22-Memori

34 6 50
                                    

Fateh pov:

"Ingat Misha, lain kali kalau ada orang kacau ke apa ke terus jerit je tau, kalau ada yang ejek Misha ke apa ke Misha buat je hal sendiri" pesan aku berulang kali

Mungkin Misha pun dah penat dengan nasihat yang aku bagi ni tapi nak buat macam mana sebab pesanan ni je yang sesuai untuk dia

"Ishh abang janganlah risau sangat Misha kan dah besar"

"Besar"

Ucap aku dan Misha serentak, Misha pun sudah banyak kali ulang ayat yang sama pada aku

"Haa tahu pun" Misha menepuk belakang aku yang sedang mengayuh basikal itu

Selalunya macam ni lah setiap kali nak pergi ke sekolah, aku akan hantar Misha dulu ke sekolah lepastu barulah aku mengayuh basikal ke sekolah aku pula

Secara tiba-tiba hujan tepat mengenai muka aku, lahh tiba-tiba pula hujan renyai-renyai ni

"Abang hujanlah" adu Misha di belakang

Terus aku melajukan kayuhan, janganlah sampai adik aku basah kuyup nak pergi sekolah ni

"Rileks lah bang, hujan renyai-renyai je ni" misha menepuk belakang aku, berharap aku memperlahankan kayuhan

"Renyai pun masih hujan juga"

Misha mengeluh di belakang, macam lah aku tak tahu yang dia tu teringin nak main hujan

Macam budak-budak sahaja

"Kan best kalau abang boleh berhentikan hujan ni" Misha memeluk aku dari belakang

"Maksud?" Layan kan sahajalah, lagipun boring kalau sunyi sahaja

"Yelah, kalau abang ada power untuk hentikan hujan ni kan mesti kita tak payah nak tergesa-gesa macam ni"

Terus aku mengeluh, adik aku ni terlalu banyak tengok drama lah

"Skreet.." aku memberhentikan basikal tepat di pagar sekolah adik aku

Terlihat masih sedikit pelajar yang datang, mungkin sebab gelap lagi kot, atau mungkin gelap sebab nak hujan

"Bye abang, hati-hati bawa basikal" Misha menyalami tangan aku

Terasa dewasa pula diri ini

"Misha belajar elok-elok, math tu fahamkan jangan nak harapkan kawan sahaja" tegur aku, Misha memang lemah math dari dulu, kadang-kadang kalau aku sibuk untuk dia tanya tentang math dia pergi tiru kawan dia

Adik oh adik...

"Alaa abang ni tahu-tahu je, dahlah bye"

"Ehh kejap" sebelum sempat adik aku melangkah jauh terus aku menarik nya kembali

Lantas aku mencium dahinya, lantaklah orang tengok ke apa ke lagipun aku ni abang dia kot apa masalahnya?

Kalau budak-budak remaja pegang-pegang tangan tiada pula mahu menegur

"Ishh apa abang ni, orang tengok lah" Misha memuncungkan bibirnya

"Biarlah orang tengok pun, Misha kan adik abang"

"Dahlah bye kali ni jangan tarik Misha lagi tau" pesan Misha dan terus masuk ke pagar sekolah

Aku hanya tersenyum dan segera mengayuh basikal, selalunya destinasi aku selepas menghantar adik aku ke sekolah rendah aku akan bergerak ke sekolah aku pula

Tapi kali ini destinasi aku berlainan

💮💮💮💮💮

"Fateh stock dekat belakang tu baru sampai tolong susun dekat tempat ye" arah bos aku

Eternal LoveWhere stories live. Discover now