6

350 11 0
                                    

Sedar tidak sedar, aku sudah memulakan ruti aku sebagai pekerja dan pelajar Master lebih dua bulan.

Sekarang, aku di kafe lobi fakulti bersama sekuliahku sewaktu A-level dulu. Dekat sini, ada premis yang jual Thai Milk Tea. Memang sedap gila!

"Kau tak bosan ke asyik minum milk tea siam ni, Fat?" tanya Jiha.

Aku tergelak mendengar soalan Jiha. Mana taknya, masuk harini, sudah kali ketiga aku minum Thai Milk Tea ni untuk bulan ini sahaja.

"Tak bosan sebab sedap tau. Aku nak belanja kau, kau tak nak," ujarku.

"Kejap okay, nak habis dah. Lepas ni kita balik,"

"Tak apa, kau relaks je. Aku pun malas nak balik awal sebab abang tiri aku balik rumah hari ni," kata Jiha.

Tau dah tu. Dia malas nak menghadap abang tiri dia. Papa dia cuba nak jodohkan Jiha dengan abang tiri dia yang katanya seorang kaki perempuan. Kononnya, Jiha lembut orangnya jadi boleh lembutkan hati abang tiri dia juga untuk berubah.

Thai Milk Tea tadi disedut sehingga habis. Aku berjalan ke tong sampah lalu membuang bekas minuman tadi.

Saat mahu berpatah balik...

Pap!

Krek!

Lah, bala apa pula ni? Aku mengangkat muka lalu memandang pemilik tubuh yang aku langgar ini. Sebelum itu, wangiannya sempat aku hirup. Anak orang kaya ni, perfume dari Dior. Aku pernah bau perfume ni sebab dulu rajin berkunjung ke Dior.

"Awak dah langgar saya. Makanan saya pun jatuh," kata lelaki ini.

"Saya minta maaf, saya tak sengaja," aku meminta maaf. Harapnya lelaki ni bukan tipikal lelaki dalam drama.

Dia menanggalkan jaket kulit yang dipakainya lalu disangkutkan ke bahu aku. Kad nama dikeluarkan lalu dihulurkan padaku

"Do clean my jacket. Call me later when the jacket is cleaned," katanya lalu berlalu pergi.

Pergh, kena baju jacket dia pula! Tak apa, salah aku sebab tak guna mata betul-betul. Kak namanya tadi aku baca.

Mamat engineer.

Ikram Adri.
017-6548901

Jadinya dia bukan student Faculty of Law di UM. Mungkin dia cuma ke sini untuk makan saja. Faham.

Jiha menghampiri aku.

"Weh, kau langgar anak siapa pula tadi tu?" soalnya.

"Tak tahu la aku. Sekarang, jaket dia kotor dan dia suruh aku basuhkan balik. Jomlah kita balik. Aku penat hari ni," kataku.

Kami terus berjalan keluar dari perkarangan fakulti.

___________

Jaket yang sudah siap dibasuh aku gantung. Nombor pemilik jaket ini aku dail. Beberapa saat kemudian, ada suara lelaki menjawab panggilan ini.

"Hello?" soal Ikram Adri ni.

"Hello, saya Iffat. Saya nak pulangkan jaket awak balik,"

"Okay, let's meet today at NU Sentral, boleh?" tanya dia.

"Okay, boleh. Nanti whatsapp saya untuk detail," kataku lalu mematikan talian. Tak betah nak bersembang lama-lama.

Tiba saja di Warong Penyet di NU Sentral, aku duduk di meja di mana Ikram sedang duduk. Aku memberi salam kemudiannya.

"Dah duduk baru bagi salam?" tanya Ikram.

"Oh, my bad. Sorry, saya kelam kabut sikit tadi. Ini jaket awak, kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu," kataku.

"Duduklah dulu. Kita makan kejap. Saya lapar tunggu awak lama sangat," kata Adan pula.

Ini yang buat aku serba salah. Aku tak pernah makan berdua dengan lelaki. Dia pula tunggu aku sampai kelaparan. Memang aku pun lambat 30 minit sebab tak dapat Grab dari tempat aku.

Aku akhirnya mengalah. Ikram memanggil pelayan di kedai itu lalu memberi order kami.

Ikram ni peramah juga. Aku ingatkan dia seorang yang beku. Banyak dia cerita tentang dirinya. Ada juga bertanya tentang diri aku.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now