3

38 6 36
                                    

"Assalamualaikum" terdengar suara seorang lelaki yang memberi salam dari luar rumah

Terus aku mengintai melalui tingkap, walaupun mak cik aku ada di luar rumah tapi hati aku ni masih lagi tertanya-tanya siapa gerangan si pujangga tersebut

Cehhh ayat...

"Waalaikummussalam, ye Zaquan" terus terkejut aku bila mendengar nama si pemilik suara

"Zaquan? Dia kenal mak cik aku rupanya" terus aku mengambil tudung sarung yang berada di dalam katil dan berjalan ke luar rumah

Terus aku berjalan perlahan menghampiri mereka, makin hampir makin rasa menyesal pula sebab keluar rumah tapi padahal masa dalam rumah tadi bukan main laju nak keluar

Aku menghampiri mereka sehinggalah mak cik aku sedar akan kehadiran aku disitu

"Ehh Misha, sejak bila ada dekat belakang mak cik ni? Takpelah ni mak cik nak kenalkan Zaquan dia tinggal dekat seberang jalan rumah kita je" terang mak cik aku, aku pula hanya mengganguk perlahan

"Padahal bila aku tanya dia tinggal mana tak nak bagitahu, ceh mamat ni" aku pandang mak cik aku sahaja ketika itu, Zaquan langsung aku tak pandang

Malas...

"Zaquan, apa kata ajak Misha jalan-jalan tengok sekitar kampung sebab Misha lepas datang sini tak keluar rumah, takut nanti kang kalau suruh dia pergi kedai dekat simpang sana tu pun boleh sesat nanti"

Gurauan mak cik yang mengaibkan aku, tak keluar rumah pun jadi bahan lawak juga zaman sekarang ni ye

Barulah aku memandang ke arah Zaquan, mengharapkan bahawa dia menolak pelawaan tersebut malu lah kalau dia terima nanti

"Saya ok je mak cik"

Ternganga mulut aku, jangan cakap lalat je boleh masuk kumbang pun boleh masuk juga ni

"Kejap, mana boleh kita jalan berdua nanti apa cakap orang kampung pula kan?" Dalih aku, tapi nak ikutkan logik juga kan takkan nak berjalan berdua dengan Zaquan ni

"Betul, tapi sapa cakap kita berdua kau tak nampak ke adik perempuan aku dekat belakang ni?" Zaquan membongkokkan badannya sedikit supaya aku dapat melihat adiknya yang sedari tadi berada di belakangnya

Ternganga lagi mulut, tapi bukan aku yang salah pun sapa suruh badan Zaquan ni yang besar sangat kan dah tak nampak adik dia yang dekat belakang ni

"Adik, salam mak cik dengan kak Misha" arah Zaquan kepada adik perempuannya itu

"Assalamualaikum akak, nama saya Zahirah" terus budak tersebut turun dari basikal dan berjalan ke arah aku

Comel budak ni, aku karung nanti baru tahu

"Jadi Misha, boleh tak ni?" Mak cik aku pula bersuara, apahal rasa cam kena arranged married pula ni

Terus aku mengganguk perlahan, lagipun tiada alasan untuk aku tak ikut pusing-pusing kampung ni kan

Bila lagi boleh buat

🌱🌱🌱🌱🌱

"Akak ni lawa lah" terus aku tersengih-sengih bagai kerang busuk di situ

Budak kan tak menipu jadi betul lah ni, malu lah macam ni

Aku berjalan bersama dengan Zaquan dan Zahirah, basikal nya pula hanya ditolak oleh Zaquan dari belakang aku dengan Zahirah dah kedepan dulu

"Misha" panggil Zaquan dari belakang

"Ye apa dia"

"Kau nak tengok bahagian mana dulu dekat kampung ni?"

Eternal LoveWhere stories live. Discover now