37

498 14 0
                                    

Satu per satu baju yang aku sering pakai sewaktu tidur aku capai. Macam mana aku nak pakai baju ni kalau Hazzar ada di rumah?

Buatnya Hazzar terjah masuk dalam bilik, lain pula jadinya. Tapi tadi, aku dah berpesan padanya kalau nak apa-apa, ketuk dulu pintu bilik aku.

Alah, ni yang tak selesa kalau tidur malam kena pakai baju bertutup litup ni! Empat tahun aku tak pernah tak pakai crop top, singlet dan seluar pendek bila tidur.

Argh, pakai je la. Hazzar tak akan masuk bilik ni senyap-senyap.

Sehelai camisole dan seluar pendek aku capai dan sarung ke tubuh. Losyen pula disapu ke badan. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk aku tidur dalam keadaan wangi.

Harapnya, Hazzar tidur lena di ruang tamu. Kalau dia tak selesa, dia boleh cari rumah sewa lain. Lebih mudah.

______________

"Iffat dah nak pergi kerja? Makan dulu. Abang ada buat sarapan untuk kita," ajak Hazzar sewaktu aku baru keluar dari bilik.

Di atas meja makan bulat, terhidang sandwich sardin dan kopi panas. Sarapan kegemaran aku. Aku mengambil tempat di  salah satu kerusi sebelum Hazzar duduk.di sebelahku.

Dia menghidangkan kepadaku sandwich dan kopi tadi. Bau kopi itu betul-betul wangi!

"Makanlah. Kalau tak cukup, abang bekalkan. Makan dekat office nanti," katanya.

Aku menyuapkan sandwich tadi ke mulut. Sedapnya! Tak sangka pula Hazzar pandaj memasak. Beruntung Kak Zeera sebab ada suami macam Hazzar ni.

Hazzar memang kategori lelaki yang nampak sempurna. Wajah yang kacak, badan yang tinggi dan tegap, suara serak-serak basah. Hidup yang bekerjaya dan kaya-raya. Sekarang, dia pandai memasak pula.

Memang bertuah perempuan yang jadi isterinya. Malang sekali, aku bukan perempuan itu.

"Eh, apa ni makan sampai comot? Sini, abang lap," ibu jarinya mengusap hujung bibirku. Aku tergamam.

"Iffat ni macam baby tau. Tapi, abang suka. Jarak umur kita jauh. Iffat nampak kecil sangat depan mata abang," kata Hazzar sambil tertawa. Aku hanya mendiamkan diri.

Usai makan, aku terus keluar dari rumah dan menyarungkan kasut bertumit tiga inci. Belum sempat mahu membuka pintu kereta, Hazzar kembali memanggilku.

"Salamlah," tangannya dihulurkan kepadaku. Aku terpinga-pinga menyambut  huluran tangannya. Tangan yang besar itu aku bawa ke bibir lalu dikucup.

Tiba-tiba saja, Hazzar menarik aku ke dalam pelukannya. Aku yang sudah terkejut bertambah terkejut.

"Jaga diri, sayang. Jangan pedulikan mana-mana lelaki lain yang datang. Abang  boleh bagi semuanya untuk isteri abang ni," ujarnya lalu menolakku masuk ke dalam kereta.

"Abang cuti hari ni. Balik awal ya, abang masak," katanya sebelum merapatkan wajah kami. Belum sempat dia mahu bermain di wajahku, aku segera menoleh ke arah lain. Hazzar cuma tersenyum memandang aku.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now