1

650 19 0
                                    

Novel Dr Alpha Male karya favourite author aku, Anjell aku tilik, Dah terkepak teruk spine buku ni, tapi aku masih tak jemu mengulang pembacaannya.Ya la, aku tak ada kawan untuk bersembang dekat UK ni. Novel saja yang ada untuk jadikan teman. Bila teringat scene hangat dalam novel Dr Alpha Male ni, mula la aku dengan angan-angan untuk bersuamikan pensyarah. Gatal kau ni Iffat, malu je kalau orang tahu.

Dalam hostel ni, aku tinggal keseorangan dalam satu bilik. Nasib baik accommodation yang pihak universiti tawarkan baik. Kalau tak , memang boleh jalan la!

Video call dengan mak dan abah sudah. Video call dengan kawan-kawan kat Malaysia lagi la sudah. Apa yang aku belum buat lagi ye? Hurm, tiba-tiba rasa lapar pula.

Aku berjalan menghampiri rak stok makanan. Lah, makanan pun habis! Aku tak perasan pun makanan habis. Selama ni, main ambil saja apa yang nampak sedap.

Nampaknya, aku kena keluar berjalan la. Kalau tak, memang kau kebuluran dalam bilik ni, Iffat.

__________

"Adoi!" Aku mengaduh kesakitan apabila bahuku direngkuh seorang lelaki. Mamat tu dah berlari ke mana tak tahu. Sakitnya bahu aku.

"Help me, please! My essentials are all inside the bag! He just stole my bag," datang pula seorang wanita yang sudah berusia padaku. Dan aku pula membuka langlah seribu, terus mengejar mat saleh pencuri tadi.

Pencuri tadi sedang menyorok di tepi tong sampah. Eleh, ingat orang tak boleh jumpa dia la tu! Aku menghampiri dia secara senyap lalu rambutnya aku tarik sekuat hati. Ni gayanya macam nak melepaskan dendam dan geram. Lama tak tumbuk punching bag.

Tenaga mat saleh ini ternyata lebih tinggi berbanding tenaga aku. Dia berjaya melepaskan diri dan menolak bahuku kuat. Aku jatuh terduduk namun segera bangkit lalu menendang celah kangkang lelaki ini. Berkali-kali sehingga lelaki ini terduduk mengerekot di atas jalan tar ini.

Orang ramai juga sudah ramai berkerumun di sini. Polis juga sampai tepat pada masanya lalu menggari pencuri ini.

Wanita tadi datang menghampiri aku.

"Thank you very much my dear. I can't imaginw what will happen if I lost my bag," katanya.

"Yeah, that's okay. Please do check if there is any missing things," pesanku.

Bahu yang terasa sungguh sengal aku sentuh.

"Aduh, sakitnya bahu aku. Dah la dalam bilik tak ada minyak angin," rintih aku.

Wanita tadi terkejut dengan kata-kataku sebentar tadi.

"Anak ni orang Malaysia ke?" soalnya.

Sudahnya, aku pula yang terkejut sekarang. Tak sangka, aku baru selamatkan beg tangan milik rakyat Malaysia.

"Ya, saya orang Malaysia. Mak cik pun..."

"Ya nak, mak cik pun rakyat Malaysia. Sakit sangat ya bahu tu? Jom ikut mak cik ke rumah, mak cik urutkan," belum sempat aku menghabiskan ayatku, mak cik ini sudah memintasnya terlebih dahulu.

Mak cik ni nampak macam berharap saja aku ikut dia. Tapi boleh ke? Aku bukannya kenal dia siapa.

"Jangan risau nak, mak cik bukan scammer. Nak tengok IC dengan passport ke?" soalnya sambil tertawa.

Aku yang sudah tersengih seperti kerang busuk. Mesti mak cik ni fikir yang aku takut nak ikut dia, risau kena tipu.

___________

"Auch!" aku mengaduh kerana sakit apabila bahuku dipicit.

"Sakit ya? Nanti elok tu. Tahan sikit je lagi," kata mak cik ini. Aku cuma mengangguk. Tak mampu nak bercakap kerana sakit.
"Kamu belajar lagi ke?" soal Hajah Mariam yang sebentar tadi memperkenalkan dirinya sebagai umi. Dia berpesan agar memanggilnya umi kerana dia di sini hanya tinggal bersama suaminya. Anak-anak yang lain semua di Malaysia, bekerja dan belajar.

"Ya, umi. Iffat tengah degree di Bristol,. Lagi 3 bulan, habislah degree,"

"University of Bristol? Course apa?" soalnya lagi.

"Iffat belajar law, umi," jawabku.

"Eh, ambil law rupanya! Nanti, habis degree, kalau nak cari kerja, pergi ke Khalid & Co. Itu firma suami umi. Nanti umi cakap dengan anak umi. Firma tu walid punya. Diz dah pencen sejak tahun lepas, itu yang kami berdua tinggal di UK ni. Nak honeymoon. Sekarang, anak umi yang uruskan firma tu," kata umi.

Wah, belum graduate lagi dah ada orang bagi kerja. Tawaran yang bagus!

"Terima kasih umi. Nanti Iffat hantar resume," kataju sambil tersengih.

Umi yang melayanku dengan mesra mengingatkan aku pada mak dan abah di Malaysia. Haih, rindunya!

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now