16

33 7 38
                                    

"Mak cik masak apa tu?" Aku mengintip di sebalik lengan mak cik aku yang sedang mengaul lauk itu

"Cuba teka"

"Hmm, ular masak merah?" Saja aku bergurau, dah jelas-jelas ayam masak merah

Saja putar belit

"Kamu ni biar betul Misha" mak cik aku mengetuk kepala aku menggunakan sudu

"Misha gurau jelah, ayam masak merah kan" aku memeluk mak cik aku dari belakang

Aku dah anggap mak cik aku ni macam mak sendiri jadi manjanya berlebihan

"Dah pergi tunggu dekat meja" mak cik aku halau aku

Tapi tak sangka sarapan macam ni makan lauk masak merah, melawan hukum bersarapan

"Pak cik mana?" Aku memerhati sekeliling, bayang pak cik aku pun tidak kelihatan sekarang

"Pak cik dekat bilik offices dia lah, tertidur kot dekat dalam tu"

Aku hanya mengganguk, pak cik aku ni walaupun cuti pun masih lagi bekerja, bak kata orang gila kerja macam tulah

"Misha, nanti dah habis sarapan tolong hantar air ni dekat bilik offices pak cik tau" mak cik aku meletakkan air tersebut di atas meja

Aku mengganguk sambil mulut laju mengunyah makanan, mak cik aku kalau dah masak mengalahkan chef hotel tau

💮💮💮💮💮

"Tok,tok,tok"

"Misha masuk ye" aku membuka pintu offices pak cik aku

Tiada siapa pun yang menyahut

"Pak cik?" Panggil aku lagi dan masih tiada sambutan

Lantas aku meletakkan air tersebut di atas meja dan melilau mencari pak cik aku, bilik offices ni tiadalah besar sangat tapi mana pak cik aku ni?

Terus mata aku terhenti pada sebuah almari yang berukuran agak besar yang berada di dalam bilik itu, entah kenapa rasa nak buka pula

Tapi pak cik aku selalu tak bagi aku usik almari ni sebab dalam almari ni ada banyak maklumat kerja. Takut kalau aku buka nanti hilang merata maklumat tu

Namun disebabkan aku ni degil, terus aku berjalan mendekati almari tersebut dan ingin membuka nya

Terus tangan aku ditangkap seseorang dari arah tepi

"Misha, buat apa ni?" Pak cik aku bertanya sambil menggelap rambutnya yang basah

"Takde apa, Misha nampak almari ni berhabuk tadi tu yang Misha ingat nak lap" dengan cepat aku lindung niat sebenar aku

"Ooo biarlah berhabuk pun, tapi almari ni stay tertutup" ujar Pak cik aku serius

Terkedu aku, serius sangat pak cik aku ni

"Dahlah, Misha datang bilik pak cik ni kenapa" ppak cik aku menggusap rambut aku dan pergi ke arah almari pakaian yang berada di dalam bilik ini

"Mak cik suruh hantar air tadi, pak cik baru lepas mandi ke?" Tanya aku bila melihat pak cik aku yang tidak berbaju ini

Dengan six pack nya, bertuah betul mak cik aku

"Oo yeke, ni Misha nak keluar dah ke? Tunggulah dulu, kita bual-bual sekejap" pak cik aku menepuk sofa yang berada di situ

Terus aku duduk, dah lama tak deep talk dengan pak cik aku yang seorang ni

"Misha betul-betul ok ke dekat sekolah, kenapa pak cik nampak Misha macam lain je?" Pak cik aku menggelap cermin mata sebelum memakainya

Terkejut aku dengan pertanyaan yang keluar dari mulut Pak cik aku ni, mata aku nampak sembab sangat ke?

"Ok je, Misha tak ramai kawan tapi Misha happy je" dalih aku, tak nak aku risaukan pak cik dan mak cik aku dengan kes aku kena kurung tu

"Kalau ada apa-apa bagitahu tau, biar pak cik ajar budak tu"

Aku hanya tersengih sebelum aku bangun dan meninggalkan bilik ini teringin aku hendak bertanyakan sesuatu

"Pak cik umur berapa?" Maklum, aku masih terkedu yang pak cik aku ada six pack

"Lah, sekarang baru nak tanya" pak cik ketawa di hujung ayat

"Dah 35 Misha, kenapa pak cik nampak tua sangat ke?"

Laju aku menggeleng

"Takdelah, pak cik nampak handsome lepastu badan pun mantap lagi" puji aku ikhlas

"Oh ye, terima kasihlah" pak cik aku menggusap rambut aku sebelum aku keluar dari bilik offices nya

💮💮💮💮💮

"Assalamualaikum" Zaquan memberi salam pada petang itu

"Waalaikummussalam" dengan pantas, aku mengambil tudung sarung yang berada di atas meja dan berjalan keluar menemui Zaquan

"Haa Zaquan, datang pun kau ni aku tunggu je tau dari pagi tadi" nasib basikal aku tidak dibawa lari

"Rilekslah, aku tak bawa lari ke mana pun basikal kau ni, nah" Zaquan menolak basikal aku ke arah aku

"Ehhh?" Terkedu aku memandang basikal aku tu

"Kenapa? Kau tak suka ke?" Cemas Zaquan bertanya

Pelik aku melihat basikal aku yang sebelum ini berwarna merah sekarang bertukar jadi warna ungu

Walaupun terkejut dengan perubahan ni tapi basikal aku terlihat cantik, dan macam yang diketahui warna kegemaran aku kan ungu

"Aku suka, tapi kenapa tiba-tiba je ni?" Aku menoleh ke arah Zaquan

"Takdelah, aku dapat tahu warna favourite kau ungu jadi aku cat lah basikal kau jadi warna ungu lepastu aku adalah lukis sikit corak apa semua supaya kau suka" jelas Zaquan

"Tapi itu masih tak jawab persoalan aku, kenapa kau tiba-tiba cat basikal aku jadi warna ungu"

Terlihat Zaquan menoleh memandang tempat lain

"Saja, nak buat kau happy" Zaquan mengurut tengkuknya

"Kau suka tak?"

Aku mengganguk perlahan, kalau ada basikal secantik ini memang aku tiap-tiap hari bawa

"Terima kasih banyak-banyak Zaquan, aku tak tahu macam mana nak balas budi baik kau ni"

"Tak payah balas, aku ikhlas"

"Serius ni?"

Zaquan mengganguk laju, aku pula tersenyum lega

"Aku balik dulu Misha, Assalamualaikum"

"Waalaikummussalam"

Aku melihat Zaquan yang semakin lama semakin hilang dari pandangan

Setelah Zaquan hilang dari pandangan terus mata aku tertumpu semua kepada basikal itu

"Cantiknya"






Stay tuned tau ❤️

Terima kasih sebab baca, vote dan komen 💌

Eternal LoveWhere stories live. Discover now