5

55 7 31
                                    

Tercungap-cungap aku berlari masuk ke dalam kelas, dahlah baru seminggu bersekolah di sini dah buat drama datang lambat pula

Dengan selamat aku selamat berada di muka pintu kelas dan yang ajaibnya cikgu tiada lagi, memang nasib baik

"Lambat" baru je duduk Zaquan dah bising di sebelah aku

"Demam, ni baru sihat haa" alasan macam apa itu, tapi takpelah perkataan demam pun dah mengukuhkan lagi lah kan

Terus aku melirik di belakang kelas, terlihat Fateh sedang mundar mandir di belakang kelas sambil kepalanya tertoleh ke kanan ke kiri melihat dekorasi kelas aku

"Apahal dia ada lagi ni? Apa yang dia nak ni" mata aku fokus melirik ke bahagian belakang kelas

"Misha kau dah siap kerja BM belum?" Terhenti aksi melirik aku apabila Zaquan bersuara

"Dah, cikgu tu nak panjang kan nah 7 perenggan aku bagi dalam setiap perenggan ada 7-8 ayat" aku meletak keluar buku tulis karangan aku

Cikgu BM aku memang suka bebel tentang betapa pentingnya isi dan idea dalam setiap perenggan kalau dia tak puas hati dia akan menyuruh pelajar untuk membuat kembali karangan tersebut

Atau yang lebih teruk kalau cikgu tu tak puas hati dicampakkan sahaja buku tulis pelajar tersebut ke mana-mana arah, pelajar lah yang kena mencari semula

"Bumm.." terus aku menoleh ke belakang, takut-takut jika Fateh mengamuk

Manalah tahu

Tapi andaian aku salah apabila terlihat seorang pelajar perempuan yang baru sahaja masuk ke dalam kelas dan duduk di belakang Zaquan

"Kau pun lambat juga Amani?" Zaquan bertanya pada pelajar perempuan dibelakang nya

"Jalan jem lah, adik aku pun terhegeh-hegeh nak siap pun" pelajar yang bernama Amani itu membetulkan awning nya

"Ehh hai, awak pelajar baru tu kan? Zaquan ada cerita pasal awak dengan saya perkenalkan nama saya Amani" Amani menghulurkan tangan kepada aku

"Hai, nama saya Misha" aku menyambut huluran tangan tersebut, dah seminggu aku bersekolah dekat sini, ni baru first time aku nampak muka Amani kalau tak selalunya belakang meja Zaquan tu kosong je

"Saya tak datang seminggu yang lepas sebab ada hal keluarga tu yang baru sekarang awak nampak saya tu" Amani seakan-akan tahu apa yang bermain di minda aku

Terus aku mengganguk faham, rasa seronok bila terasa cepat betul mempunyai kawan baharu di sekolah ini

Sehinggalah

"Cehhhh si sotong tu dah ada makwe dua lah" ejek kroni perempuan yang berada di belakang kelas

Terus aku menoleh ke arah belakang, arah si pemilik suara itu namun Amani cepat-cepat menolak perlahan agar kepala aku menghadap kedepan semula

"Jangan eye contact dengan Atiqah tu, Misha" pesan Amani sama dengan pesan Zaquan waktu aku mula-mula masuk dahulu

Jadi Atiqah namanya ya.. namun mata aku bukan nya mahu tertumpu kepada Atiqah namun pada Fateh yang sedari tadi hanya memandang Atiqah

"Harap si Fateh tu tak buat perkara yang bukan-bukan"

"Bangun" suara ketua kelas aku mula bergema, mesti cikgu BM aku dah masuk ni

Aku mengeluh perlahan, cikgu BM aku ni memang antara cikgu yang paling aku tak suka sekali

Tapi tak suka tu bersebab ya.. sebab yang nanti korang akan faham sendiri

"Selamat sejahtera cikgu"

"Selamat sejahtera anak-anak murid cikgu sekali, jangan duduk dulu ya sila keluarkan buku tulis dan letak atas meja cikgu nak tengok siapa yang tak siap lagi" terus cikgu tersebut berjalan mendekat ke arah ketua kelas aku

Eternal LoveWhere stories live. Discover now