38

523 14 0
                                    

Dua bulan kemudian

Hari-hariku dilalui seperti biasa. Aku sudah pun tamat pelajaran dalam peringkat PhD. Bezanya lagi, Hazzar tidak lagi tinggal di rumah sewa ini bersamaku. Katanya, dia sudah menjumpai rumah sewa lain.

Dua minggu sebelum dia berpindah ke rumah lain, kami bergaduh besar. Aku fikir, mungkin kerana pergaduhan itulah yang membuatkan dia memilih untuk tidak lagi menetap bersama-sama di rumah sewaku.

Separuh hati berasa lega. Separuh hati lagi, aku rasa terseksa pula. Aku sendiri tidak faham dengan diriku.

"Iffat, I want to talk to you," Hazzar menarik bahuku perlahan saat aku sedang ralit menatap skrin komputer.

"What?" soalku pelik dengan riak wajahnya yang seakan-akan sedang marah. Bengis.

"What is this?" sehelai kertas diserahkan kepadaku. Aku mencapai kertas itu lalu membaca isi di dalam kertas itu. Kertas ini, adalah borang tuntutan fasakh yang aku isi sejak bulan lepas. Dari mana Hazzar jumpa, aku juga tidak tahu.

"Borang fasakh?" balasku selamba. Aku dah lama tak ingat pasal borang ni.

"Yes, it is. Iffat memang bersungguh ke nak cerai dengan abang? I told you, jangan cuba buat benda-benda ni belakang abang atau depan abang sekalipun! Abang tak benarkan!" Hazzar mula mengamuk.

"Memang patut pun Iffat buat macam tu. Abang tak pernah fikir ke kalau Iffat masih marah dan sedih dengan apa yang abang buat dulu dekat Iffat? Tak kan? Sebab tu abang boleh arah Iffat supaya jangan minta cerai dengan abang. Abang memang sengaja nak seksa Iffat. Kenapa?! Abang dengan Ikram sama je la!" aku mula melawan. Menghamburkan apa yang aku rasa selama ini.

"No! Abang dengan Ikram lain. Atau Iffat masih teringatkan duda Iffat tu hah?"

Pang! Tanganku sudah singgah ke pipinya.

"Abang jahat! Iffat tak hadap dua-dua pun. Sebab dua-dua dah musnahkan hidup Iffat. Baik Iffat hidup jadi anak dara tua sampai mati. Apa lagi abang nak dari Iffat? I have nothing to give to you!" dadanya aku pukul sekuat hati. Hazzar berkerut menahan sakit lalu pantas menangkap tanganku.

"Stop it, Iffat. Abang tak akan ceraikan Iffat walau apa pun yang terjadi. Don't you dare buat kerja gila macam ni lagi. Abang tak halalkan! Iffat ingat abang tak tahu ke yang Iffat ada upah peguam dekat KL? Abang tahu sebab itu firma kawan abang!"  kedua-dua tanganku dicengkam kuat agar aku tidak menyerangnya lagi.

"So what? Kalau Iffat buat lagi, abang nak buat apa pula?" soalku sinis.

"Lagi abang paksa Iffat, lagi Iffat akan buat. You know, Iffat boleh buat tuntutan ke atas mahkamah yang abang tak sentuh Iffat sepanjang kita berkahwin," bibirku menyungging senyuman sinis saat melihat Hazzar yang seakan-akan sudah goyah.

"No, I won't let it pass. Abang bagi masa dekat Iffat sampai hari terakhir Iffat habis belajar. Berhenti kerja dan ikut abang balik KL. Dua bulan je lagi Iffat. Kalau dalam masa dua bulan Iffat tak buat apa yang abang suruh, you will never knew what I could do on you. And I'm warning you again, jangan berani buat perkara yang abang dah larang atau abang oun boleh failkan dakwaan isteri nusyuz ke atas Iffat. Pilihlah nak yang mana," balas Hazzar lalu menolak tanganku kasar.

Dia terus keluar dari rumah malam itu. Esok paginya, dia hanya balik untuk membawa barang-barangnya keluar dari rumah sewa aku.

Dan seharusnya, tempoh dua bulan itu sudah tamat. Aku terlupa!

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now