1

46 6 33
                                    

"Assalamualaikum anak-anak muridku yang selalu tak siap kerja sekolah, pagi ni cikgu nak perkenalkan seorang pelajar baru"

Terus cikgu yang name tag nya tentera Zainalina berpusing menghadap aku yang tercegat di depan kelas tersebut

"Macam tu je dipanggil anak muridnya, kalau aku tak siap kerja sekolah dia nanti memang dibongkarkan nya ni" sempat lagi aku overthinking sebelum masuk ke dalam kelas

"Hai assalamualaikum, nama saya Nur Misha iman binti Abdullah mohon bimbingannya" terus aku membongkok kan badan sedikit, dah macam drama Korea pula setiap kali scene pergi sekolah baru

"Ok Misha, pergi duduk sebelah.... Zaquan sana tu ye" terus cikgu Zainalina menunjuk ke arah tempat duduk kosong yang berada di sebelah pelajar lelaki yang sibuk bermain dengan pensil nya itu

Terus aku mengganguk perlahan dan berjalan ke arah meja yang ditunjuk cikgu

"Lelaki tu macam tak perasan je kehadiran aku ni" terus aku duduk di meja tersebut

Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh bakal kawan classmate aku, ada pelajar perempuan yang pandang aku dengan pandangan.... Tak puas hati

"Baru je nampak muka nak bagi pandangan macam tu ingat lawa ke"

Ada juga pandangan mata lelaki yang macam menggoda...

"Eiii geli aku" dengan pantas aku mengeluarkan buku teks aku dan buku tulis buat-buat sibuk dengan benda yang berada di depan mata dari pandangan mata yang memandang aku dengan pandangan yang kurang menyenangkan

"Welcome to 1A, nama je kelas A tapi orang dalam kelas ni takdelah A mana akhlaknya lagi-lagi pasal kroni belakang kelas tu" zaquan menoleh memandang kroni yang berada di belakang kelas

"Thank you I guest, maksud kau kroni belakang kelas tu yang perempuan pandang aku macam tu ke?" tertarik aku mendengar ayat yang diucapkan oleh Zaquan ni muka macam orang yang banyak tahu semua benda

"Ha,ah kau kena hati-hati sikit dengan diorang tu sebab kroni tu memang pantang kalau nampak ada pelajar baru lagi-lagi perempuan dalam kelas ni lepastu lawa pula tu" Zaquan kembali bermain dengan pensil nya itu

"Jap, lawa? Diorang tak nampak ke parut dekat muka aku ni" terus aku mengusik bawah mata aku, berparut kesan daripada kemalangan tu walaupun tak adalah banyak mana tapi masih nampak

"Aku rasa parut bawah mata kau tu tak tutup seri wajah kau pun, tak boleh bayangkan time parut tu tiada"

"Wow terima kasih lagi sekali"

"Sama-sama, jangan lupa ingat pesan aku hati-hati dengan kroni perempuan dekat belakang tu lagi-lagi yang sanggul tinggi tu dari tadi dia asyik pandang kau"

Terus aku cuba untuk menoleh kebelakang, betul ke dia asyik pandang aku dari tadi?

"Jangan pandang, kalau kau eye contact dengan dia je memang dia sampai kau habis sekolah menengah kau menempah malapetaka"

Terus aku dengan laju berpaling semula ke depan, aku ni datang sekolah menengah biasa ke sekolah Henry Gurney ni?

"Terima kasihlah sebab bagi aku banyak tunjuk ajar ya Zaquan, kau mesti dah banyak nampak semua benda kan?"

"Biasalah, diorang punya mulut tu lancang sangat, aku dulu selalu kena kutuk sebab dulu aku cam lembut sikit"

"Sekarang?"

"Aku cuba jadi maskulin lah ni, ubah diri bak kata orang"

Terus aku mengganguk perlahan, tapi yang pelik kenapa kelasnya sekarang ni macam tak belajar je dari tadi aku dah keluar buku

"Sekarang masa math kan? Kenapa macam tak belajar je ni?"

"Cikgu math cuti bersalin, cikgu Zainalina tu cikgu relief je siapa je nak dengar cikgu relief kan?"

"Lupa nak bagitau kau, dalam kelas ni ada seorang pelajar lelaki yang kau kena hati-hati juga nama dia.."

"Anieq!" Terdengar jeritan seorang cikgu lelaki dari luar kelas

Secara automatik kepala aku menoleh ke luar kelas, jeritan cikgu tu sampai bergegar jam dinding di dalam kelas aku

Terus cikgu tersebut masuk ke dalam kelas sambil memegang rotan yang panjang dan tebal, muka memang nampak penuh dengan perasaan marah yang amat

Mata cikgu tersebut tak lepas memandang ke arah pelajar lelaki yang dengan santai hanya tidur di belakang kelas

"Anieq!" Panggil cikgu disiplin tersebut lagi

"Ye cikgu..." Pelajar bernama anieq itu mula bersuara

Aku yang melihat adegan drama yang berlaku di depan mata itu hanya memandang cikgu tersebut dan pelajar yang dinamakan anieq itu silih berganti, dalam beberapa jam dah ada banyak drama berlaku

"Kamu ni memang tak sedar diri kan boleh kamu merokok depan muka saya ya anieq, sini ikut saya ke bilik disiplin" Terus cikgu lelaki tersebut menarik tangan anieq keluar dari kelas

"Wow" bisik aku perlahan

"Anieq and ketua kroni belakang tu yang sanggul tinggi tu couple jadi faham-fahamlah"

Terus aku mengeluh perlahan kalau macam ni lah jadinya, macam mana aku nak hadap untuk 4 tahun mendatang?

💮💮💮💮💮

"Assalamualaikum, Misha dah balik dah mak cik" aku meletakkan kasut sekolah aku ke tepi dan lantas membuka kunci pintu rumah yang diletakkan di tepi beg

"Mak cik?" Panggil aku lagi sekali walaupun dah terang lagi bersuluh tiada orang di rumah

"Haish...." Terus aku berjalan menuju ke bilik tidur, rasa macam nak terus berbaring di atas katil dan tidur

"Assalamualaikum my room" aku meletakkan beg sekolah di atas meja belajar dan dengan gaya kuak lentang aku melompat ke atas katil sambil mata melilau melihat keadaan sekeliling bilik

Bilik ni pak cik yang catkan, katanya sebab pak cik tak sabar nak merasa seakan ada anak perempuan terus dicatnya semua dinding di dalam bilik ini warna pink

Terus aku bangun dan berjalan ke arah gambar keluarga yang diletakkan di atas meja. Terlihat gambar aku yang ketika itu masih bayi, mama dan juga ayah aku yang berada di dalam gambar itu

Terus gambar itu aku peluk erat, ini sahajalah gambar yang boleh mengubat rindu aku kepada mama dan ayah aku dan dengan gambar ni sahajalah aku boleh mengingati wajah mereka

Terus aku termenung di atas katil, setiap kali melihat gambar itu aku rasa macam ada benda yang kurang, rasa macam ada benda yang perlu aku cari

Tapi apa benda tu?

"Pumm..." Terdengar bunyi barang jatuh di dapur, terus aku menelan air liur

"Bukan aku seorang je ke kat rumah sekarang ni?"

Eternal LoveWhere stories live. Discover now