20-Memori

30 6 29
                                    

Misha pov:

"Kita dekat mana?" celik sahaja mata aku, terus aku melihat keadaan taman perumahan kampung yang jauh dari suasana bising bandar

Aman rasanya berada disini

"Kita dekat memori" jawab Fateh ringkas

"Memori siapa yang kau maksudkan?"

"Memori abang dengan adik bila digabungkan, abang tak nak adik kenal abang sebagai hantu yang tiba-tiba muncul dalam hidup adik lepastu tipu adik, tiba-tiba mengaku jadi abang dan minta tolong adik cari mayat abang"

"So kau buat semua ni sebab kau nak aku ingat kau sebagai abang aku?" Duga aku, apa complicated semua ni

Fateh mengganguk mengiyakan

"Lepas semua benda ni habis, abang takkan muncul dalam hidup adik lagi" senyum Fateh

💮💮💮💮💮

Seminggu sebelum kejadian berlaku:

Fateh pov:

"Ini dia adik barangnya, semua sekali RM 18.50 sen" jurujual tersebut memberikan barang yang aku beli tadi

"Sekejap ye akak" terus aku menggodek isi dompet aku

Nasib duit yang aku bawa cukup, kalau tak terpaksa aku berhutang lagi dengan akak kedai ni

"Nah" aku menghulurkan duit tersebut

"Terima kasih saya jual ya" ucap akak tersebut ramah

"Saya beli" aku mengambil barang yang sudah dimasukkan di dalam plastik itu dan melilau mencari kelibat adik aku

"Mana Misha ni?" Mata aku melilau mencari keberadaan Misha

"Cari adik ke, dia ke arah sana tadi" jurujual yang menyedari aku sedang mencari sesuatu menyampuk

Mesti dia perasan, yelah sebab aku datang kedai ni tadi dengan Misha tapi sekarang hilang dah budaknya

Adik aku tu pun pantang aku toleh sekejap mesti hilang, kalau boleh ikat kaki dia tu dah lama aku buat

"Oh yeke? Terima kasih ye" terus aku berlari ke arah tempat yang jurujual itu maksudkan tadi

💮💮💮💮💮

"Misha ni kan suka sangat menghilang macam tu, kalau kena culik macam mana?"

Penat aku berlari macam orang gila mencari keberadaan dia, tapi boleh pula dia santai main buaian dekat sini

"Siapa nak culik Misha lagipun Misha kan dah besar" Misha masih leka bermain di atas buaian itu

Tengoklah tu, aku bukan main risau lagi dia boleh pula buat tak endah

"Mestilah nak culik, Misha kan cantik" terpaksalah aku mention perkataan cantik tu

Aku mengambil aiskrim yang dibeli di kedai tadi dan membukanya di hadapan Misha dengan cara ni mesti dia berhenti main buaian

"Ehh nak" Misha turun dari buaian itu

Kan betul, awards abang paling terbaik jatuh ke tangan akulah maksudnya ni

Aku menjelirkan lidah, padan muka lain kali jangan merayau ni makan dia

"Alaaa abang" Misha membuat muka comelnya

Ok, ni yang lemah ni aku tak boleh lah kalau Misha dah start buat muka comel Plus kesian dia tu

"Nah ambil lah" aku menghulurkan aiskrim tersebut

"Yeay"

"Tapi abang nak sikit" terus aku memakan aiskrim tersebut hingga tinggal separuh

"Alaa abang" rengek Misha, sampai separuh aku tinggalkan mana syok budak tu nak makan

Terus Misha berhenti berjalan, budak ni memang manja sikit mungkin sebab dia bongsu atau sebab aku yang rajin melayan

Kalau aku takde macam mana Misha ni ya?

Aku mengeluh kecil dan berjalan ke arah Misha yang mogok berhenti jalan di belakang itu, dah jauh ketinggalan sudah

"Yelah lain kali kita beli lain ya, sayang?" Aku menarik tangan Misha supaya mengikuti aku

"Janji ye?"

"Janji"

💮💮💮💮💮

"Assalamualaikum" bisik aku perlahan bila memasuki rumah

"Waalaikummussalam, kenapa perlahan sangat bagi salam tu Fateh? Dah macam pencuri" ibu yang sedang melipat kain di atas lantai itu bersuara

"Lahh Fateh ingat takde orang dekat rumah tadi, rupanya ibu ada"

"Assalamualaikum ibu" Misha pula memberi salam, tak habis-habis dengan gaya manja dia

"Haa Misha, letak barang-barang ni dekat dapur, abang nak borak dengan ibu kejap" aku memberikan barang-barang dapur tadi kepada Misha

Siapa suruh masuk lambat, kan dah kena suruh

"Ok" balas Misha ceria, terlompat-lompat kecil budak itu

"Jangan melompat Misha, runtuh rumah ni nanti" terus berhenti aksi lompatan Misha

Maklumlah rumah kayu sahaja, keluarga aku hidup cukup-cukup makan sahaja kitaorang tidaklah sekaya mak cik dengan pak cik aku

"Ibu" aku berbaring di pehanya

"Amboi bukan main manja lagi Fateh ni, kenapa sayang?" Ibu aku menggusap rambut aku, nikmatnya

"Saja, fateh kan jarang manja macam ni"

Ibu aku hanya ketawa sambil sambung melipat baju

"Fateh nak tanya something ni"

"Apa tu?"

"Betul ke ah long tu cari ibu sampai ke pasar?" Telan air liur aku, tapi berita ni dah lama orang kampung cakap

"Mana Fateh dengar semua ni?" Tersentak mak aku, lantas aku bangun dari perbaringan

"Dah ramai orang kampung ni cakap mula-mula Fateh tak percaya tapi sekarang.." bila melihat reaction ibu aku, barulah aku sedar kesahihan cerita tersebut

"Adik tahu tak?"

Aku menggeleng, aku dah jaga dah adik aku selama ni supaya tak dengar berita macam ni semua

"Baguslah kalau adik tak tahu" ibu aku menggusap dada nya, lega

"Macam tu je bu, tu ah Long bu kalau di cari nya kita satu family macam mana?" Soal aku risau, macam mana ibu aku boleh pula nak tarik nafas lega ni

"Nanti ibu bincang dengan ayah, Fateh tu sekolah lagi jangan sibuk hal orang dewasa ni"

Aku sambung berbaring di atas peha ibu aku

"Kenapa tak minta tolong pak cik dengan mak cik je diorang kan kaya"

Ibu aku menggeluh "tak boleh Fateh, ayah kamu tu ego dia tinggi sangat kalau dia tak gaduh dengan pak cik kamu mesti kes kita dah lama selesai"

Aku hanya termenung

"Kalau lah ibu dengan ayah meninggal dunia dulu kan, jagakan adik tau"

"Ishh ibu ni, apa cakap macam tu"

"Mati tu pasti fateh, tak mengira umur"

"Kalau tak mengira umur kan, macam mana kalau Fateh pun meninggal dunia dulu?"

Terhenti tangan ibu aku dari melipat kain

"Jadilah hantu, lepastu tengok-tengok kan adik kamu tu" gurau ibu

"Aduh ibu ni, melawak jelah kerjanya" gelak aku di hujung ayat

Jadi hantu, mampu ke aku ni nak menjaga adik aku selepas jadi hantu?

"Cehh abang, manjanya" Misha duduk di sebelah aku

"Abang baring peha kanan, Misha baring belah kiri mehh" ibu aku menepuk peha belah kirinya

"Yeayy"

"Manja betul korang dua ni ye"

Aku hanya tersenyum, bila lagi boleh bermanja macam ni kan?


Stay tuned tau ❤️

Terima kasih sebab baca, vote dan komen 💌

Eternal LoveWhere stories live. Discover now