BAB 3

19 0 0
                                    

"Jane mahu makan apa hari ini, nak?", soal nenek. Jane yang duduk di meja makan itu merebahkan kepalanya ke atas meja.

"Tak tahulah, nek. Jane ikut nenek." Jane tidak berani meminta lebih-lebih. Tangan mula bermain-main dengan rantai kunci berbentuk arnab itu. Rantai kunci yang dikait khas oleh Mama untuknya.

Hati rasa rindu dengan Mama. Jane tidak mampu menipu diri. Walaupun baru saja beberapa hari yang lepas dia bertengkar dengan Mama.

"Kalau begitu, nenek masakkan kari ayam untuk Jane, ya?"

Jane angkat kepala. "Ayam semakin mahal, nek. Tempe goreng juga sudah cukup, nek." Jane agak terkejut. Duit hasil tadi sudah dihabiskan untuk membayar hutang nenek. Duit pemberian Mama pula Jane mahu beli beras dahulu besok hari. Dari mana nenek hendak mendapatkan duit untuk membeli ayam?

Berhutang?

Jane akan pastikan itu tidak berlaku lagi.

Suara yang dikenali kedengaran di luar rumah memberi salam. Jane tidak berani mahu angkat. Nenek tersenyum lalu bergerak ke hadapan dengan kaki yang sedikit terencat, lenguh faktor usia. Jane gigit bibir bawah, perasaan bersalah menyelubungi dirinya.

Nenek kedengaran sedang ramah menyapa Juna. Jane berharap Juna cepat-cepat pergi dari sini. Jantungnya sudah mahu melompat keluar. Entah perasaan apa yang sedang dirasainya sekarang ini, dia juga tidak tahu. Yang pasti, perasaan ini buatkan dia jadi orang tidak ketentuan.

Sejenak sebelum nenek mempelawa Juna masuk, Jane membeku di tempat duduknya. Plastik berisi diletakkan di hadapan.

Dia cuba bernafas apabila lelaki itu sudah mengambil tempat di hadapannya. Mata lantas dikalihkan ke isi plastik tadi. Tangan mula mengupas kuku di bawah meja.

Ya, Jane memang dramatik!

Nenek duduk di kerusi tengah. Tangannya mula mengeluarkan isi tersebut.

"Nasi padang.", Juna mula bersuara. Jane cuba mengawal nafas. Bertenang, Jane. Sampai bila hendak takut dengan lelaki?

Bukan semua pembunuh!

Sekejap, Jane angguk kepala. Sekadar tanda dia mendengar.

"Juna beli dari mana, nak?", soal nenek memecah keheningan. Nasi padang dicurahkan ke dalam tiga buah pinggan. Kemudian, sudu besi diletakkan. Satu pinggan disuakan kepada Jane, satu lagi kepada Juna.

"Dari Warung Pak Amit.", Juna menyua semula pinggannya kepada nenek. "Juna makan roti aja nek." Juna mengambil biskut dalam almari dapur. Kemudian, Juna kembali ke meja makan bersama secangkir kopi.

"Loh, kenapa dibelinya tiga, nak?"

Juna menggaru pelipisnya, gadis di hadapan nampak sedang leka merenung nasi padang. "Untuk nenek kongsi sama Jane."

Mendengar namanya terbit dari bibir lelaki itu, Jane panggung kepala. Senyuman tulus ikhlas terukir di wajahnya sambil mata menyambut pandangan Jane.

"Kalau begitu, ini buat Jane aja, ya?" Nenek menyua kembali pinggan itu kepada Jane. Jane kalihkan pandangan ke arah pinggan itu. Dia sememangnya mampu untuk menghabiskan hidangan sebanyak itu. Malah, tiga porsi itu juga dia mampu.

"Kita kongsi, nek.", ucap Jane sepatah. Sudu membahagikan nasi padang itu kepada dua bahagian. Satu bahagian, diletakkan ke dalam pinggan nenek.

Dia tidak setamak itu. Tahu bahawa nenek juga sedari tadi belum makan sepertinya. Jane mulai menjamah makanan. Satu suapan terhenti apabila saudara di hadapan mencelah.

Jauh Lebih SempurnaWhere stories live. Discover now