6

45 8 39
                                    

"Misha, mak cik nak keluar dulu ni betul tak nak ikut?" Mak cik aku bertanya soalan yang dah beribu kali ditanya, risau betul nak meninggalkan aku sendirian di rumah ni

"Betul tak nak ikut, lagipun dah lewat malam sangat ni tapi mak cik betul ke ok ambik pak cik dari airport lewat malam macam ni?" Aku pula sesi soal siasat dengan mak cik aku

"Mak cik takpe sebab mak cik tahu kungfu tapi betul ni Misha takkan apa-apa?" Sampai ke depan pintu pun mak cik aku masih lagi bertanyakan soalan yang sama

Penat

"Betul mak cik, dah pergi cepat nanti jalan jem" aku menolak perlahan belakang badan mak cik aku supaya cepat beredar

Kalau tak nanti sampai ke sudah dekat muka pintu je

"Ok mak cik pergi dulu, ingat tingkap apa semua kunci" jerit mak cik aku sebelum masuk ke dalam kereta

Aku hanya mengganguk, walaupun tingkap, pintu belakang bahkan paip air sekali pun semua sudah diperiksa oleh mak cik aku

Takut sungguh, mungkin selama aku keluar dari hospital sejak kemalangan tu mak cik akulah yang menjaga

Tapi sedihnya peristiwa yang berlaku sebelum kemalangan tu aku tak ingat langsung, aku harap tiada peristiwa yang aku terlepas

Setelah siap melambai selama 2 minit akhirnya mak cik aku pun pergi menjemput pak cik aku di airport

Dengan cepat aku menutup pintu, kalau tak kunci nanti mak cik aku tahu memang naik singalah jawab nya, nampak je lawak tapi sekali marah habis..

"Mak cik kau dah pergi dah?" hampir terjatuh jantung aku apabila Fateh berada di belakang aku dari tadi, tak perasan langsung

"Kau buat apa dekat sini? Kan aku dah cakap berhari-hari dah sila berambus" sofa yang berada di ruang tamu aku duduki, jarang lepak dekat ruang tamu kebelakangan ini

"Saja, kan aku dah cakap aku pergi sejauh mana pun aku akan datang dekat sini juga" Fateh menduduki meja kecil yang berada di rumah tengah ruang tamu itu

"Ok macam ni lah, apa yang kau nak sebenarnya ni? Kenapa kau selalu je dengan aku?" Marah aku, first time marah dan first time jugalah aku marah hantu ni

"Entahlah aku pun tak tahu kenapa aku selalu dengan kau" jawab Fateh sambil lewa

"Kau nak aku buat apa-apa ke?, Cari mayat kau ke, tunaikan permintaan terakhir kau ke?" Teka aku, yelah sebab selalunya kalau dekat dalam movie atau series macam tulah

"Permintaan terakhir aku ya... Haa aku rasa aku ada" terus Fateh duduk bersila di atas meja itu tanda sudah dapat idea

"Haaa apa dia tu" aku mendekatkan diri kepada Fateh, cepat selesaikan permintaan terakhir dia ni cepat sikit dia berambus dari sini

"Bagi aku stay dengan kau dalam masa tertentu lepastu nanti aku berambus" senyum Fateh

"Itu permintaan terakhir kau?" Aku kehulur-hilir di ruang tamu mendengar permintaan Fateh yang tak logik itu

Ini permintaan dari seorang hantu ke atau dari seorang Playboy

Terus aku menarik nafas panjang, cuba untuk mengumpulkan oksigen supaya otak aku masih lagi boleh berfungsi

"Tapi ada syaratnya"

*******

"Nah ambil ni" aku menghulurkan kertas kepada Fateh yang dah tertidur disebabkan lama menunggu itu

Tertidur? Bukan dia dah mati ke macam mana pula dia boleh tertidur lagi ni

Tapi takpelah, harung jelah

Eternal LoveWhere stories live. Discover now