16

335 10 0
                                    

16 Ogos 2022

Lebih kurang dua bulan yang lepas.

Naira
-Awak Ikram kan? Engineer di Wisma Buildtive. Saya Naira, kawan Iffat yang ada di rumah Rina tadi.

Ikram
-Oh, Naira ya. Kenapa mesej saya?

24 Ogos 2022

Naira
-Hai, nak lunch bersama tak? Our working place pun dekat. Colleagues saya cuti hari ni.

Ikram
-Sure! Tunggu saya, saya jemput awak.

1 September 2022

Ikram
-I think my heart have changed. I think...I like you, not Iffat.

Naira
-Are you sure?

Ikram
-Yes. Why did I met you later, after her?

Sakit hati aku membaca mesej antara Naira dan Ikram. Why did I met you later, after her? Kepala otak dia!

Tak cukuo dengan tu, dia cuba dah rancang nak ceraikan aku pula! Pandai betul dua makhluk ini sembunyikan rahsia mereka.

Kononnya, darah manis dan tak boleh berjumpa selalu. Belakang aku, seronok jumpa kawan aku pula.

Lagi seorang, ramai pesakit jadi tak bokeh tengok kawan bernikah. Padahal, tak nak sakit hati tengok buah hati dikahwinkan dengan kawan sendiri.

Kurang ajar.

Ya Allah, ujian apa kau turunkan pada aku?

Pintu bilik air dibuka. Ikram memandang aku dan telefonnya yang berada ditanganku silih berganti.

"Kenapa awak pegang phone saya?" soalnya lalu berjalan menghampiri aku. Belum sempat dia datang dekat...

Buk! Iphone milik Ikram sudah selamat terbang dan mendarat dihidung lelaki itu. Dia mengaduh lalu memegang hidungnya yang sudah berdarah itu.

"What's wrong with you, crazy bitch! Apasal baling phone ni dekat hidung saya? Sakit tau tak!" dia menjerkah aku.

Dia...baru panggil aku bitch? Dia anjingkan aku?

"Kau panggil aku anjing? Habis tu kau apa? Sampai hati kau tipu aku kan!"

"Apa awak cakap ni? Okay, I'm so sorry for calling you like that. Sorry, okay!" hidung yang berdarah itu dilap dengan tuala yang dipegang.

"Kau curang Ikram. Dengan kawan aku. Kalau kau tak sudi dengan aku, kenapa nak teruskan perkahwinan kita? Kau siap rancang nak ceraikan aku lagi!" aku mengamuk. Dadanya aku pukul kuat sehingga dia menolak aku ke tepi katil.

"Yes! Aku suka dengan Naira. So what? Talak dekat tangan aku, bukan tangan kau!"

"Bila kau nak ceraikan aku?" soalku dengan nada lirih. Mudahnya lelaki ini mengambil berat hal talak dan kahwin.

"As soon as possible,"

"Today?"

"Hahahaha, exactly no! Umi paksa aku kahwin dengan kau, walaupun aku dah cakap aku tak ada hati dengan kau dah. Dia sayang sangat dengan kau. So, let's play the game until I'm getting bored, okay?" katanya lalu menepuk pipiku perlahan.

_______________

"Makan banyak sikit, Iffat. Pengantin baru ni kena ada banyak tenaga," kata umi lalu menuangkan beberapa lauk ke dalam pingganku.

"Betul, Iffat. Ikram pun, makan banyak sikit. Kau lagi nak pakai banyak tenaga, hahahaha," kata angah, Taufiq Iskandar. Isterinya, Kak Hanani mencubit lengan suaminya sehingga lelaki itu mengaduh kuat.

"Sudahlah tu kacau dia. Macam dia seorang aje yang kahwin. Orang lain oun kahwin juga," kata Kak Zeera, isteri along yang seakan-akan memerli aku. Dari awal aku masuk dalam keluarga ini sebagai anak angkat kepada umi dan walid, Kak Zeera seperti dingin dengan aku.

Keadaan sunyi sepi selepas itu. Mungkin terkesima dengan kata-kata Kak Zeera.

Lauk yang umi masak sungguh sedap. Namun, tekakku terasa kelat dan sempit untuk menelan. Tubir mata yang terasa hangat aku pujuk agar jangan membanjir.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now