22

383 12 1
                                    

"Iffat, akak kena pergi rumah umi kejap. Semua orang pun pergi rumah umi. Iffat nak ikut atau tinggal sini?" soal Kak Hanani. Dia sudah bersiap-siap ke majlis kesyukuran di rumah umi yang hanya selang dua rumah dari banglo ini.

Aku rasa tak mahu mengikutnya walaupun rasa tidak sedap hati. Mungkin kerana takut duduk seorang diri. Tapi, kalau ikut pun, bukan boleh buat apa. Aku sedang datang bulan.

Apatah lagi nak tunjuk muka pada Ikram dan Naira. Tak mahu aku rosakkan hari bahagia mereka.

"Tak apalah, kak. Iffat duduk sini aje. Apa-apa, Iffat call akak. Senggugut kuat pula ni," Kak Hanani mengangguk.

"Jaga diri ya. Lagi dua jam macam tu akak balik. Pintu rapatkan aje, jangan kunci. Sebab kunci ada satu, kalau saudara lain nak masuk awal nanti tak ada kunci pula. Kunci pun tak ada dekat akak," pesan Kak Hanani lagi.

Aku merebahkan diri ke atas tilam selepas Kak Hanani keluar dari rumah itu. Kerana rasa mengantuk terlalu menguasai diri, aku terlelap.
_______________

Aku terjaga saat tekak terasa sungguh haus. Pintu bilik dibuka. Kaki dibawa ke dapur.

Selepas air diteguk, aku mencuci gelas. Pusing saja ke belakan, terjatuh cawan yang aku pegang ke lantai.

"Along buat apa dekat sini?" soalku lau terus berlari ke dalam bilik. Tudung mana tudung? Alamak!

Aku bergegas menyarung baju yang lebih tertutup dengan sehelai tudung sarung. Sedang menyarungkan tudung, aku terdengar suara yang kecoh di luar rumah. Terus aku keluar dari bilik.

"Haji, saya berani bersumpah yang saya tak buat maksiat dalam rumah ni. Saya cuma hantar barang saja," Dr Hazzar tegas bersuara.

"Kalau tak bermaksiat, peremouan tu siapa?" soal seorang lelaki tua berkopiah. Dia menunjuk ke arah aku.

"Itu..bekas adik ipar saya. Dia memnag tinggal dalam rumah ni,"

"Sudah, jangan nak temberang dengan kami. Ikut kami ke pejabat,"

Aku memandang Dr Hazzar. Sekejap, apa dah jadi ni? Aku tak mampu mencerna apa-apa pub ke dalam otak.
________________

"Anak lelaki tuan dan puan dah melakukan maksiat dalam rumah tu. Kami cadangkan supaya mereka berdua dinikahkan malam ini,"

"Tak ada jalan lain ke haji," soal walid. Pegawai tadi hanya menggelengkan kepala.

"Tuan semua tak boleh tuduh saya macam tu! Saya berani sumpah yang saya tak buat benda yang tak elok. Memang saya seorang aje yang ada dalam rumah tu sebab tak ikut yang lain ke majlis kesyukuran. Tapi saya tak ajak orang lain ke rumah itu," terang aku.

Pang! Pipiku ditampar kuat.

"You tak payah bajet alim sangat. Tak dapat adik, you nak abang pula?" soal Kak Zeera dengan wajah bengisnya.

"Kak Zeera, betul apa yang Iffat cakap. Lagipun, pintu rumah memang tak berkunci. Dari semalam lagi macam tu. Kunci ada satu aje dan bukan dekat kami. Dekat saudara yang lain. Kalau orang lain nak balik ke homestay tu lebih awal, macam mana nak masuk kalau pintu berkunci?" Kak Hanani pula menyampuk.

"Argh, sudahlah! Hazzar, you kahwin je dengan budak ni. I dah fed up dgn rumah tangga kita. Esok, I akan failkan cerai dekat mahkamah," lalu kembali duduk.

"Umi...," aku merayu pada umi. Umi mengusap belakang aku.

"Iffat, umi rasa ada baiknya Iffat dan Hazzar nikah. Nanti, umi akan terangkan pada mak dan abah Iffat ya. Tolong, sayang?" umi memujuk aku. Aku menggeleng laju tanda tidak mahu.

Umi dan Kak Hanani pula, memberi anggukan tanda semangat padaku. Aku memandang Dr Hazzar yang merenung aku tajam.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now