52

588 13 0
                                    

Biarpun tubuh terasa lemah kerana ditimpa alahan, seorang mak buyung tetap gagah menghadiri majlis perkahwinan. Ya, akulah tu.

Hari ini, adik bongsuku bakal bersanding dengan gadis pilihan hati. Mereka sudah bercinta dari zaman sekolah. Pandai adik aku sorok dari semua orang.

Kerana terlalu penat, aku duduk sebentar di kerusi sambil melihat adikku yang sedang berada di pelamin bersama isterinya.

"Sayang!" Hazzar menyergah aku dari belakang.

"Nasib baik orang sihat. Kalau ada sakit jantung, abang jadi duda tau tak," marahku. Sejak kehamilan kedua ini, Hazzar sangat bersabar melayan kerenah aku. Aku menjadi seorang perengus dan kuat marah. Janganlah terkenan dekat anak dalam kandungan ni nanti.

"Tengok tu, Aslan. Mama asyik marah papa je. Aslan je kawan papa sekarang," adu Hazzar pada Aslan. Aslan hanya ketawa kerana Hazzar yang mengacah-acah si kecil padaku.

"I'm sorry, abang. Iffat asyik marah dengan abang sejak mengandung ni," aku meminta maaf padanya. Rasa bersalah juga kerana selalu buat perangai.

"Tak apa, sayang. Abang faham Lagipun, dalam perut tu anak abang juga. Lagi Iffat marah-marah, lagi abang suka. Nampak seksi," kata Hazzar lalu tersengih nakal. Aku menjeling dia.

"Uish, tengok mama tu, Aslan. Tadi marah, sekarang jeling papa pula. Nasib papa sayang mama, kan?"

"Mama pun sayang papa," kataku pada Aslan. Aku nampak Hazzar menyembunyikan senyum.

"Siapa lelaki yang bertakhta di hati sayang?" soalnya sambil merenung mataku dalam.

"Hazzar Fateh, satu-satunya yang bertakhta di hati Iffat Atilia,"

"I love you,"

"I love you more,"

"I love you first,"

"I love you harder," masing-masing tak nak kalah.

________________

"Da..da..da da da...," kecoh mulut si Aslan. Entah apa yang dibebelnya tak tahulah. Mak mendukung si kecil itu. Aslan sudah ketawa. Sukalah tu orang dukung dia.

"Alahai, cucu opah ni. Mulut tak berhenti menceceh dari tadi. Banyak cakap," kata mak lalu mencuit hidung Aslan. Makin riuh budak tu membebel.

"Nak jadi peguam macam mama dengan papa dia kut. Bercakap tak berhenti," kata abah pula. Aku dan Hazzar sudah ketawa melihat telatah Aslan yang banyak mulut itu.

"Yang dalam perut tu pula tak tau macam mana nanti bila dah besar. Silap-silap, dia pun sama naik dengan abang dia ni," kata mak lagi.

"Eloklah, mak. Nanti kalau betul-betul jadi peguam, tak susah nak cari kerja. Boleh sama-sama kerja dekat firma Hazzar," ujar Hazzar.

"Baguslah tu satu family peguam. Kamu Iffat, bila bersalin?" soal abah.

"Hujung tahun ni, abah. Bulan Disember,"

"Kiranya, Aslan dengan baby tu kembar tahun ya?" soal abah. Aku hanya mengangguk. Ya tak ya juga, aku tak terfikir hal itu. Aslan lahir awal tahun, adiknya lahir hujung tahun. Tahun yang sama.

"Dah tahu nak berpantang dekat mana?" soal mak memandang aku dan Hazzar.

"Hazzar dah upah bidan yang boleh jaga Iffat nanti. Dia akan uruskan makan minum Iffat, Aslan dengan baby yang akan lahir ni," jawab Hazzar.

"Tak nak berpantang di rumah mak atau umi kamu?" soal mak.

"Bukan tak nak mak. Nak berpantang rumah umi, anak-anak Taufiq dengan Ikram ramai dekat sana. Risau bising. Takut Iffat tak terjaga kalau anak-anak menangis nanti. Umi pun bukannya larat sangat. Kami kalau boleh tak mahu susahkan umi dengan mak. Mak pun tengah sakit lutut. Boleh aje nak tinggalkan Iffat dengan anak-anak dekat sini. Tapi Aslan susah nak tidur malam kalau Hazzar tak ada. Nak ulang-alik dari sini ke tempat kerja lagi susah," jawab Hazzar dengan berhati-hati. Risau kalau emak terasa hati.

"Tak apalah kalau macam tu. Mak tak kisah kalau Iffat nak berpantang dekat mana-mana pun. Kalau dekat sini, lagi mak suka. Tapi, jangan sampai susahkan kamu berdua. Kamu fikir yang mana baik dan mudah," jawab emak.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Onde histórias criam vida. Descubra agora