EPILOG

776 18 0
                                    

Enam tahun kemudian

"Eee, itu songkok Cer! Yang ini baru Alan punya! Bak syini!"

"Shoyi la. Alan tak cengaja. Ambiklah ni!"

"Aslan, Qaiser, apa yang bergaduh lagi dekat atas tu? Turun cepat," panggil aku saat mendengar jeritan nyaring dari Aslan dan Qaiser. Bergaduh lagi la tu! Aku menjerit macam harimau mengaum baru senyap.

"Sayang, tolong butangkan baju abang," Hazzar datang bersama beberapa biji butang baju Melayu di tangannya.

"Sini," arahku sebelum dia datang lebih dekat. Butang dimasukkan satu per satu. Usai membutang bajunya, aku menepuk sedikit di bahagian kolar baju agar lebih kemas.

Handsome! Aku tersengih saat merenung wajah Hazzar. Nampak beberapa helai uban di rambut jambangnya. Dahi Hazzar sudah berkerut.

"Nak kata abang dah tua la tu," katanya dengan wajah cemberut. Haih, makin berusia makin kuat merajuk suami aku ni.

"Mana ada. Iffat tengok abang masih lagi handsome walaupu dah 46 tahun," kataku.

"Sama la tu, tetap nak kata abang tua. Untung la dia, abang dah 46 tahun, dia baru 36 tahun. Muda lagi, cantik. Sihat, bertenaga. Abang dah kerepot," Hazzar mula memuncung.

Cup!

Panjang sangat muncungnya. Terus hilang muncung itik tadi saat aku mengucup bibirnya.

"Kerepot la sangat. Dalam pada kerepot pun, anak makin bertambah," aku menjelingnya perlahan. Suamiku itu tersengih lalu menunduk mahu mencium perutku yang sudah besar seperti mahu meletup.

Third baby is coming, hehe.

"Sayang cantik sangat hari ni. Navy blue suits you well," katanya lalu merangkul pinggang aku. Raya hari ini, tema kami sekeluarga adalah biru tua.

"Thank you," balasku lalu tersenyum. Wajah kami semakin mendekat sebelum...

"Mama!"

"Papa!" aku terus menolak Hazzar jauh dari aku. Pakaian dibetulkan.

"Mama dengan papa buat apa?" soal Qaiser yang tidak berpuas hati melihat Hazzar memeluk aku.

"Papa peluk mama. Tak boleh ke? My wife is so beautiful," jawab Hazzar selamba.

"No! Papa jangan peluk mama!" Qaiser membentak. Terus dia berlari memeluk aku. Aku melihat Aslan yang mengeluh sambil menepuk dahi.

"Cer, kita kena kongsyi mama. Kan papa dah pesyan?" si abang memujuk adik. Beza sungguh perwatakan Aslan dan Qaiser. Aslan lebih tenang berbanding Qaiser yang baran dan perengus. Sorry anak mama, mesti terkenan dengan perangai mama masa dalam perut dulu!

"Cer cayang mama...," kata Qaiser lalu mengangkat wajah memandang Aslan.

"Alan pun cayang mama,"

"Papa pun sayang mama. Macam mana?" kata Hazzar. Saja nak mengusik anak-anak.

"Kita peyuk syama-syama," Aslan memberi solusi. Sudahnya, aku lemas dalam pelukan ketiga-tiga hero di dalam hati aku.

"I love you, sayang," bisik Hazzar di telingaku.

"I love you too, abang," jawabku.

"Kita syemua cayang mama la, papa. Jangan tamak!" kata Qaiser lalu menjeling tajam Hazzar. Hazzar dan Aslan sudah tertawa melihat Qaiser. Tak habis mahu rebutkan aku. Macam mana kalau dah ada adik nanti?

"Tak baik jeling papa. Say shorry now!" arah Aslan. Qaiser sudah serba salah. Dia perlahan-lahan mendekati Hazzar. Hazzar duduk melutut menunggu si anak datang dekat.

"Cer shorry, papa. Cer tak jeling lagi," Qaiser memeluk Hazzar.

"Okay, sayang. Papa maafkan. Jangan buat lagi ya," Qaiser mengangguk. Aku dan Aslan saling berpandangan lalu tersenyum. Thumbs up ditunjukkan kepada Aslan. Dia sangat bijak mengajar si adik dengan baik.

Lengan sasa Hazzar aku rangkul sambil mata kami saling merenung antara satu sama lain. Menyatakan rasa yang terbuku dan kian mekar di hati kami berdua.

Hanya dia yang bertakhta di hatiku. Dan kekal selama-lamanya.

Dia, Hazzar Fateh. Satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati seorang Iffaat Atilia.

TAMAT

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now