BAB 7

9 0 0
                                    

"Bye, nek!" Jane melambai nenek yang sudah berada di atas motor milik Juna. Seperti yang Juna janjikan, dia benar-benar mahu membawa Jane ke kota petang ini. Nenek juga memberikan kebenaran kepada Juna. Nenek nampaknya sangat mempercayai Juna.

Jane duduk atas kerusi panjang di halaman rumah, menanti kedatangan Juna lagi. Kata nenek, dia memang kebetulan hendak melawat sahabat lamanya itu.

Entah kenapa, Jane terasa ingin tahu apabila nenek kerap kali menggelar Mamak Juna sebagai wanita hebat.

Mamak... hati tiba-tiba rasa rindu dengan Mama. Sudah lama Jane tidak menghubungi Mama. Bukan tidak mahu, cuma dia khuatir Mama sedang sibuk. Sibuknya Mama itu, bahkan Mama sendiri tidak pernah menghubungi satu-satunya anaknya ini.

Sesibuk itukah Mama?

Jane juga sedar akan hal itu. Dia hidup bersama Mama selama ini. Cuma... Mama masih punya masa untuk membawa Jane berjalan-jalan setiap hujung minggu. Sekarang ini, perniagaan Mama benar-benar sudah berkembang.

"Mama mahu bina sebuah empayar. Biar semua kenal sama Mama."

Suatu ketika dahulu, Mama pernah bergurau seperti itu. Itu impian Mama? Jane senyum hambar. Impian Mama dan dirinya sudah seperti langit dan bumi.

Jane menghela nafas lemah. Lama dia duduk sambil fikiran melayang memikirkan Mama.

Mata tiba-tiba tertangkap seorang gadis sedang menyapa Juna di perjalanan. Ramah sekali gadis itu berbual-bual dengan Juna. Jemari halus sang gadis ligat memintal hujung selendang. Persis seperti skenario antara si hero dan heroin dalam filem cinta. Hati rasa perih sedikit.

Si teruna tiba-tiba memberi isyarat menuju ke arah Jane. Jane telan air liur kelat. Sedikit terkejut tatkala kepala gadis berpaling memandang arah tunjuk. Matanya seperti mahu menerkam wajah cantik Jane. Tajam macam singa!

Setelah itu, Jane nampak Juna memberi sebungkus plastik dan menghadiahkan sekuntum senyuman yang sangat indah kepada sang gadis sebelum kakinya melangkah pergi meninggalkan gadis. Menuju ke arah Jane.

Jane tidak mempedulikan Juna. Mata fokus melihat si gadis yang masih tercegat memandang Juna. Matanya tidak berhenti menatap Juna sebagaimana mata Jane turut tidak henti memandang gadis itu.

Gadis itu... suka sama Juna? Jane berfirasat sendiri. Melalui gerak gerinya tadi, dia seolah-olah dapat merasakan perasaan cinta gadis itu.

Amboi, Jane! Sudah macam ahli nujum!

"Assalamualaikum, saudari. Sudah sampai ke Surabaya nampaknya, ya?" Saudara sudah duduk di ruang sebelah Jane. Jane yang sedikit tersentak memalingkan wajah ke arah lelaki di sebelah.

"Waalaikumussalam. Motor kamu mana?" Berkerut kening Jane apabila lelaki itu datang dengan berjalan. Jangan bilang sama Jane bahawa mereka ke kota dengan kaki sahaja. Mahu pengsan Jane nanti!

"Saya tidak berani menunggang motor berdua di atas jambatan. Jadi, saya tinggalkan di seberang. Jalan kaki untuk ambil kamu di sini." Nafas Juna sedikit kencang. Lelah berjalan masih ada.

Jane hanya mengangguk faham. Tidak lama selepas itu, Juna mengajak Jane untuk memulakan perjalanan. Sengaja Jane membiarkan Juna berehat sebentar. Tahu bahawa lelaki itu penat.

Entah kenapa hati Jane rasa terharu sendiri. Juna sanggup menyusahkan diri sendiri semata-mata untuk membawanya melihat kota. Kata nenek, Juna ada ke rumah sebentar petang kelmarin. Ketika itu, Jane sudah keluar ke warung Pak Dol untuk membeli garam.

Jauh Lebih SempurnaWhere stories live. Discover now