3

383 14 0
                                    

Pengumuman di lapangan terbang untuk penerbangan ke Malaysia sekejap saja lagi bergema.

Aku bersalaman dengan umi dan memekuknya erat. Umi sudah membuat iklan air mata pula di sini. Bukannya tak akan jumpa di Malaysia nanti. Kalau umi dan walid ke Malaysia, sudah tentu akan menjenguk mereka.

Aku bukannya apa, aku jenis yang tak boleh tengok air mata orang, lagi-lagi orang tua. Mulalah aku pun nak menangis juga. Sudahlah kalau dah mula menangis, payah pula nak berhenti.

Walid memujuk umi.

"Dah la tu awaknya. Tak senang budak ni nak balik Malaysia kejap lagi," pujuk walid. Umi sudah mengelap air matanya.

"Iffat nanti dah sampai, roger kami ya," pesan walid. Aku mengangguk.

"Iffat, nanti umi balik Malaysia, umi akan call Iffaf tau. Iffat mesti kena datang jumpa kami," kata umi.

Walid disebelahnya sudah gelak terbahak-bahak.

"Ya, umi. Insya Allah, nanti umi bagi je alamat, Iffat datang,"

"Iffat pergi dulu ya," aku mula berjalan.

Sempat juga aku menoleh ke belakang lalu melambai pada mereka.

___________

Finally.

Malaysia, I'm back!

Setelah penerbangan yang mengambil masa hampir 14 jam, kemudian menaiki teksi dari KLIA ke rumah. Sekarang, aku dah berada di pagar rumah aku.

Sayangnya, pagar dah dikunci.

"Assalamualaikum!" aku membesarkan suara demi memberi salam..Harapnya, ada la orang bangun buka pintu pukul 5 pagi ni.

Dekat mak dan abah, aku kata akan balik ke Malayisa lagi empat hari. Saja nak bagi surprise. Surprise yang memberi bahana bila aku terkunci lama di luar ni.

"Assalamualaikum!" sekali lagi aku memberi salam. Tolonglah, bangunkanlah sesiapa dalam rumah ni untuk buka pintu.

Klak

Selepas beberapa saat aku memberi salam, aku mendengar bunyi selak pintu ditolak. Kali ni aku tau ada orang buka pintu.

Abah menjengulkan kepala selepas membuka pintu.

"Eh, Iffat! Bukan kata lambat lagi nak balik Malaysia?" tanya abah dengan terkejut. Mana tak nya, anak dia tiba-tiba sahaja terpacak depan pintu rumah.

Aku tersengih seperti kerang busuk.

"Saja nak surprise, bah," kata aku.

Abah dah menggelengkan kepala melihat perangai anaknya yang seorang ini.

"Abah jangan bagitahu mak yang Iffat dah balik tau. Esok biar Iffat tunjuk muka kat mak sendiri," pesan aku pada abah.

"Yelah, Iffat. Dah, masuk cepat. Abah mengantuk ni. Jangan lupa kunci pagar luar dengan pintu rumah," pesan abah.

Aku mengangguk. Abah sudah berjalan masuk ke rumah. Aku segera mengunci pagar lalu membawa bagasi ku ke dalam rumah selaju-lajunya. Tak sanggup nak duduk luar rumah pukul 5 pagi ni. Seram sejuk!

___________

Jam sudah menunjukkan pukul 12.45 tengah hari. Nak dekat waktu zuhur. Aku terlelap pagi tadi selepas selesai solat subuh.

Hehe, sekarang aku akan berjumpa dengan mak. Harapnya abah tunaikan janji dia untuk tidak memberitahu pada mak yang aku dah sampai rumah pagi tadi.

Aku bingkas bangun lalu berjalan menuju ke dapur. Selalunya waktu macam ni, mak mesti belum habis memasak.

Telahan aku benar apabila susuk mak sedang menumbuk cili dalam lesung batu.

"Mak!" sergah aku di belakang mak.

Terenjut bahu orang tua tu bila aku sergah dia. Mak kemudiannya menoleh ke belakang.

"Iffat! Iffat ke ni?" tanya mak.

Aku mengangguk lalu tersengih.

"Ya Allah, bila sampai?"

"Pukul 5 pagi tadi mak. Sebelum mak tanya siapa yang buka pintu, abah yang buka pintu pagi tadi," kata aku. Mak mesti banyak soalan yang bakal di tanya.

"Abah tak cakap pun Iffat dah sampai. Nak kena abah ni," jelas mak yang geram dengan abah. Anak dengan ayah, sama saja! Aku tergelak mendengar kata emak.

"Iffat yang suruh abah diamkan. Saja nak buat surprise," ujarku.

"Ha yelah, kamu pergi bersihkan diri dulu. Lepas solat zuhur nanti, makan. Mak dah nak siap masak ni,"

Aku mengangguk lalu membawa langkah ke bilik semula untuk membersihkan diri.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now