405 13 0
                                    

"Iffat, bangun," panggil satu suara yang garau. Aku mahu buka mata, namun kepala yang sakit terasa berat dan mata berpinar-pinar.

"Iffat...," namaku dipanggil lagi dan kali ini, aku betul-betul berusaha mencelikkan mata.

"Kenapa?" soalku.

"Umi suruh turun makan. Cepat sikit," kata Hazzar. Dia terus keluar dari biliknya.  Aku pula segera mencapai tudung sarung yang tergantung di penyidai kain.

Hampir saja di meja makan, aku melihat wajah-wajah yang ada. Umi, walid, Hazzar, Angah, Kak Hanani, Ikram dan Taufiq. Mereka masih belum menjamah makanan lagi. Mungkin kerana mahu menunggu aku.

"Iffat, dah okay ke? Jom, kita makan dulu. Hari ni, Kak Hanani kamu masak sup ikan, khas untuk kamu," kata umi. Aku melabuhkan duduk di sebelah Hazzar.

"Iffat, rasalah sup ikan tu. Akak tengok Iffat nampak tak sihatkan, makan sup tu. Makan banyak sikit bagi ada tenaga," kata Kak Hanani pula. Dia menuangkan sup dan ikan ke dalam pingganku.

"Terima kasih, kak. Mesti sedap,"

"Mestilah sedap. Sebab tu angah ambil Kak Hanani jadi isteri angah," usik angah. Semua di meja itu ketawa kecuali Ikram dan Naira.

"Naira boleh baking tau. She is talented too. Nanti, boleh join Kak Hanani," ujar Ikram. Tiada siapa pun membalas.

Aku memandang Naira. Naira masih lagi memberi aku renungan tajam seperti semalam. Apa lagi yang dia tak puas hati ni?

"Hazzar, baca doa," arah walid.
_________________

Pinggan didalam singki aku cuci. Sedang menyental periuk, Naira datang meletakkan dulang yang ada beberapa gelas dan cawan kotor.

"Aku tertanya, macam mana kau boleh ambil hati orang dalam rumah ni? Kau pakai apa?" soal Naira sinis. Aku hanya diam, malas mahu melayan dia.

"You know what, Iffat? Aku lebih dari kau untuk segala-galanya. Latar belakang keluarga aku bagus, tak macam kau. Tak pelik kalau orang macam kami nak masuk dalam keluarga ni. Tapi, kau...tak layak,"

Aku sedang menahan bara. Rasa mahu meletup, tapi tak larat. Orang macam Naira ni, lagi dilayan, lagi dia gila.

"Eh, biadaplah kau ni! Kau dengar tak apa aku cakap ni?" soalnya lalu menolak bahuku.

"Naira tu yang dah kenapa? Buat apa nak diusik Iffat ni lagi? Tak cukup ke, dah rampas bekas suami dia?" celah Kak Hanani. Mangkuk yang berisikan lauk disusun atas meja lalu ditutup menggunakan sangai.

"Naira, jagalah sikit perangai tu. Nak tahu kenapa semua orang sayangkan Iffat? Sebab orang boleh rasakan kebaikan dia. Tapi Naira, awal-awal lagi dah tunjuk belang,"

"Tapi...,"

"Tak payah tapi-tapi sangat, Naira. Semua dalam rumah ni dah tahu apa Naira buat dekat Iffat dengan along semalam. Tu pun, Naira masih tak puas hati ke? Nak kata Iffat ni nak rampas Ikram tu, rasanya nak rujuk pun tak boleh dah sebab kena cerai talak tiga. Apa yang Naira nak sebenarnya?"

"Kak, tak apa la," aku memujuk Kak Hanani agar berhenti. Tak dapat apa pun kalau melayan si Naira tu.

Naira terus meninggalkan dapur itu.

"Iffat," sapa Hazzar. Aku memandang wajahnya.

"Kejap lagi, bersiap. Kita pergi beli baju untuk majlis Ikram dan Naira malam ni," kata Hazzar lalu meninggalkan aku dan Kak Hanani. Kak Hanani hanya tersengih.

"Tinggal je. Biar akak buat. Cepatlah," Kak Hanani menyuruh aku berhenti.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now