8

40 8 38
                                    

"Seriuslah dia lukis muka kau?" Fateh kehulur-hilir di dalam bilik aku bila aku menceritakan kejadian buku berwarna ungu tu kepada dia

Entah kenapa Fateh pula yang melebih-lebih aku ok je duduk dekat katil dari tadi sambil kepala tertoleh-toleh mengikut pergerakan Fateh

"Macam tak logik je" Fateh melompat dan duduk di atas katil aku

"Apa yang tak logiknya, betul lah muka aku yang dia lukis sebab... Muka aku kan mestilah aku tahu"

Takkan muka sendiri tak tahu, dah sehabis cermin diri dah ni. Parut yang ada dekat muka aku tu pun sebiji macam apa yang dilukis oleh anieq

"Yelah sebab, kau tengok si budak anieq tu lepastu cuba tengok kau ni, jauh wei tarafnya bak kata budak-budak sekarang ni.. apa ehh?"

Fateh menggaru kepalanya cuba mengingat perkataan tersebut

"Haaa, dia takkan pandang kau lah" Fateh memetik jarinya

Lantas aku membuat muka selamba, tolonglah.. kenapa pula aku kena kisah kalau anieq tu pandang aku ke tak. Aku pun tak suka dia

Geli

"Siapa kisah kalau dia pandang aku ke tak, aku pun tak suka dia" aku menjulingkan mata ke atas

"Eleh, padahal tadi bila kau cerita pasal dak anieq tu bukan main bersemangat lagi sampai terjatuh beg kau tu" Fateh melihat ke arah beg aku yang dah terjatuh ke atas lantai dengan buku berselerak

Tapi aku kemas nantilah ye

"Well, siapa je yang tak terkejut kalau ada orang lukis muka kita kan?"

Tanyalah orang mana pun mesti terkejut punya bila tahu muka sendiri secara diam-diam kena lukis

"Yelah" Fateh berbaring di atas katil aku sambil memeluk bantal peluk aku

Sesuka hati je peluk bantal peluk aku, my favourite itu

"Aku lupa nak tanya kau ni Fateh kau lahir tahun berapa?" Aku tertarik dengan ayat Fateh tadi 'budak-budak sekarang ni'

Kalau macam tu dia lahir tahun berapa?

"Ooo aku lahir tahun 2005" jawab Fateh laju dan sambung bergolek di atas katil aku

Hantu ni kalau dibiarkan bergolek kang silap-silap aku yang naik hantu ni

"Well, kita beza 5 tahun je aku ingatkan kau lahir tahun 90an tau"

Selepas mendengar ayat aku terus Fateh membuat gaya seakan kena tembak di dada

"Tak sangka, aku punya handsome,tinggi,pandai teknologi ni kau cakap aku ni lahir tahun 90an"

Aku mengeluh perlahan, hantu Fateh ni dramatik je kerjanya, aku bagi pendapat je pun

"Kita beza 5 tahun so aku kena panggil kau abanglah?" Gelak aku dihujung ayat, dah banyak kali aku panggil dia kau aku tiberr pula nak ber abang ni

Terduduk Fateh yang berada di atas katil aku

"Panggil apa tadi?" Fateh menyuruh aku mengulang soalan

"Aku kena panggil kau abang ke?"

Fateh merenung jauh, cuba untuk menghadam kata-kata aku

"Tak payahlah, mula-mula memang aku nak kau panggil aku abang tapi dah lama-lama ni macam selesa pula panggil kau aku"

Terus aku mengganguk faham, lagipun kenapa nak kena panggil si Fateh ni abang? Dia bukannya suami aku pun

"Ok Fateh, dipersilakan keluar ye, aku nak mandi ni" aku menunjuk ke arah pintu bilik, menyuruh Fateh keluar dengan segera

Badan aku dah melekit ni, dari tadi dengar dia membebel mengalahkan mak cik aku

Eternal LoveWhere stories live. Discover now