26-Memori

44 7 82
                                    

( ok bab ni agak ekstrem ye, maybe sebab bab ni adalah pengakhirannya??)

💮💮💮💮💮

"Misha!" Aku terbangun, mata aku melilau mencari kelibat Misha

Air mata yang sudah bercucuran jatuh aku lap menggunakan lengan baju

Terus aku bangun untuk mencari misha, tolonglah aku harap dia tak apa-apa

"Arghh!" Luka pukulan yang aku terima tadi aku sentuh melalui lengan baju, terdapat banyak darah keluar dari bahagian belakang kepala aku

Terus aku keluar dari bilik Misha, namun mata aku terlihat pula mayat ibu dan ayah yang sudah tergeletak di atas lantai

Dengan teragak-agak aku keluar dari rumah, namun langkah kaki aku terhenti, kalau aku nak cari Misha macam mana dengan ibu dan ayah

Aku mula menangis tidak tentu arah, kenapa semua benda ni jadi pada aku? Tolonglah ya Allah bagilah aku berehat

Terus mata aku terpandang kan lampu rumah milik jiran aku yang masih menyala

Dengan pantas aku bergerak menghampiri rumah tersebut

"Tok,tok,tok" aku mengetuk pintu rumah tersebut sekuat tenaga, luka yang berada di belakang kepala dengan erat aku tekap menggunakan lengan baju

"Tolong! Tolonglah saya" berkali-kali aku mengetuk pintu rumah jiran aku tersebut, namun tiada balasan

Secara tiba-tiba jiran aku menutup lampu di rumahnya, terkedu aku

Kenapa ni? Aku hanya meminta pertolongan sahaja? Salahkah aku?

Terus aku melihat sekeliling taman tersebut, terlihatlah mereka semua menutup lampu rumah mereka

Seakan-akan memberi maksud enggan menolong aku

"Kenapa ni?! Aku minta tolong je, please lah!" Rayu aku lagi, kali ini lebih kuat

Aku terdengar salah satu penghuni rumah menjawab rayuan aku itu

"Kami takkan tolong keluarga pelacur! Berambus!" Halau penghuni rumah tersebut

Lantas aku mengetap bibir, merayu pada mereka tiada guna nya terus aku keluar dari kawasan jiran aku itu

Lantas aku bergerak ke basikal aku

Ada satu lagi tempat untuk aku meminta tolong sekarang ini

Balai polis

Mata yang seakan sudah mulai kabur itu aku tidak hiraukan, yang aku risaukan sekarang ialah Misha

Terus air mata aku mengalir deras

💮💮💮💮💮

"P...polis" lemah aku memasuki balai polis tersebut

"Kenapa ni dik" pegawai polis yang berada dekat dengan pintu masuk itu memapah aku masuk

"Tolong saya polis... a...adik saya kena culik d..dengan orang jahat" aku berjaya menghabiskan satu ayat walaupun aku tercungap-cungap

"Haa?!" Polis tersebut terkejut memandang aku

"Takpe adik duduk dulu sini" polis tersebut memapah aku supaya duduk di tempat menunggu itu

Lantas aku duduk, kaki aku sudah semakin lemah sekarang mahu melangkah pun aku tidak mampu

"Abang pergi bincang dengan ketua abang sekejap" sebelum sempat polis itu bergerak aku memegang bajunya

"A..ayah dengan i...i...ibu saya kena bunuh, tiada orang pun nak tolong"

Eternal LoveWhere stories live. Discover now