24

394 12 0
                                    

"Mak, abah...mak dengan abah percayakan Iffat, kan? Iffat tak buat semua tu!" aku merayu dalam dakapan abah.

Mak dan abah baru saja sampai. Kak Long yang membawa mereka ke rumah ini.

"Iffat, sudahlah tu. Umi dah pesan, jangan menangis banyak sangat. Kamu sakit nanti. Badan tu dah panas pagi tadi," pujuk umi.

"Kami minta maaf Rahman, Timah. Kami betul-betul tak sangka yang akan jadi macam ni. Menantu kami kata, ada orang yang rancang," jelas walid.

"Astaghfirullah. Kenapalah anak saya dibuatnya sampai macam ni? Siapa yang buat tu?" soal abah.

"Isteri Ikram," kata umi.

"Kami jujurnya tak restu perkahwinan mereka. Bila difikirkan Ikram anak kami, kami setuju juga. Dah jadi macam ni, kami ralat sangat,"

"Saya harap, kita bagi ruang untuk Iffat dan Hazzar. Lagipun, Hazzar dan isterinya dah bercerai pagi tadi. Saya dah tak sanggup nak tengok anak bercerai-berai lagi. Iffat pun saya sayang macam anak sendiri. Kita doakan yang baik-baik untuk mereka," kata umi.

Mak dan abah memandang sesama sendiri.

"Baiklah, kalau itu yang terbaik, saya dan isteri saya ikutkan aje. Saya harap yang terbaik buat Iffat dan Hazzar. Hazzar mana? Saya tak nampak dia dari tadi,"

"Hazzar ke mahkamah untuk urusan perceraian dia. Kejap lagi baliklah dia. Rahman dengan Timah duduklah sini dulu. Sehari dua pun tak apa," kata walid.

"Tak mahunya kami. Tak rancang pun nak tinggal rumah lama. Macam ni, Iffat dengan Hazzar, nanti balik aje rumah mak dan abah bila semua dah selesai. Khalid dengan Maryam pun ikutlah sama,"

"Baiklah, Insya Allah,"

___________________

"Iffat, pergilah berehat dulu. Akak dengan umi aje yang masak. Iffat nampak lembik je. Risau pula akak tengok," kata Kak Hanani. Bahuku ditepuk perlahan.

"Betul tu, Iffat. Kamu nampak tak sihat, pucat. Rehatlah dalam bilik. Nanti dah siap, umi panggil," aku menggeleng perlahan.

"Tak apalah akak, umi. Iffat okay je. Mungkin nampak tak sihat sebab penat menangis. Lagipun, sikit je ni. Segan Iffat nak duduk dalam bilik tak buat apa," jawabku. Kak Hanani datang lalu membawa jauh pisau dan bawang yang aku mahu kupas.

"Sudah, jangan melawan lagi. Pergi rehat. Kerja pun tak banyak nak buat," Kak Hanani menolak aku keluar dari kawasan dapur. Aku akhirnya mengalah lalu terus menaiki tangga ke bilik Hazzar.

Masuk saja dalam bilik, tudung ditanggalkan. Getah rambut yang mengikat sanggul rambut ini juga aku lepaskan. Kepala aku rasa sakit sangat.

Tanda-tanda mahu demam sudah ada. Badan juga rasa sejuk. Terus aku mengerekot di atas tilam. Mahu saja pejam mata, aku terpandangkan bingkai gambar milik Hazzar.

Nampak muda. Lain dari rupa sekarang. Jarak umur kami sepuluh tahun. Bermakna, umurnya sekarang sudah 35 tahun. Benar-benar terlajak jauh.

Tidak sedihkah Hazzar dan Zeera selepas apa yang terjadi? Hari ini, mereka sudah sah bercerai. Apakah mereka sudah tidak saling cinta?

LELAKI TAKHTA HATI(C)Where stories live. Discover now