7

36 7 41
                                    

Aku mengayuh selaju yang mungkin supaya aku tidak terlewat sampai ke sekolah, dia punya laju tu sampaikan lutut aku ni sudah mula terasa sakitnya

Macam ni lah kalau mak cik tak kejut tak bangun aku dari tidur, tidur mati betul aku ni nasib sekarang masih pukul 7:23

Yess tahu bagi korang masih lagi awal tapi rumah aku ni jauh dari sekolah, kalau aku kayuh sampai nak tercabut lutut ni pun belum tentu sampai awal ke sekolah kalau keluar pukul 7:23 macam tu

"Tik,Tik,Tik"

Aku mengeluh lemah, memang time aku macam orang gila sekarang ke baru nak hujan renyai nya pun

Rasa nak nangis macam ni

Terus aku mengayuh basikal aku selaju yang mungkin, entah mengapa pagi ini aku rasakan basikal aku ni macam berat semacam

"Lambatlah kau kayuh"

Terus aku mengetap bibir, patutlah basikal aku rasa berat je pagi ni rupanya ada yang menumpang

Terus aku brek mengejut, walaupun aku hampir jatuh kedepan tapi demi sound mamat ni sanggup aja aku

Aku melihat ke kiri dan ke kanan di sekitar kawasan perumahan itu, bila memastikan tiada yang melihat barulah aku boleh sound mamat hantu ni tanpa berlapis

"Apasal kau menumpang dekat basikal aku ni haa?" Nada aku masih terkawal kalau tak mahu satu kawasan perumahan ni dengar

"Saja je aku nak merasa macam mana rasanya nak naik basikal balik, rindu basikal ni" Fateh memegang setiap inci basikal aku

"Kalau nak mengenang memori boleh tak jangan dekat sini, aku ni dah lambat nak pergi sekolah kau pula menumpang, berat tau tak" bebel aku kalau boleh lepuk mamat hantu ni dah lama aku buat, dahlah dengan hujan renyai-renyai lagi ni pun dah mula laju dah hujan nya

"Jadi kau mengayuh macam orang gila ni sebab nak cepat sampai ke sekolah jelah?" Fateh mula bertanya soalan yang tidak masuk dek akal

"Tak wei sebab nak ponteng... Nak cepat sampai sekolah lah" terjerit aku di belakang ayat, terus aku menekup mulut dan melihat ke kiri dan ke kanan

Nasib masih lagi tiada orang

"Cakaplah awal-awal dari tadi" terus Fateh memetik jarinya

Aku hanya menggeleng perlahan dan mahu meneruskan kayuhan tapi yang peliknya

"Ehh kenapa air hujan ni tak bergerak" aku memandang di persekitaran aku, semua benda tak bergerak

Kucing yang hendak melintas jalan tidak bergerak, air hujan tidak bergerak, asap kenderaan pun tidak bergerak, senang cakap semua benda yang berada di situ semuanya berhenti bergerak

Terus aku menyentuh salah satu air hujan yang terhenti itu dan terus air tersebut pecah namun dalam pergerakan yang slow motion

"Cik adik oi, kata nak pergi sekolah cepat jadi jomlah" Fateh bersuara dari atas basikal

"Macam mana kau buat" terus aku naik ke atas basikal dan berkayuh menelusuri air hujan yang tidak bergerak itu

"Adalah, tapi semua benda ni stop bergerak bila dah 3 minit, habis je 3 minit semua kembali kepada asal jadi baik kau cepat kayuh" arah Fateh kepada aku

Namun sekarang aku dah tak berapa kisah dah sebab Fateh dah tolong aku jadi lebih baik kalau aku tumpangkan dia kan

Fair exchange

🌱🌱🌱🌱🌱

"Fuhh, nasib baik sempat" aku meletakkan beg di kerusi dan duduk dengan keadaan termengah-mengah

Siapa sangka Fateh boleh tahan berat juga jadinya

"Ehh Misha, bila kau sampai?" Amani bersuara di belakang, mungkin terkejut melihat aku yang tiba-tiba berada di tempat

Memanglah secara tiba-tiba aku muncul dah ada orang tolong aku hentikan masa ni

"Baru je aku sampai haa, korang buat apa ni?" Aku cuba untuk mengalihkan perhatian malas rasanya nak berfikir soal kuasa Fateh sebab tiada kena mengena dengan  aku pun

"Takde buat apa, saja kitaorang main tic toe sebab bosan"

"Cikgu mana?" Walaupun aku sampai agak lambat tapi agak terkejut bila datang ni takde cikgu yang berada di kelas

"Kau memang langkah kanan tahu tak Misha, sebab pagi ni pengetua buat mesyuarat mengejut, jadi lama lah ni"

"Yeke alhamdulillah" terus aku bersandar pada kerusi sambil mata melirik ke arah Fateh yang sedang elok meninjau ke dalam pencil box Zaquan

🌱🌱🌱🌱🌱

"Fateh, kau ingat tak apa kita plan?" aku mengingatkan Fateh sekali lagi soal plan yang dah lama dirancang ini

Pada waktu rehat ni lah satu-satunya cara supaya aku dapat memberikan hadiah ni kepada anieq

Takkan nak bagi dalam kelas macam tu je, memang kenalah nanti dengan si Atiqah

"Ingat Misha, kau letak hadiah tu dalam beg anieq lepastu aku tinjau siapa ada dekat luar kelas" balas Fateh malas, mungkin dia pun dah muak asyik dengar benda yang sama

"Faham kan? Jadi jom buat" terus aku bergerak laju ke arah beg anieq dan membuka nya

Pada awalnya semua berjalan seperti biasa sehinggalah ada suatu buku yang sebesar buku tulis berwarna ungu berada di pandangan aku

"Lama lagi ke Misha?" Terus Fateh meninjau keadaan luar

"Sekejap" walaupun nampak kurang ajar namun aku merasa ada tarikan antara aku dan buku berwarna ungu itu

Mungkin sebab nama bahagian depan buku tersebut bertulis kan nama aku?

Aku membuka sehelai demi sehelai muka surat yang berada di dalam buku ungu itu dan aku tidak menyangka apa yang aku sedang tengok sekarang

"Ni kan aku.."

Dalam buku anieq tersebut terdapat gambar aku tetapi dilukis menggunakan pensil dan semua gaya yang dilukis semua mengikut gaya mata orang yang melihat aku dari belakang

"Kenapa anieq lukis aku ni?"

"Wei cepat wei, ada orang datang" laju aku meletakkan semula buku berwarna buku itu di dalam beg dan segera berlari pergi meninggalkan kelas

Tak sabar nak makan nasi goreng mak cik kantin







Terima kasih kerana baca, vote dan komen

Stay tuned tau ❤️





Eternal LoveOnde histórias criam vida. Descubra agora