7

314 10 0
                                    

Hari ini, aku perlu bergerak ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Ada kes melibatkan anak guam aku yang bakal dibicarakan.

Masalahnya sekarang, aku sedang fikir bagaimana untuk sampai ke sana sedangkan dari tadi, pesana Grab yang aku buat masih tak menemui mana-mana driver.

Susah juga di area sini, LRT dan MRT pun jauh lagi. Jalan terakhir adalah Grab. Aku masih lagi bersabar. Kalau tak ada juga Grab, aku akan keluar dari Family Mart ni dan cari teksi.

Pagi tadi, aku tak sempat bersarapan. Terus pergi ke office. Sekarang sudah masuk lunch hour tapi aku tak makan lagi kerana perlu pergi ke mahkamah pula. Jadi, aku cuma pergi ke Family Mart di sekitar tempat kerja untuk alas perut.

Lamanya nak tunggu kereta aku nak siap! Pengilang kereta masih lagi sedang mengubah suai kereta aku mengikut tempahan. Aku perlu bersabar dalam tiga minggu lagi.

Okay sekarang dah pukul 12.45. Aku kena sampai sana sebelum pukul 3. Aku keluar dari Family Mart. Mata meliar sekeliling. Alahai, tak ada satu pun teksi di sini.

"Iffat, itu awak kan?" ada suara memanggil aku. Aku menoleh. Eh, Ikram.

"Awak buat apa dekat sini?" tanya dia.

"Saya tengah rushing nak ke court dekat wilayah persekutuan ni. Tapi Grab dan teksi satu pun tak ada," ujarku.

"Nak saya hantar?" tanya dia.

"Awak tak kerja ke?" aku bertanya kembali.

"Tak, saya off minggu ni. Abang sulung saya kahwin,"

Mata aku bersinar-sinar saat Ikram mahu  menghulurkan bantuan. Kalau boleh peluk, dah lama aku peluk dia.

Kami terus masuk ke dalam kereta. Dia memulakan pemanduannya. Dari gaya Ikram, aku tahu dia bukan anak orang calang-calang. Kereta pun nak Merc.

Rasa segan pula. Aku sudahlah orang biasa.

"Awak makan sushi tak?" soal Ikram.

"Makan, kenapa tanya?"

"Balik nanti teman saya makan sushi boleh? Ada kedai baru buka dekat area awak pergi kejap lagi. Kedai tu buat promosi untuk couple. Awak boleh jadi couple saya kejap untuk kita makan sushi tu?" tanya dia lagi.

Nak ajak sushi sampai kena jadi couple. Biar betul dia ni. Tapi aku pun dah lama tak makan sushi.

"Okay, nanti saya dah selesai, saya call awak," balasku.

"Bagus. Tapi saya tak pergi jauh pun. Maybe duduk dekat coffee shop area situ," kata Ikram lagi.

_____________

Fuh, penat! Lapar pun ada juga.

Setelah berhempas pulas tadi, kemenangan berpihak kepada anak guam aku. Isteri menuntut hak penjagaan anak. Si suami pula terlalu leka dengan isteri muda sampai anak cedera sewaktu mahu menyediakan makanan buat diri sendiri.

Aku dan Ikram sedang menunggu pesanan kami dihidangkan. Dia bertanya banyak sejak daru tadi tentang kerja aku dan lain-lain hal. Namun, tak banyak aku dapat cerita, lebih-lebih lagi hal kerja. Peramah betul mamat ni. Buat kali pertama, aku berasa tidak kekok dengan lelaki.

Setelah 10 minit, makanan yang kami pesan tadi siap dihidang atas meja. Ikram menyusun beberapa ketul sushi dalam piring dihadapanku.

"Makanlah. Awak mesti penat bekerja seharian kan. Muka pun nampak pucat," ujar Ikram.

Aku mengangguk lalu mengucapkan terima kasih padanya.

Alahai, gentleman betul abang engineer kita ni! Malu aku dibuatnya.

Selesai makan, dia menghantar aku pulang. Sebelum aku turun dari kereta, dia menghulurkan aku sekeping sampul.

"Apa ni?" aku tanya dia.

"Kad kahwin abang saya. Saya jemput awak. Datanglah. Family saya nak berkenalan dengan awak,"

"Awak bagitahu family awak pasal saya? Kita tak kena lama pun. Awak buat saya segan," ujarku lalu tersengih.

"Jangan risau. Nanti saya jemput awak since nak ke rumah saya dari sini pun macam susah nak dapat transport," katanya.

Aku masih terpinga-pinga saat memandangnya.

"Boleh ya? Datang majlis abang saya?" tanya dia sekali lagi.

"Okay," balasku. Dia pun banyak sangat tolong aku. Waktu kami makan bersama-sama pun, dia yang bayar walaupun aku banyak kali bertegas mahu bayar. Tahu-tahu, dapat resit je.

Jadi, apa salahnya kalau sekali-sekala aku balas jasa dia kan? Datang kenduri tu balas jasa ke, Iffat?

_____________

Rambut yang basah aku keringkan aku dengan hair dryer. Biasanya, aku akan duduk di bawah kipas lalu membiarkan rambut aku dikeringkan walaupun berjam-jam.

Malam ni, rasa mahu tidur awal pula. Tak mengantuk pun, tapi saja nak rehat lebih sikit sebelum masuk kerja esok. Aku, kalau letak kepala atas bantal, kejap je akan lena.

Tidak lama kemudian, telefonku berdering. Siapa yang call malam-malam ni? Telefon aku angkat.

Umi? Ada apa umi call?

"Assalamualaikum, Iffat. Ni umi,"

"Waalaikumussalam, umi. Ada apa umi call Iffat? Umi dah balik Malaysia ke?" tanya aku lalu tertawa.

"Ya, Iffat. Umi dengan walid dah balik Malaysia minggu lepas. Anak sulung umi nak kahwin. Sekarang baru umi dapat call kamu. Sibuk sangat uruskan hal majlis anak umi tu," jelasnya.

"Oh ya ke? Tak apa umi. Iffat pun sibuk dengan kerja sejak dua menjak ni. Kalau umi call pun, belum tentu Iffat boleh jawab,"balasku.

"Iffat, sebenarnya umi nak jemput kamu ke majlis anak umi. Hujung minggu ni. Kamu datang ya? Temanya merah. Nanti umi bagi alamat dengan link map sekali," katanya lagi.

"Tak apa ke umi kalau Iffat pakai sama tema dengan family umi?" aku bertanya. Takkan tiba-tiba nak join family orang sekali?

"Tak apa, umi dah bagitahu anak-anak umi pasal kamu. Mereka tak kisah pun. Datang ya, pakai warna merah," pesan umi sekali lagi.

"Okay umi, Insya Allah, Iffat datang," balasku. Talian terputus.

Tapi, aku kena pergi majlis abang Ikram pula? Boleh aje kot. Ikram pun suruh aku pakai warna merah. Sekali jalan aje nanti.

Kejap, banyak juga kenduri yang temanya warna merah. Aku ada ke baju warna merah?

Almari baju aku buka. Baju kurung merah aku cari. Tak dapat kurung, dress pun okay.

Puas aku selongkar almari baju sampai bersepah, akhirnya aku jumpa juga sehelai   dress labuh merah dengan lace di dada dan hujung tangan.

Nampak macam aku pula pengantinnya. Kali terakhir aku pakai dress ni waktu majlis makan malam tingkatan lima dulu. Mujur saja baju ni masih nampak trendy selepas beberapa tahun.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now