5

367 10 0
                                    

Hari pertama aku sebagai pekerja Arif & Co. sangatlah baik. Majikan dan staf sangat mesra. Tapi tak boleh puji lebih, takut esok lusa lain pula yang jadi.

Sejujurnya, hari ni memang hati yang sangat memenatkan. Sudahlah malam tadi aku tak cukup tidur gara-gara nervous yang melampau, hari ini pula penat berjalan dengan kasut bertumit 2 inci.

Aku baring di atas tilam. Tiada kerja yang aku perlu selesaikan. Staf baru, apa sangat kerja yang ada?

Sedang merenung siling di atas, aku teringat dengan email yang aku terima pagi tadi sewaktu berada di pejabat. Tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di UM separuh masa.

UM memang dekat dengan tempat kerja aku. Kiranya aku boleh bekerja dan belajar pada masa yang sama. Aku juga boleh terus menetap di rumah sewa ini.

Memang dah lama aku memasang niat mahu melanjutkan pelajaran hingga ke PhD. Tapi tidak sangka pula secepat ini. Malah, tawaran yang diberikan juga turut ditawarkan biasiswa dari badan yang menawarkan biasiswa sewaktu aku degree di UK dulu.

Kiranya kali ini adalah biasiswa untuk pelajar cemerlang lah. Ada juga aku tanya mak dan abah tadi, mereka benarkan aje aku melanjutkan pelajaran lagi kalau betul berminat. Sekarang aku buntu, mahu atau tidak sambung belajar lagi.

Ah, fikir esok sajalah. Lama lagi boleh terima atau tolak tawaran. Mata yang semakin berat aku pejam. Penat betul hari ni.

__________

Aku terjaga dari tidur awal. Aku bingkas bangun lalu menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu'.

Aku mengangkat takbir, mahu melakukan solat istikharah. Selesai solat istikharah, azan subuh pula berkumandang.

Aku menyudahkan solat subuh dengan hati yang lega. Sekarang, aku sudah mempunyai keputusan tentang tawaran semalam.

Aku sudah fikir masak-masak mahu meneruskan pelajaran lagi. Semuanya ibarat dipermudahkan.

Aku menerima biasiswa sekali lagi. Mak dan abah juga benarkan aku sambung belajar lagi. Kelmarin, bos juga ada kata aku cuma perlu mengisi borang kebenaran menyambung pelajaran jika mendapat tawaran dan benar-benar mahu menyanbung pelajaran.

Aku akan uruskan semuanya pagi ini. Tak banyak pun perlu diuruskan. Jika tidak sempat hari ini, mungkin esok hari.

LELAKI TAKHTA HATI(C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora