23-Memori

30 6 28
                                    

Baju yang berada di dalam bakul itu aku libas satu persatu, sejak kejadian tu Misha dah jarang keluar rumah

Pergi sekolah pun tidak, disebabkan perangai jantan keparat tu adik aku ketakutan sekarang ni, nasib aku masih lagi memikirkan lagi tentang maruah keluarga kalau tidak memang aku dah bawa parang

Setelah selesai menjemur kain terus aku masuk ke dalam, hari sekolah macam ni memang aku kerja pagi dan kena ponteng lagi nasib ibu dan ayah aku tiada di rumah boleh lah aku rahsiakan perkara ni

Lagi-lagi ayah aku, kalau dia tahu aku bekerja memang nanti di ambil lah semua duit gaji aku

Terus aku mendatangi bilik adik aku, selalu sangat terperap dalam bilik tak elok juga

"Tok,tok,tok"

"Adik" aku menunggu di luar bilik selama beberapa minit tapi masih juga tiada jawapan

Kalau nak masuk adik aku ni perempuan, takpelah bagi tahu dari luar jelah

"Abang keluar dulu tau, baju abang dah jemur kalau dah kering nanti tak payah angkat biar abang je tau, makanan ada atas meja tu kalau lapar makan" pesan aku

Terus aku berdiri di muka pintu masih menunggu jawapan

"Ok" jawap Misha ringkas

Takpelah ok tu kira fahamlah tu, terus aku keluar dan memakai kasut, kali ni aku akan fokus dalam bekerja

Mana tahu kena naik gaji ke apa ke

💮💮💮💮💮

"Ok mak cik semuanya RM 10.23 sen, terima kasih" ucap aku ramah

Hari ni aku bekerja sebagai cashier, sebenarnya tak tetap pun nak kerja bahagian apa dekat supermarket ni sebab supermarket ni memang tak ramai pekerja

Kalau bahagian cashier tak ramai mana yang ada sahajalah kena ganti kalau bahagian susun barang tak ramai orang lain ganti

Macam tulah

Terus mak cik tersebut memandang sinis ke arah aku dan berbisik kepada kawannya di sebelah

Aku pula hanya kekal dengan senyuman di bibir, takkan nak ditanya pula nanti tak pasal-pasal bakul sayur yang mak cik tu pegang hinggap di kepala aku

Nanti jadi berita sensasi

Lepastu tiba-tiba tiada siapa yang mahu berbelanja di sini, kalau tiada pelanggan tiada duit kalau tiada duit macam mana nak kerja lepastu gaji macam mana

See, jauh dah otak aku pergi

"Sama-sama dik, lagipun RM 10 ni lagi mahal berbanding yang kat rumah" terus mak cik itu berlalu pergi

Aku pula memasang muka terpinga-pinga, apa benda yang mak cik ni cakap ni

"Hai Fateh" senior aku yang mula menampakkan diri menegur aku

Ni jelah senior yang aku paling rapat sekali kalau yang lain macam tak nak berbual sangat dengan aku ni

"Abang Aqmar" tersenyum aku memandangnya

"Macam mana first time jadi cashier? Best?" Abang Aqmar duduk di sebelah aku

Terus aku menggeleng, tak best langsung ramai yang pandang sinis dekat aku ni

"Lahh kenapa?"

"Tadi ada mak cik tu kan dia pandang Fateh ni sinis je lepastu dia cakap yang RM 10 lagi mahal dari yang kat rumahlah apalah" aku mimik balik apa yang mak cik tu cakap

"Ooo" abang Aqmar hanya mengganguk kecil, dia seakan tahu apa yang dimaksudkan

"Kenapa bang? Ada benda yang saya tak tahu ke ni?" Aku menggoyangkan bahu abang Aqmar, kenapa macam benda penting je ni

Eternal LoveWhere stories live. Discover now