34

502 15 0
                                    

Aku sudah tidak senang duduk apabila kami sudah berada di Coffee Bean hampir sejam. Apatah lagi aku duduk di sebelah Hazzar dan lelaki itu dari tadi merenung aku.

"Iffat, Hazzar ni memang bagus dalam kerja dia. Kalau awak nak tau, selain uruskan firma terkenal ayah dia, Hazzar juga sanggup jadi lecturer muda. Awak bokeh contohi dia. Banyak klien yang puas hati juga dengan hasil kerja dia," Prof Zainal dari tadi tak habis bercerita tentang Hazzar.

"Owh, really?"soalku berpura-pura teruja dapat mengenali Hazzar.

"Yes. Kawan dia pun bukan calang-calang. Adam Baihaqi, pemilik firma guaman. Senang cerita, both of them memang teh best lawyer yang orang rebutkan untuk menang kes,"

"Biasa je, prof. There is nothing special about me," ujar Hazzar.

"Iffat, kalau you perlukan bantuan apa-apa, tanya je dengan Hazzar. Hazzar dah janji nak tolong student saya. Sementara dia ada dekat sini, manfaatkan dia okay," pesan Prof Zainal. Aku hanya mengangguk.

Kalau macam ni, eloklah aku buat kerja aku sendiri! Aku tak nak dekat dengan dia lagi.

"Air masing-masing pun dah habis. Kita dah boleh bersurai sekarang," kata Prof Zainal.  Dan ini yang paling aku risaukan.

"Err prof, saya balik naik grab je la. Rumah saya jauh tau. Susah Dr Hazzar nak hantar saya nanti. Saya pun tak terus nak balik rumah. Ada nak beli barang sikit," aku memberi alasan.

"Eh, jangan risau. Saya pun bukannya nak balik rumah terus. Kalau macam tu, lepas kita hantar prof Zainal, kita pergi beli barang. Okay ke, prof?"

"Boleh je, Hazzar. Yang penting kamu hantar student kesayangan saya ni sampai ke rumah dengan selamat,"

Tangan aku genggam membentuk buku lima. Menggigil aku menahan marah. Hazzar ni macam tak faham pula aku tak mahu jumpa dia.

_________________

"How's your life?" soal Hazzar sewaktu kami dalam perjalanan balik ke rumah.

"Good," aku menjawab dengan malas. Malas nak layan orang yang dah buang aku. Buat apa sibuk nak ambil tahu pasal janda dia lagi?

"I see. Then, bila nak balik? Umi dan walid rindukan Iffat,"

"Buat apa nak pergi rumah keluarga duda saya pula? Saya tak nak pisang berbuah kali kedua," Hazzar di sebelah sudah ketawa besar. Dah kenapa dia ni?

"Sampai dengan mak dan abah pun tak bagitahu Iffat pergi mana? Lagi satu, siapa kata kita dah bercerai?" mataku mencerlung memandangnya.

"What do you mean?"

"Abang tak pernah ceraikan Iffat,"

"No, you are lying! Jangan nak mainkan saya," Hazzar menggeleng.

"Abang tak pernah ceraikan Iffat. Itu hakikatnya. Dan abang juga tak akan ceraikan Iffat. Iffat akan terikat dengan abang sampai bila-bila," ujar Hazzar.

"Jangan ingat Malaysia tak ada undang-undang. Saya boleh usahakan macam-macam cara, yang penting kita bercerai. Ingat senang-senang ke saya nak lupa benda yang jadi dulu? Hati saya masih sakit lagi, tau tak?" aku menghamburkan marah padanya.

Hazzar kembali diam sebelum dua berhent di hadapan rumah sewaku. Aku terus keluar dari kereta tanpa berpamitan.  Lantaklah apa dia nak cakap. Aku penat sangat hari ni.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now