21

364 12 1
                                    

Tiga bulan kemudian

Kad kahwin yang aku terima daripada staf yang menjaga bahagian kaunter tadi sudah rabak aku koyak. Ikram hantar tadi sewaktu rehat.

Umi juga ada memberitahu aku tentang hal perkahwinan Ikram dan Naira. Dia mejemput aku. Namun, bila aku menolak, umi okay sahaja. Katanya, risau jika aku sedih.

Tak sangka, Ikram hantar kad kahwinnya. Dia nak aku datang? Fine! Aku datang. Biar sakit mata Naira tengok aku.
_________________

Aku membetulkan baju kurung yang aku pakai. Dengan solekan yang tak terlalu menonjol, wajahku nampak lebih segar.

Rasanya, kalau ada orang tahu aku dan Ikram sudah bercerai, pasti mereka pelik kerana janda Ikram datang ke majlis perkahwinan lelaki itu dengan isteri baru.

Syukur sekali, majlis akad nikah kami dulu tidak dibanjiri orang ramai. Hanya ada keluarga umi, keluargaku dan sahabat-sahabat. Rancangnya tak mahu jemput terlalu ramai orang, kecuali semasa bersanding.

"Assalamualaikum umi, walid," aku menegur umi dan walid yang tercengang dari tadi saat melihat aku melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah.

"Waalaikumussalam. Ya Allah, Iffat ke ni?" soal umi lalu mengusap wajahku.

"Ya, umi," balas aku lalu tersenyum.

"Kamu tak apa ke datang ni?" tanya walid.

"Iffat okay je. Mak dan abah pun suruh datang demi umi dan walid,"

"Terima kasih, Iffat sebab datang. Kejap, umi panggil Kak Hanani kamu. Dia pun rindu dengan kamu. Pergi makan dengan dia. Dia tak makan lagi tu. Hanani!"

"Ya, umi...Ya Allah, Iffat!" Kak Hanani memeluk aku erat.

"Hanani, kamu tak makan lagi kan? Pergi makan dengan Iffat. Biar umi dengan yang lain jemput tetamu," kata umi.

Kak Hanani terus menarik lenganku ke bawah khemah. Aku cuma menadah pinggan saja, Kak Hanani menuangkan bermacam lauk ke dalam pingganku.

"Iffat sihat? Akak rindu dengan Iffat tau. Dah la tak dapat kenal betul-betul. Nak call selalu, risau sibuk kerja,"

"Iffat sihat, kak. Iffat pun rindu dengan akak. Cuma sejak kebelakangan ni, Iffat busy dengan kerja, kuliah lagi. Sebab dah nak habis master. Alhamdulillah, sekarang dah habis master," jawab aku.

"Malam ni, Iffat tidur dengan akaklah dekat homestay. Abang Taufiq tak ada harini. Esok baru dia balik. Akak tidur seorang dengan anak akak. Boleh ya? Kita sembang-sembang," pujuk Kak Hanani.

Memanglah aku tiada apa-apa aktiviti esok. Tapi, segan pula.

"Bolehlah ya? Akak dah cakap dengan umi tadi. Umi pun seronok. Alah, bukannya tidur dekat rumah umi. Kita tidur kat homestay. Kalau orang tanya, akak cakaplah Iffat ni adik akak. Orang bukan kenal pun," pandai betul Kak Hanani ni pujuk aku.

"Okay, tapi esok pagi Iffat terus balik ya. Iffat tak join majlis bersanding Ikram dan Naira,"

"Okay,okay. Akak tak halang. Malam ni aje cukuplah,"

Aku memandang sekeliling. Namun, terbejat aku saat mata bertembung dengan mata Naira. Naira sedang memandangku tajam.

Aku mengukir senyum padanya. Jujurnya, senyuman ikhlas. Aku tak berdendam atau marah lagi pada dia. Benda dah lepas. Sudah tertulis jodoh mereka.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now