31

441 15 0
                                    

Aku terbangun seawal jam 5.30 pagi hari ini. Memandangkan aku sedang haid, 5.30 dianggap awal untuk aku bangun. Hazzar yang sedang nyenyak tidur di atas tilam, aku lihat.

Ya, biarpun kami berada di rumah umi dan walid, kami masih tidak tidur sekatil. Hazzar mengamuk sejak kami pulang ke rumah ini apabila aku merebahkan diri di sebelahnya malam itu. Disebabkan itu, aku tidur di atas sofa yang ada dalam bilik itu.

Badan direnggangkan. Sakit benar badan bila tidur di atas sofa. Mahu mengiring pun tak boleh kerana bimbang akan terjatuh.

Aku menghampiri Hazzar yang sedang tidur. Bahunya ditepuk perlahan untuk mengejutkan lelaki itu solat Subuh berjemaah bersama umi dan walid.

"Abang...bangun. Dah 5.30 ni," Hazzar membuka mata perlahan. Seketika kemudian, tanganku yang berada di bahunya ditepis kasar. Hazzar menjeling padaku.

"Bangunlah, dah 5.30. Iffat bersihkan abang dulu. Iffat tak boleh solat hari ni," tubuh Hazzar yang berkali-kali lebih besar dariku aku papah dengan menggunakan sepenuh tenaga. Dia aku didudukkan ke atas kerusi roda.

"Aku tak suka kau sentuh aku," ujarnya mendatar. Aku buat tidak tahu saja. Emosi Hazzar memang sentiasa terganggu sejak keluar dari wad. Kerana tidak mahu dia lebih terganggu, aku melayan saja kerenahnya dengan penuh sabar.

"Dah tu, suka siapa sentuh abang? Kak Zeera?" soalku padanya. Hazzar tergamam lalu membiarkan tanganku menyental seluruh tubuhnya dengan sabun.

Dia jual mahal pun, dia sendiri akan terseksa. Siapa yang boleh uruskan dia kalau bukan aku? Hal makan bolehlah harapkan umi. Tapi, takkan nak umi mandikan juga? Nak minta walid, sudah tentu walid tak larat nak papah anak sulungnya. Nak suruh angah dan Ikram? Mereka semua tidak tinggal di sini kerana jauh dari tempat kerja.

________________

"Wah, sedapnya anak perempuan umi masak. Dari bilik lagi umi boleh bau," kata umi lalu tertawa. Aku hanya tersenyum.

Pagi ini, aku menyediakan nasi goreng kampung dan sandwich sebagai hidangan buat sarapan. Hazzar sejak dari tadi ada di meja bersama walid.

"Abang nak lauk yang mana?" soalku pada Hazzar.

"Aku nak makan bubur. Kenapa tak masak bubur?" soalnya bengis.

"Bubur? Abang tak cakap nak makan bubur. Abang tak suka ke lauk yang Iffat masak ni?"

"Aku nak makan bubur! Tak faham ke?!" suara Hazzar sudah meninggi.

"Along, Iffat dah masak sedap-sedap ni. Kenapa tak nak makan pula? Atau along sakit tekak, sebab tu nak makan bubur?" soal walid.

"Betul tu, along. Takkan nak buang makanan ni semua?" soal umi pula.

"Kau nak masak bubur atau hantar aku naik atas?" Hazzar tidak mengendahkan umi dan walid.

"Hazzar, kenapa buat perangai macam ni?" soal umi seolah-olah sudah hilang sabar dengan kerenah Hazzar. Memang beginilah setiap hari. Aku segera menggeleng pada umi dan walid, berharap agar mereka bersabar.

"Tak apa, umi, walid. Abang, Iffat pergi masak kejap ya," kataku lalu terus berlalu ke dapur.

Aku tahu suamiku sedang sakit. Emosinya juga tidak stabil. Bila aku tanya apa yang dia mahu makan, dia tidak menjawab pula. Bila aku masak saja apa yang aku mahu, dia tak mahu makan. Itulah, Hazzar Fateh, suami kepada Iffat Atilia.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now