39

537 16 0
                                    

Aku menghela nafas berat saat hidungku kembali berair. Tisu yang terletak di atas dashboard aku capai lalu hidung yang berair tadi dilap kasar.

Badanku mula rasa tidak sihat. Mana tidaknya, aku bergegas ke mahkamah seawal jam 6.30 pagi sehingga ke lewat petang. Petang pula, aku terkena hujan. Memang hujan lebat petang tadi.

Tidak cukup dengan itu, aku kembali ke pejabat untuk mengambil beberapa dokumen dan dibawa untuk berjumpa dengan klien pada jam 8 malam tadi. Nasib malang memang sahabatku, klienku tidak jadi datang ke perjumpaan malam ini kerana punya hal kecemasan.

Sekarang sudah jam 9 malam dan aku baru sampai ke rumah. Masuk saja ke dalam rumah, aku terus menanggalkan pakaian dan mandi dengan air panas. Tubuh yang terlalu sejuk menggigil kuat sewaktu berada di bawah pancuran air.

Memang sah, aku sudah demam! Tekak juga terasa perit.

Usai mandi, sehelai hoodie tebal disarungkan bersama-sama sehelai seluar panjang. Saat aku sedang mengeringkan rambut, telefonku berdering. Aku melihat nama pemanggil. Hazzar.

"Hello, kenapa abang call Iffat ni? Kalau nak cakap pasal dua bulan dah tamat, lain kali je la. Iffat penat ni," aku bersuara lemah.

"Iffat...tolong abang...ab..bang sa..kit ni," aku terkejut saat mendengar Hazzar merintih. Suaranya menggambarkan dia seperti kesakitan yang teramat.

"Abang share location. Iffat datang," ujarku lalu mematikan talian. Risau pula kalau ada apa-apa jadi padanya. Aku dengan lemah kembali bangun menyarung tudung dan keluar dari rumah.

_____________

Aku mengeluh saat pintu rumah Hazzar ditolak dengan mudah. Boleh dia tak kunci pintu, bahaya! Sakit sangat ke sampai pintu pun tak boleh kunci?

Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan membawa plastik berisikan ubat dan sebungkus bubur yang sempat aku beli dari Marrybrown tadi.

Rumah ini gelap saja biarpun diterangi lampu dari dapur yang masih terpasang. Kelibat Hazzar yang tidak kelihatan meresahkan aku.

"Abang, abang dekat bilik mana? Iffat dah datang ni," lengan yang sejuk biarpun disalut kain tebal aku gosok laju. Aku rasa, badanku pasti sudah panas angkara demam. Kalau letak telur atas dahiku, pasti masak telur itu.

"Abang?" satu per satu bilik aku singgah mencari keberadaan Hazzar sehinggalah ke bilik terakhir. Aku yakin, Hazzar ada dalam bilik itu. Tanganku meraba-raba mencari suis sebelum disentuh oleh seseorang.

"Abang...argh!" tubuhku ditarik lalu ditolak ke atas tilam. Tidak cukup dengan itu, tubuhku juga ditindih. Nafasku laju kerana cemas.

"Abang nak isteri abang...," desah Hazzar saat wajahnya sudah hinggap di leherku. Sebelah tangannya yang kekar itu menekan suis lampu tidur yang terletak di tepi katil.

"Abang, jangan!" rayuku. Aku mengelak saat dia mahu mengucup bibirku, namun dia lebih pantas menahan kepalaku dari  bergerak. Seketika kemudian, baru dia melepaskan ciuman. Aku sudah teresak-esak dalam tangisan dan berusaha mencari nafas.

Pang! Tanganku menampar kuat wajahnya sehingga dia terteleng ke kanan. Saat dia kembali memandangku, dia merenung mataku dalam.

Hazzar bangkit mahu membuka bajunya dan aku bingkas bangun mahu melarikan diri. Dia dah tipu aku!

Sayang sekali, Hazzar sentiasa lebih pantas dari aku. Aku sekali lagi ditarik ke tilam dam kali ini, dia mengenggam kedua-dua tanganku sambil sebelah lagi tangannya mula merayau ke sekitar tubuhku.

Sampai hati dia! Aku tau, tiada peluang lagi untuk aku melarikan diri melainkan rasa diriku paling jijik selepas ini.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Kde žijí příběhy. Začni objevovat