28

44 6 24
                                    

"Pak cik, pak cik kena percayakan Misha" aku memegang lengan pak cik, berharap dia akan mempercayai kata-kata aku ni

Pak cik hanya memandang aku lemah

"Tolonglah kali ni je pak cik kena percayakan Misha sebab Misha tahu mana mayat abang Fateh" rayu aku lagi

Air mata mula bertakung, menunggu masa untuk tumpah

Terus pak cik dan mak cik aku berpandangan antara satu sama lain

"Biar pak cik call kawan sekejap, lepastu kita pergi" pak cik aku mula mengeluarkan telefon nya dan mendail nombor seseorang

Aku pula mula berasa lega, kali ini pak cik aku mempercayai kata-kata aku

💮💮💮💮💮

"Lepastu belok kanan" aku memberi arahan kepada pak cik aku untuk menuju rumah agam tersebut

Keadaan di taman sekitar amatlah serupa dengan apa yang aku nampak sewaktu berada di dalam memori itu

Mengingatkan semua kejadian itu buatkan aku rasa mahu menangis semula

Terus pak cik aku memandu mengikut arahan aku dan diikuti dengan mak cik aku dan beberapa buah kereta hitam di belakang

Aku tidak mengerti kenapa pak cik aku membawa kawan yang sebanyak ini, namun aku membiarkan sahaja

Asalkan aku dapat tunaikan hajat terakhir abang Fateh sudah cukup baik dah

💮💮💮💮💮

"Rumah agam ni dah ada orang tinggal" kereta pak cik aku terhenti di depan pagar rumah agam yang sudah siap dan megah itu

Aku hanya memandang sayu rumah agam tersebut, terus air mata aku yang sudah mula mengalir aku sapu dengan laju

Sekarang tiada masa untuk menjadi lemah lagi

Terus pak cik aku membelai ubun-ubun aku

"Kalau kita tengok keadaan dalam rumah agam tu, Misha akan lega tak?" Pak cik aku bertanya dengan riak wajah yang risau

Mungkin dia sedar aku banyak mengeluarkan air mata hari ini

Terus aku mengganguk perlahan, tolonglah aku tahu mayat abang Fateh ada dalam rumah agam tu

Kawasan persekitaran rumah agam ini pun tidak jauh berbeza dari memori yang aku lalui itu

Aku cukup pasti dan yakin bahawa memang inilah rumahnya

Terus pak cik aku mengeluarkan telefon dan mendail nombor seseorang

"Kau keluarkan semua orang dari rumah agam tu" arah Pak cik aku melalui telefon

Terus beberapa orang dari kereta hitam di belakang keluar dan mulai membuat kecoh di kawasan rumah agam itu

Aku hanya memerhati di dalam kereta, wajah pak cik aku dan orang-orang tersebut aku lihat silih berganti

💮💮💮💮💮

Masuk sahaja aku ke dalam rumah agam itu, semua peristiwa yang berlaku sepanjang memori tersebut berputar kembali

Aku berdiri tepat di tempat abang Fateh ditahan oleh inspektor Darus dari berlari ke arah aku

Terus aku berjalan selangkah demi selangkah ke hadapan, cuba untuk mengingati semula jarak yang diambil antara aku dan abang Fateh

"Apa benda ni?! Dahlah halau tuan rumah dari rumah sendiri lepastu masuk rumah orang buat pula aksi pelik-pelik!" Tuan rumah kepada rumah agam ini terpekik terlolong di luar rumah

"Senyapkan dia" arah Pak cik aku kepada seorang lelaki di sebelahnya

Terus lelaki tersebut menekup mulut tuan rumah itu, barulah terasa aman sedikit

Terus aku dengan cepat mengingat semula kejadian yang berlaku, aku melangkah di suatu tempat yang diletakkan sofa itu

Lantas aku berbaring di atasnya

"Dah apahal baring pula?!" Jerit tuan rumah agam tersebut dari luar

Pak cik aku pula tidak henti-henti memandang ke arah aku

"Situ" aku menunjuk bahagian lantai jam loceng yang berukuran besar itu

Terus pak cik aku melihat ke tempat yang aku tunjuk juga

"Bawah jam loceng tu ada mayat abang" aku tak berhenti-henti menunjuk ke arah situ

Terus pak cik aku mengarahkan supaya jam loceng itu diketepikan, diambilnya penukul besar untuk memecahkan lantai tersebut

"Tunggu! Apa yang kau nak buat ni?!" Jerit tuan rumah tersebut

Terus pak cik aku menggeluh lemah, tuan rumahnya ni bising betul

"Kau nak aku pecahkan lantai rumah ni ke atau pecahkan muka kau" pak cik aku menghalakan tukul tersebut di hadapan tuan rumah itu

Terus tuan rumah tersebut terdiam, pak cik aku dan beberapa orang kawannya yang lain mula memecahkan lantai tersebut

Hampir sahaja pecah lantai itu, terlihatlah mayat abang Fateh yang sudah mula membusuk dan mereput itu

Langsung pak cik aku jatuh terduduk di situ juga, mengalir deras air matanya

Terus aku memeluk pak cik aku dengan air mata yang laju bercucuran, sepatutnya aku dah boleh agak apa yang aku akan nampak

Namun aku masih lagi menangis

💮💮💮💮💮

5 MINGGU KEMUDIAN:

Dah hampir 5 minggu mayat abang Fateh dikebumikan, dan setiap hari Sabtu itulah aku berulang alik ke kuburnya

Abang Fateh tidak dikebumikan di kampungnya, mungkin sebab aku yang tak nak

Dan bila mengingati kembali perangai jiran mereka yang enggan menolong abang Fateh, kalau diorang tolong mungkin benda tak jadi macam ni

Terus aku menggeluh lemah dan lantas aku melihat ruangan kelas aku, selalunya kalau aku datang awal abang Fateh akan datang teman aku

Tapi sekarang?

Aku menggeleng perlahan, lupa pula aku kena redha dengan keadaan yang sudah terjadi

Lagipun memang itu cara abang aku diambil nyawanya jadi nak buat macam mana lagi?

"Misha"

Lantas aku menoleh bila mendengar seseorang memanggil nama aku

"Ye anieq?" Aku hanya tersenyum memandang nya

"Salam takziah" ucap anieq

Aku hanya mengganguk lemah

"Aku nak cakap yang ni last dah aku sekolah dekat sini, lepastu aku akan pindah" ucap anieq

Aku hanya terkejut buat sementara, lantas aku mengganguk faham

"Kalau takdir mempertemukan kita, aku akan rasa sangat bersyukur Misha" ucap anieq sebelum keluar dari kelas

"Anieq!" Aku memanggilnya pantas sebelum dia keluar dari kelas

Aku ingat aku akan bertanya macam-macam lagi soal kisah pertemanan kami sebelum aku hilang ingatan

"Take care" namun semua itu hanya terkunci di dalam mulut aku, kalau kami bertakdir dan berjumpa lagi satu hari nanti aku akan bertanya dengan lebih lanjut

Anieq hanya tersenyum dan keluar dari kelas, aku pun membalas senyuman nya









Stay tuned tau ❤️

Terima kasih sebab baca vote dan komen 💌

Ada satu lagi bab....

Eternal LoveWhere stories live. Discover now