4

38 8 30
                                    

Aku mula membuka mata sedikit demi sedikit, kepala yang sakit dipegang sambil diurut perlahan

Lantas aku terpegangkan kain tudung aku yang masih elok tersarung di kepala, dari semalam tak terbuka rupanya

Terus aku meraba bahagian sebelah katil, walaupun dalam keadaan yang masih mamai telefon juga yang dicarinya walaupun baru sahaja bangun dari tidur

"6:32, wow ni first time aku tak terjaga pukul 5 pagi ada kemajuan ni" terus aku campak telefon tersebut di sebelah katil semula

"Buk.."

"Adoiii.."

Terbutang biji mata aku apabila terdengar bunyi tersebut, bukan aku seorang sahaja ke dalam bilik ni?

Terus dengan perlahan aku menoleh ke arah tepi katil, tempat aku membalingkan telefon sebentar tadi

"Hai awak" seorang lelaki melambai ke arah aku

"Aaaaa...!" Aku memeluk hujung katil dengan keadaan menggigil

"Siapa kau ni, apa kat buat dalam bilik aku!?" Jerit aku lagi, macam mana mamat ni boleh masuk dalam bilik aku niiii

"Ehh Rilekslah, kau nak takut apahal?" Lelaki tersebut menukar gaya dengan duduk di atas katil aku, dan cuba untuk menenangkan aku dengan ayat yang tak masuk dek akal

"Rileks kau cakap, engkau siapa? Apa kau buat dalam bilik aku ni haa?!" Pekik aku lagi

Terus aku bersandar di dekat dinding dan berjalan mendekat dengan pintu bilik, mahu saja aku memulas tombol pintu tersebut

"Mak cik" terus aku memeluk mak cik aku yang berada di muka pintu dengan wajah yang terpisat-pisat itu

"Kenapa ni Misha?" Aku dapat rasakan yang mak cik aku terkejut dengan reaksi aku ni

"Mak cik.. ada orang dalam bilik Misha" rengek aku dalam pelukan mak cik aku

"Haa mana?!" Terus mak cik aku melangkah masuk ke dalam bilik aku sambil menyeret aku yang berada di dalam pelukan

"Sana..." Aku menunjukkan ke arah atas katil aku

Yang di mana di pandangan mata mak cik aku memang tiada apa-apa pun di atas katil aku tapi pada pandangan aku lelaki tersebut sedang tersenyum memandang aku tanda mengejek yang takkan ada sesiapa yang perasan kehadiran dirinya

"Sini?" Mak cik mula berjalan mendekat ke arah katil aku dan duduk di atasnya

Aku hanya memejamkan mata sambil mengganguk

"Misha, takde sesiapalah dekat sini" mak cik aku mula datang mendekat ke arah aku dan memeluk aku

"Cer buka mata tu, percaya cakap mak cik takde apa-apalah" pujuk mak cik aku lagi

Lantas aku membuka mata secara perlahan, dan memang betul secara tiba-tiba kelibat lelaki tersebut tidak lagi muncul di atas katil aku

"Ha, ahlah" senyum aku lega, mungkin semalam kepala aku sakit sangat kot itu yang berhalusinasi yang bukan-bukan je

Terus aku dapat rasakan tangan mak cik aku menyentuh dahi dan pipi aku, mesti dia ingat aku demam ni

"Misha demam ni, takpelah meh sambung tidur" terus mak cik aku mendukung aku dengan gaya bridal style

Jangan main-main dengan mak cik aku tau, dalam gambar potret kahwin mak cik aku pun dia yang dukung pak cik bukannya pak cik aku yang dukung dia

Terus diletaknya aku di atas katil dengan perlahan, terasa bagaikan budak semula

"Misha tidur dulu, nanti mak cik kejut bila time nak makan ubat ye" mak cik aku mengambil semula selimut yang berada di atas lantai dek kerana terkejut tadi dan menutup aku dengan nya

Eternal LoveWhere stories live. Discover now