27

391 15 0
                                    

Ikram dan Naira yang sedang duduk di pelamin aku lihat. Tak dinafikan, mereka sepadan. Saat ini, tiba-tiba saja aku terasa betapa kerdilnya diri aku jika mahu digandingkan dengan Ikram mahupun Hazzar.

Mereka berdua tampak gembira. Jujurnya, aku gembira buat mereka. Tak ada dendam lagi yang aku simpan di dalam hati.

Tapi, Naira ni tak ajak Rina dengan Lisa ke? Sejak hari akad nikah lagi, aku tak nampak mereka berdua.

"Iffat, dah makan dah?" soal umi. Dia duduk di sebelah aku.

"Dah, umi. Yang lain semua dekat mana?" soalku.

"Walid jumpa kawan-kawan dia. Hanani dengan Taufiq tengah tenangkan baby dorang, menangis pula budak tu. Ramai orang agaknya...tu yang tak selesa. Ni, Hazzar mana?" aku diam. Hazzar pergi mana pun dia tak bagitahu pada aku.

"Hazzar dengan Iffat ada masalah ke?" umi bertanya. Mungkin umi dapat mengesan sesuatu dalam rumah tangga aku.

"Sabar ya, Iffat. Bagi masa dengan along tu. Insya Allah, semuanya akan baik-baik. Umi doakan, Iffat dan Hazzar dapat bersatu dengan baik," kata umi. Aku mencapai tangan umi.

"Umi, Iffat nak minta sesuatu boleh?"

"Apa dia Iffat?" aku menghela nafas berat.

"Iffat harap sangat umi boleh terima  Naira macam mana umi terima Iffat dan Kak Hanani. Apa jadi sekalipun, dia tetap dah jadi menantu umi. Boleh ya, umi?" aku memujuk umi. Umi menarik tangannya dari genggamanku.

"Kenapa Iffat suruh umi terima dia? Sebab dia la, keluarga kita berpecah-belah. Ikram sampai sanggup curang dengan Iffat," kata umi.

"Tak, umi. Kalau dah bukan jodoh umi, paksa kahwin macam mana pun, tak akan bertahan lama. Iffat sendiri dah anggap kami tak ada jodoh. Umi pun kena buat yang sama," umi merenung aku.

"Ya. Umi cuba. Umi buat ni sebab Iffat yang suruh. Kalau tak, jangan haraplah umi nak terima dia," kata umi. Aku ketawa perlahan. Mataku sedikit lagi mahu terpejam.

Buk!
_________________

Mataku melilau sekeliling. Semuanya serba putih. Aku dekat mana ni?

"Iffat, Iffat dah bangun? Kejap ya, akak panggil doktor," Kak Hanani keluar dari ruangan ini.

Tanganku terpasang drip. Sekarang aku tahu, aku berada di hospital. Tidak lama kemudian, Hazzar pula masuk bersama-sama seorang doktor wanita. Aku diperiksa doktor itu dengan teliti.

"Puan kena banyak air dan banyakkan berehat juga. Tekanan darah puan tinggi tadi. Sekarang, semuanya dah stabil. Kejap lagi, puan boleh balik," kata doktor itu.

"Stres sangat ke kahwin dengan abang sampai sakit macam ni?" soal Hazzar setelah doktor tadi keluar. Aku hanya memandang kosong wajah Hazzar.

"Abang, Iffat tak nak cakap benda ni sekarang. Iffat tak larat," pintaku.

"Fine," Hazzar mengalah.

Memang stres pun. Nak hadap perangai dia dan Naira lagi, aduhai!

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now