2

41 6 21
                                    

"Kringgg...."

"Kringgg...."

Tangan aku meraba-raba bahagian kanan katil, cuba untuk menutup jam loceng yang dari tadi menggangu halwa telinga orang yang sedap bermimpi indah

"Kenapalah aku set jam ni? Kan Sabtu..." Aku bangun terduduk di atas katil memikirkan apa yang mahu dilakukan pada hari Sabtu ini, takpun jalani jelah hari Sabtu ni macam hari membosankan yang lain

"KREKKK.."

Terus kepala aku menoleh ke arah pintu bilik, pintu bilik aku memang suka mengeluarkan bunyi yang aneh-aneh jadi kalau dengar malam-malam ni mana tak larinya nanti

"Misha" terdengar suara yang aku kenali memanggil nama aku

"Ye mak cik?"

"Dah bangun dah, awalnya kan cuti ni" terasa seakan mak cik aku duduk di sebelah aku

Tapi disebabkan keadaan aku yang masih mamai ni, biarlah mak cik aku nak duduk dekat mana sekalipun aku takkan perasan

"Terset jam lah mak cik, ni mak cik balik bila?"

"Malam tadi, masa tu Misha dah tidur dah pun"

"Pak cik balik sekali tak?"

"Pak cik masih lagi ada kerja dekat sana"

Maklumlah mak cik dan pak cik aku ni walaupun selalu pergi kerja luar bersama tapi balik mesti asing-asing, tengok siapa yang siap kerja dulu haa dialah yang balik dulu

Dah macam berlumba dah

Tiba-tiba mak cik aku mengambil tangan kanan aku dan meletakkan sesuatu di dalam nya

"Losyen? Kenapa bagi losyen ni mak cik?" Aku membelek-belek losyen di tangan, sedap juga baunya

"Mak cik beli dekat sana katanya kalau pakai lepas mandi nanti boleh bagi keselesaan yang amat, lagipun kamu kan suka terjaga pukul 5 pagi macam tu mana tahu kalau pakai losyen ni nanti kamu tidur je sampai lah ke tengah hari"

Terus aku mengganguk faham, memang selama ni segala benda buruk yang terjadi dekat aku, aku ceritakan kepada mak cik aku yang seorang ni

Tak kisahlah sama ada secara berdepan ataupun dari telefon, asalkan aku meluah memang semua cara jalan

"Misha, mak cik ni dah anggap Misha ni macam anak mak cik dah kalau ada apa-apa yang menggangu Misha nanti Misha bagitahu mak cik tau" mak cik aku memegang bahu aku lantas keluar dari bilik aku

"Baru nak jawab, dah keluar dah takpelah maybe mak cik aku nak buat sarapan"

And... Yep, pak cik aku adik kepada arwah ayah aku jadi pak cik aku tu bukan muhrim aku lah sebab belah ayah ni kan power-power

Arwah ayah aku memang ada dua beradik je, mak cik aku pula anak tunggal jadi kalau ada sesiapa yang tiba-tiba mengaku jadi pak cik atau mak cik aku tu jangan percaya tu semua scammer tu

Mak cik dengan pak cik aku pula memang tiada anak sebab mak cik aku tak boleh mengandung dan pak cik aku pula jenis orang yang tak kisah, kalau dapat alhamdulillah kalau tak dapat takpe

Lagipun diorang dua sibuk, kalau ada anak nanti anak yang baru lahir yang baby tu je pun tak pasal awal-awal lagi kena belajar berdikari betapa sibuknya pak cik dengan mak cik aku

Terus aku bangun berdiri dan berjalan masuk ke bilik air, daripada sibuk benda yang entah apa-apa baik aku mandi dulu segarkan diri

                       🌱🌱🌱🌱🌱

Rambut yang masih basah walaupun dah banyak kali digosok dengan tuala aku biarkan menggerbang dan terus aku keluar dari bilik untuk mencari bayang mak cik aku ni

"Mana mak cik ni?" Di ruang tamu tiada jadi dekat dapur pula arah tuju aku yang kedua

"Haaa, itupun dia" terus aku berjalan menjengket di belakang mak cik untuk mengejutkan nya

"1...2....3..." Terus aku menutup matanya dari belakang

"Cer teka ni siapa?"

"Hmmm.... Mila?"

"Mila kucinglah mak cik takkan kucing boleh buat macam ni?" Aku merungut sambil terlompat-lompat di belakang mak cik aku disebabkan suka dengan jawapannya

Mak cik aku mesti dah perasan aku dari tadi tapi didiamkan sahaja ni

"Hmmm.. kalau membebel macam ni mesti... Misha kan"

"Betul" terus aku membuka mata mak cik aku

"Haaa kan betul Misha, mak cik ni terer juga"

"Terer apanya, dahlah tadi samakan Misha dengan Mila apa ke patut" aku memuncungkan bibir aku tanda merajuk

"Alolo siannya orang puji comel pun salah dah pergi duduk sana nanti ada nasi goreng datang berduyun dekat Misha ye"

"Yes, nasi goreng" dengan laju aku mengambil sudu dan duduk di meja makan

Jangan pandang remeh dengan masakan mak cik aku ni, sekali makan konfirm nak lagi

"Ok, here you go selamat makan cik puan nasi goreng ni masih panas dari kuali"

"Yeay" aku tersengih melihat nasi goreng yang masih berasap itu

Terus mak cik aku duduk di hadapan aku dan mula mencedokkan nasi goreng tersebut ke atas pinggan aku

"Misha macam mana sekolah, best tak?"

Aku terdiam buat seketika, macam mana nak cakap dengan mak cik aku yang kawan-kawan dekat sekolah sana suka buat kroni sendiri dan akan mengumpat pasal member yang bukan sekroni

Tak lelaki ataupun perempuan semua buat kroni sendiri, kecuali Zaquan dia memang baik sikit

"Ok je mak cik, tapi Misha perlukan masa sikit"

Mak cik aku hanya mengganguk kecil dah faham dengan stagment yang aku bagi mungkin

"Pummm"

Terdengar bunyi barang jatuh di belakang, terus aku menoleh menghadap ke belakang namun peliknya tiada apa pula yang terjatuh

"Peliknya..." Bisik aku perlahan





Eternal LoveWhere stories live. Discover now