25-Memori

34 6 19
                                    

"Apa yang ustaz tu cakap memang betul-betul menusuk ke kalbu kan?" Sejak balik dari surau tadi Syahmi tak habis-habis bising

Aku pula hanya mengganguk, kalau boleh hati ni nak cepat sampai ke rumah

"Fateh, andai katakanlah cakap ustaz tadi kalau malam ni malam terakhir kau kan apa kau nak buat?" Pertanyaan Syahmi itu mampu membuatkan aku termenung jauh

Aku berfikir buat sementara waktu "kalau malam ni malam terakhir aku.... Kau nak aku bagi jawapan kalau aku mati dengan cara elok ke or kena bunuh or something"

Terus tersentak Syahmi yang berada di belakang aku, mungkin dia tak sangka aku akan ambil serius atas pertanyaan dia tadi

"Bagi lah jawapan dalam dua-dua sekali" setelah lama Syahmi tersentak barulah dia menjawab

"Hmm, malam terakhir aku akan buat sebelum aku meninggal kan if aku meninggal dalam keadaan tidur atau solat aku rasa aku akan ucap selamat tinggal dekat keluarga aku especially Adik aku" aku mengukir senyuman di hujung ayat

"Kalau sebaliknya?"

"Kalau sebaliknya... Andai katakanlah aku kena kemalangan ke kena bunuh ke hal yang pertama aku akan buat ialah selamatkan adik aku"

Syahmi hanya mengganguk faham, atau mungkin dia terkesima dengan jawapan aku sebab yelah, aku kan pandai

"Wei stop kejap" Syahmi menahan tangan aku

"Kenapa?" Aku memandang ke arah Syahmi yang sedang leka melihat sesuatu itu

"Kau nampak tak apa yang aku nampak sekarang ni?" Tunjuk Syahmi di suatu tempat

Terus mata aku meninjau ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Syahmi itu

"Kedai runcit tu ke?" Balas aku hairan, kedai runcit dah lama ada dekat situ kenapa pula Syahmi ni nak kena terkejut sekali ni

"Jom wei, singgah" di tariknya basikal aku supaya mengikutinya yang sudah jauh ke depan

Demi member ku ikhlaskan

💮💮💮💮💮

"Perghh lawa betul keychain ni" Syahmi memegang keychain yang digantung di Kedah runcit itu

Aku hanya melihatnya atas bawah, dah 16 tahun dah aku dengan Syahmi tapi perangai dia ni still macam budak-budak lagi

"Kau nak satu tak Fateh? Aku belanja" Syahmi menarik tangan aku mendekati tempat keychain itu

Terus aku melilau melihat keychain yang ada, sejujurnya aku ni bukannya peminat keychain apa semua ni, dari beli keychain baik beli benda lain

Namun mata aku terhenti pada satu keychain Shin Chan itu, keychain tersebut membuatkan aku teringat kepada Misha

Misha memang suka kartun Shin Chan dari dulu

"Aku ambil yang ni boleh?" Aku mengambil keychain Shin Chan yang tergantung itu dan menunjukkan nya ke arah Syahmi

"Boleh je wei, kan aku dah cakap aku belanja kau" Syahmi menepuk belakang aku

Aku hanya tersenyum, tak sabar rasanya nak balik dan bagi keychain ni kepada Misha

Tapi buat sementara waktu ni aku letakkan dulu keychain tersebut di dalam poket baju melayu aku, takut jika hilang

💮💮💮💮💮

"Terima kasih Syahmi sebab sudi teman aku malam ni" sebelum kami berpisah di persimpangan jalan sempat aku mengucapkan terima kasih

"Takde hal lah Fateh, kita kan kawan"

Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata dari Syahmi itu, sempat aku berpesan sesuatu padanya sebelum kami berpisah

"Syahmi, aku nak minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau tau. Aku harap kau halalkan segala duit yang aku pernah pinjam dulu dengan keychain ni dan aku harap kau jaga diri kau baik-baik, teruskan jadi Syahmi yang semua orang sayang"

Terkedu Syahmi di situ

"Ok... Agak lain kau malam ni but terima kasih ye aku akan ingat segala nasihat dan pesanan kau itu" Syahmi menghulurkan tangan nya untuk berjabat tangan dengan aku

Terus aku menerima jabatan tangan tersebut

💮💮💮💮💮

"Aikk, apasal pintu rumah tak berkunci ni" terpegun aku disitu apabila mendapati pintu rumah terbuka sedikit

"Aku rasa aku dah tutup tadi, siap kunci bagai" terus aku menolak pintu rumah aku secara perlahan-lahan

Kenapa rasa macam lain macam je ni ya?

Terus aku berjalan masuk ke dalam rumah, namun kaki aku secara automatik bergerak ke bilik ibu dan ayah aku

"KREKKK" bunyi pintu yang ditolak secara perlahan mengeluarkan bunyi

"IBU!" Aku berlari ke arah ibu aku yang sudah tergeletak di atas lantai itu

"Ibu, apa dah jadi ni?" Aku meletakkan kepala ibu aku di atas peha segera aku merasa nadinya

"Ya Allah" nangis aku lagi

Kenapa ni? Apa yang dah jadi ni? Kenapa ibu aku sudah tidak bernyawa ini

Dengan air mata yang masih lagi bercucuran aku melihat sekeliling aku untuk mencari kelibat ayah aku

"AYAH!" Ayah aku yang juga sama terkujur kaku di atas lantai tidak jauh dari ibu aku

Terus aku memeriksa nadinya dan keputusan nya sama. Jantung ayah aku juga tidak berdegup sama sekali

Terus mata aku terpandang kan bilik tidur Misha lantas aku berlari ke sana

💮💮💮💮💮

"MISHA!" Aku menghempas pintu bilik Misha itu

Terus terkaku aku apabila melihat Misha juga sudah terbaring di atas lantai itu

Baru sahaja aku ingin berlari ke arahnya, terdengar hiruk pikuk di arah belakang aku

Belum sempat aku menoleh

"BUKK" seorang lelaki dari arah belakang memukul kepala aku menggunakan kayu

Terus aku terjatuh ke lantai, aku yang dalam keadaan separuh sedar itu hanya dapat melihat samar-samar keadaan Misha dan apa yang dibualkan oleh lelaki yang memasuki rumah aku

"Dah bunuh dah budak lelaki tu?"

"Nampak macam dah mati je ni bos" lelaki tersebut menyepak perlahan muka aku untuk melihat sama ada aku masih hidup atau tidak

Aku yang makin sukar untuk bernafas itu hanya mampu berdiam diri, aku nampak semua benda yang mereka lakukan tapi aku tak berdaya untuk melawan

"Budak perempuan ni nak ambik ke bos?" Lelaki tersebut mencangkung di sebelah Misha

"Ambil lah, lagipun ayah diorang ni tak mampu nak bayar hutang jadi anak perempuan dia ni pun boleh lah"

Lelaki yang duduk mencangkung di sebelah tadi terus mengangkat Misha dan keluar dari bilik tersebut

"Misha....." Rintih aku perlahan

"Allah, selamatkan lah adik aku.." doa aku perlahan dengan air mata jatuh bercucuran










Stay tuned tau ❤️
Terima kasih sebab baca vote dan komen 💌

Eternal LoveWhere stories live. Discover now