47

532 15 0
                                    

Sembilan bulan kemudian

"Mak buyung manja, jangan tidur lagi. Abang dah buatkan susu ni. Mesti minum sampai habis," Hazzar masuk ke bilik dengan membawa segelas susu panas. Aku yang sudah berbaring di atas tilam empuk mengeluh perlahan. Tak suka susu!

Rutinnya setiap malam, membacakan surah-surah dari Al-Quran dan mengurut kakiku yang membengkak. Sebelum tidur pula, suamiku itu akan membancuh susu buatku.

"Kalau tak minum satu malam, tak boleh ke? Iffat tak suka minum susu. Nak muntah," balasku. Sememangnya aku tidak suka minum susu kerana baunya yang memualkan.

"Jangan nak bagi alasan. Nak pujuk Iffat minum susu sama macam nak pujuk budak kecil makan ubat tau? Bukan main payah lagi. Hari ni, abang tak boleh bertolak ansur lagi. Tinggal beberapa hari je lagi kena minum susu. Lepas dah bersalin nanti, abang buang semua susu tu kalau sayang tak suka sangat. Minum cepat!" arahnya tegas. Bibirku yang sudah panjang memuncung dicubitnya perlahan.

Apa lagi, makin monyok aku dibuatnya.

"Biasa tu, buat muka dengan abang. Abang tak kira, minum susu ni. Kalau tak, abang bagitahu umi dengan mak yang sayang curi-curi mop lantai siang tadi. Nak?" Hazzar mengugut. Aku segera mengambil gelas tadi dari tangannya dan meneguk laju susu di dalamnya.

Sebelum dia mengadu pada umi dan mak yang aku tak duduk diam semasa sedang sarat hamil ni, baik aku dengar cakap dia. Kalau tak, mahu bernanh telinga mendengar mak dan umi membebel di telingaku. Jauhkanlah!

Nak tahu apa punca semua larang aku dari buat kerja rumah? Suatu hari tu, aku kebosanan sangat. Kandungan masih baru lagi. Aku pun buat macam-macam dalam rumah ni. Hasilnya, aku bleedung dan pengsan depan pintu rumah masa sambut Hazzar pulang dari kerja.

Sejak dari itu, Hazzar mencari pembantu rumah untuk kemas rumah, masak dan jaga aku kalau dia bekerja. Kalau tidak pun, dia akan hantar aku ke rumah umi sebelum pergi kerja.

"Hah, kan bagus macam ni. Minum sampai habis. Sedapkan abang buat susu tu?" Hazzar semakin giat mengusikku.

"Haih, baby. Tengoklah mama tu, asyik merajuk je dengan papa. Nanti dah lahir, jangan ikut perangai mama ya? Kalau tak, jenuh papa nak pujuk dua orang budak manja yang suka merajuk," Hazzar mengusap perutku sebelum memberi kucupan bertalu-talu di situ.

Aku hanya diam memerhatikan dia sebelum...

"Argh!" aku mengadub kesakitan. Perutku terasa sakit yang mencucuk.

"Sayang, sayang kenapa ni?" soal Hazzar cemas. Dahiku sudah berkerut menahan kesakitan. Selimut tebal di atas tilam aku genggam kuat kerana terlalu sakit.

"Perut Iffat...sakit...," jawabku dengan payah.

"Abang rasa...Iffat nak bersalin. Ya Allah, kain Iffat pun dah basah ni! Kejap, abang tukar baju,"

"Sakit!"

"Kejap sayang, tahan sikit,"

Aduhai anak mama, sabar kejap ya. Jangan keluar lagi. Sampai hospital nanti baru tengok dunia.

_______________

"Baby kita comel sangat sayang. Terima kasih, sayang sebab dah lahirkan anak kita. Abang doakan semoga sayang jadi mama dan isteri yang baik. Sayang doakan abang juga ya supaya abang dapat jadi suami dan papa yang baik untuk keluarga kita," kata suami aku. Dahiku dikucup lembut.

Tepat jam 3.15 pagi tadi, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki dengan berat 3.89 kg. Sakit dan payah untuk mengeluarkan seketul budak comel ini tetapi hasilnya berbaloi. Sekarang aku mula sedar pengorbanan seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. Tambah pula, doktor kata bayiku ini besar dan aku perlu mengerahkan tenaga yang besar untuk meneran bayi agar keluar.

"Tapi sayang, baby ni bukan comel je..Dia handsome juga," sambung suamiku.

"Macam abang?" soalku sambil tertawa. Dia juga tersengih.

Ada la modal laki aku ni nak ber-masuk bakul angkat sendiri!

"Bila semua nak sampai?" soalku.

"Mak, abah dalam perjalanan dengan adik sayang. Umi dengan walid datang tengah hari kejap lagi," ujar Hazzar.

"Apa nama baby kita ni, sayang?" soal Hazzar sambil merenung aku.

"Iffat nak namakan anak kita Muhammad Aslan. Kalau boleh, Iffat tak nak nama anak kita panjang sangat. Okay tak?" Hazzar mengangguk lalu menyungging senyum lebar di bibir.

LELAKI TAKHTA HATI(C)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن