49

493 15 1
                                    

"Sayang!" Hazzar memanggilku dengan berbisik. Aik, bila masa dia masuk bilik ni? Tubuhku diraangkulnya dari belakang. Dagu pula dilabuhkan ke atas bahuku.

"Umi nampak nanti, mesti kena marah," kataku. Aku dan Hazzar diarahkan agar berpisah tempat tidur buat sementara walaupun tempoh berpantang tinggal sehari saja lagi. Tapi, tubuhku sudah terasa sihat.

"Umi tak akan nampak. Abang masuk sini senyap-senyap. Abang rindu," Hazzar mengadu seperti anak kecil. Siapalah yang baby sebenarnya ni? Hazzar atau Aslan? Aslan pun tak mengada-ngada macam ni.

"Sabarlah. Lagi sehari je. Lepas tu, I'm all yours," kataku lalu mengusap tangannya yang berada di perutku.

"Abang tidur sinilah. Abang temankan isteri dan anak abang," katanya lalu menarik aku berbaring sama-sama di atas tilam. Tak cukup dengan itu, dia menarik aku lebih dekat dengannya dan memasung kedua-dua kaki dan tanganku.

"Abang...kalau umi masuk bilik tiba-tiba macam mana?" soalku.

"Abang dah kunci pintu dari dalam. Kalau umi marah juga, esok kita balik rumah abang," ya tuhan, kemaruk betul dah suami aku ni.

"Can I have you tonight? Abang dah tak boleh sabar lagi," katanya. Aku tersenyum lalu mengangguk perlahan.

Baru saja tangannya bergerak, Hazzar berhenti. Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut.

"Does it going to hurt you? I don't want to hurt you. We are not going to do that if it hurts you," katanya. Tanganku naik mengusap wajahnya yang sudah ditumbuhi bulu kasar.

"Iffat rasa, Iffat dah sihat. Dari bulan lepas lagi, I don't feel anything uncomfortable with me," balasku.

"I promise that I will be gentle, darling," katanya lalu mengucup wajahku.

Abang beri kasih, aku terima, gitchew.

_________________

"Aku nak bercakap dengan kau kejap boleh?" soal Naira yang duduk di sebelah Ikram. Kedua-duanya sedang memandang aku.

"Kejap je. Jangan nak buat apa-apa yang tak patut dengan isteri along. This is not only words, but I'm warning you," kata Hazzar lalu berlalu dari ruang tamu bersama Aslan di dalam dukungannya.

"Apa yang kau nak cakap tu?" soalku. Setelah berbulan-bulan aku kembali bersama Hazzar, baru hari ini aku berjumpa dengan mereka berdua.

"Aku minta maaf atas apa yang aku dah buat pada kau. Aku tahu, aku melutut dekat kaki kau pun, belum tentu dapat putarkan masa yang dah berlalu. Aku banyak salah dengan kau. Aku cemburu sebab kau sentiasa lebih dari aku. Sampaikan aku tergamak untuk goda Ikram masa korang bercinta dulu," kata Naira. Aku menghela nafas berat.

"Saya pun minta maaf dengan awak, Iffat. Saya janji macam-macam dengan awak tapi akhirnya, saya yang curang. Tak cukup dengan tu, saya tuduh awal perempuan yang tak baik depan keluarga kita," kata Ikram pula. Anak mereka, Kalya yang berusia tiga tahun dibawa duduk ke atas ribaan.

"Memang pun, besar salah korang dengan isteri aku. Tapi aku bersyukur. Kalau tak sebab korang menggatal dulu, mungkin aku tak lalui kehidupan bahagia macam sekarang ni," sampuk Hazzar yang datang semula ke ruang tamu. Bahuku dipeluk rapat ke tubuhnya. Hazzar memberi pandangan kepadaku seolah-olah menegaskan yang aku hanya milik dia selamanya.

Aku menggenggam erat tangan Hazzar yang singgah di atas pahaku. Merenung matanya menyatakan rasa cintaku dan aku miliknya seorang sampai bila-bila.

"Sebenarnya, kami berdua dalam proses perceraian," kata Naira. Aku dan Hazzar yang terkejut, memandang antara satu sama lain sebelum kembali menatap Naira dan Ikram.

"Dah kenapa pula korang berdua ni? Ingat kahwin tu main-main ke? Ikram? Kau serik lagi ke dengan perbuatan kau dulu?" soal Hazzar. Aku mencari kelibat umi dan walid. Harapnya mereka tak dengar perbualan kami. Kalau tak, mahu sedih hati kedua-dua mereka.

"Kami tak sehaluan, along," kata Ikram.

"Saya dan Ikram mungkin tak sesuai bergandingan bersama. Mungkin tak berjodoh pun. Selama ni, saya berusaha dapatkan Ikram sebab cemburu saya pada Iffat. Tapi bila kami dah kahwin, kami masing-masing tak bahagia pun," sambung Naira pula.

What goes around, comes around. Aku mahu saja berkata begitu pada mereka. Tapi, tak baik pula rasanya buat macam tu sedangkan mereka sudah meminta maaf pada aku.

"Dah tu, Kalya macam mana pula? Tak kesian ke dengan anak korang?" soalku. Melihatkan Kalya yang sedang bermain patung barbie di atas riba ayahnya, aku rasa sedih. Kalya bangun lalu memeluk Ikram secara tiba-tiba. Nampak benar yang dia seorang anak manja ayah.

"Kami dah setuju untuk jaga sama-sama. Cuma, aku akan pergi ke Mesir untuk sambung belajar lagi selama dua tahun. Lepas aku balik, kami akan bergilir-gilir jaga Kalya,"

"Awak ada perempuan lain ke, Ikram?" soalku. Kedua-dua pasangan ini nampak pelik saja di mata aku. Ikram hanya mendiamkan diri lalu berdehem. Hazzar disebelahku sudah menggelengkan kepala.

"I guess the answer is yes, sayang. Ikram, Ikram. Kenapa sampai macam ni? Tak kesian ke dengan anak kau tu?" soal Hazzar. Naira yang duduk di sebelah Ikram aku lihat sudah menunduk.

"Awak lelaki, Ikram. Saya rasa bukan setakat dengan saya dulu je tak cukup, malah dengan Naira pun awak buat perangai yang sama. Awak ada anak perempuan. Saya tak doakan yang buruk untuk awak. Tapi, kifarah Allah tu sentiasa ada. Bertaubatlah dan guna peluang akan datang dengan baik. Jaga keluarga awak sebaik-baiknya," pesanku pada Ikram. Kalau ikutkan hati, nak aje aku tampar muka dia sekuat hati.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now