41

523 14 0
                                    

"Jom sayang. Tukar baju. Kejap lagi kita terus gerak ke KL," kata Hazzar sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik wad aku.

"Saya tak berhenti kerja lagi. Barang pun tak kemas," balasku dengan mendatar. Nampak betul seperti langsung tak teruja untuk pulang ke rumah.

"Oh, jangan risau pasal tu. Abang dah hantar resignation letter dekat pejabat Iffat. Barang-barang Iffat pun abang dah sewa lori untuk hantar ke rumah kita," mataku membulat saat mendengar Hazzar.

"Bila masa abang buat semua tu? Tanpa tanya dengan Iffat?" dia memang betul-betul buat semua keputusan sendiri. Tak fikir pun apa yang aku rasa.

"Abang ada hak sepenuhnya ke atas Iffat. Lepas ni, no more compromise. Dengar cakap abang, boleh?" soalnya tegas. Mata juga sudah tajam memandang aku. Aku mendengus kasar. Cakap lebih-lebih pun, bukannya aku diberi pilihan.

"I will take it as a yes. Now, tukar baju," tangannya singgah dadaku sebelum butang baju dibuka. Aku yang terkejut terus menepis kuat tangannya. Berani dia sentuh aku lagi.

"Tahu takut. Tunggu apa lagi? Abang cakap buat tak tahu je. Pergi tukar baju!" aku terus membawa baju yang dihulurkannya ke bilik air.

_________________

"What are thinking about? Diam je. Teman abang drive kalau tak ada benda nak buat," aku menoleh ke arah bertentangan dari Hazzar. Jujurnya, aku masih tak bersedia dengan semua ini.

"Lapar? Kalau lapar, ambil makanan dekat belakang tu. Ada roti dan donat. Boleh alas perut buat sementara nak tunggu sampai RnR," ujarnya lagi. Hazzar mengeluh.

"I know that you are still mad with me about what happened few nights ago. Kalaulah Iffat tahu, abang tak sanggup nak berpisah dengan Iffat. Abang menyesal sebab berkasar dengan Iffat, baik empat tahun lepas atau pun malam abang sentuh Iffat. Tapi, itu je cara yang abang ada untuk kekal dengan Iffat. Abang takut kalau Iffat betul-betul failkan fasakh atas sebab abang tak beri nafkah batin. Apa yang abang cakap tentang failkan nusyuz ke atas Iffat tu, abang tak sanggup pun nak buat sebab abang sayang dan cintakan Iffat. Don't you love me the way I love you?" aku memejamkan mata.

"Please, give me a chance. Give us more chance. Abang yakin, kita boleh lakukan yang lebih baik untuk keluarga kita. I really want you as my wife and the mother for our children," rayu Hazzar disebelahku. Tangan kananku dia capai lalu dikucup lembut atas kekura.

Kalaulah itu yang dia luahkan empat tahun lepas, aku pasti yang aku adalah perempuan paling bahagia di bumi ini.

Betul ke yang kami masih ada peluang lagi?

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now