13

30 7 31
                                    

Aku hanya berbaring di atas katil dalam keadaan yang lembik, patutlah semalam aku takde tenaga untuk melayan Fateh

Rupanya sebab aku demam

"Demam ni yang malas ni" habis suara aku, nak mengumam pun suara aku dah habis

"Tulah Misha, semalam bukan main bersemangat kan hari ni dah demam" mak cik aku berbaring di sebelah aku

Aku hanya tersenyum kecil, nasib baik aku period, jadi aku boleh baring je atas katil ni tanpa perlu memikirkan untuk bangun solat

"Dah, kalau tak sihat juga kita pergi klinik ye" aku memang tak suka pergi klinik

Sebab, satu dapat ubat baru yang kena dihabiskan, dua aku takut andai kata suntikan diperlukan

Aku hanya mengganguk pasrah, demam-demam ni aku malas nak bercakap banyak

"Dah tidur, mak cik nak angkat kain sekejap" mak cik aku menampalkan cool fever di kepala aku

"Cool fever bukan untuk budak ke?" Aku meraba-raba dahi aku yang ditampal cool fever itu

"Dalam peti ais ada banyak, lagipun dulu masa pak cik dengan mak cik decide nak jaga misha memang kitaorang ada banyak belikan ubat dengan cool fever, takut kalau Misha demam macam sekarang ni" mak cik aku tergelak mengingat memori silam

Aku mengukir senyum pasrah, nak bercakap tapi suara aku kadang-kadang on kadang-kadang off macam perasaan crush aku dekat aku

Terus aku menggeleng kepala perlahan, apa pula yang aku fikirkan ni

"Dahlah, jangan lupa tidur tau" mak cik aku menggusap kepala aku dan keluar dari bilik

"Ehh nak keluar dah ke?" Pak cik aku yang baru sahaja ingin masuk ke dalam bilik aku hanya tergamam di muka pintu

"Keluarlah jom, Misha tu nak rehat" mak cik aku menarik lengan pak cik aku supaya beredar

"Kalau macam tu, take care my niece" segera mak cik aku menutup pintu

Macam sedia maklum, pak cik aku kan jenis yang dramatik orangnya

💮💮💮💮💮

"Kesian betul kau ni" Fateh duduk bersimpuh di atas katil aku

"Kenapa pula?" Nasib lah aku rasa baik sedikit selepas tidur tadi, boleh lah aku layan hantu ni

"Takdelah, penat sikit je demam, kau mesti tak biasa berjalan kan?" Terasa bagaikan Fateh menghina aku pula

"Biarlah, tahulah kau tu hantu yang takde rasa demam tapi tak payahlah bising-bising" aku kembali memejamkan mata

"Alaa, cakap sikit sentap, cakap sikit sentap" Fateh menjelir lidah kepada aku, kurang asam keping betul

"Dah, selamat tidur Misha moga cepat sihat" Fateh menyelimuti aku dan menghilang dari pandangan

Baik pula Fateh kali ni, kalau tak dulu degilnya minta kena cekik

💮💮💮💮💮

"Ting"

Segera kepala aku terjengul keluar dari selimut apabila mendengar suara notification dari telefon aku

Hari ni dah hari Isnin, tapi disebabkan demam aku tak elok lagi, terpaksalah aku cuti

Terpaksa konon, padahal suka sahaja maklumlah mak cik aku tak bagi kalau nak sesuka hati ponteng ni jadi ni lah peluang aku

"Hah?, Chat dari anieq?!" Terus terduduk aku, keadaan diri yang sedang demam ini aku lupakan buat seketika

"Macam mana dia dapat nombor chat aku?" Termenung aku seketika, tak pernah lagi aku dengan anieq main tukar-tukar nombor ni

"Ooo mesti dalam group kelas ni" aku melepaskan nafas kelegaan

Mesti dia dapat nombor aku dari group kelas, lagipun whatsapp profile aku gambar aku. Tapi takde gambar aku keseluruhan sebab aku ada crop bahagian dalam gambar tu yang dirasa aesthetic

Maklumlah nak tunjuk muka penuh ni aku malu, jadi aku crop mana yang lawa

Faham kan? Haha

Dan nasib baik profile picture anieq gambar dia sendiri juga, tapi di crop di bahagian yang aesthetic tapi masih lagi nampak itu dia

Nasib profile picture anieq macam tu, kalau tak aku ingat stalker aku tadi

Terus aku membuka chat tersebut, alang-alang tu save nombor dia dululah kalau tak aku lupa ni siapa

Maklum, saya pelupa orangnya

Poyo 🙄
Take care Misha

"Aik, ni je yang dia tulis aku ingat nak tulis apa tadi" terus aku meletakkan telefon aku ketepi, niat untuk sambung tidur semula

Ehh tapi, macam mana pula anieq ni tahu aku demam?

💮💮💮💮💮

"Anieq" sihat sahaja dari demam terus aku datang ke sekolah dan berjumpa dengan dia

Selepas mengetahui bahawa anieq selalu datang awal ke sekolah, jadi inilah masanya untuk aku bertanyakan dengan dia beberapa soalan sebelum yang lain datang

Ingatkan nak tanya dalam chat tapi satu tick je, geram betul aku

"Hmm" jawab anieq acuh tak acuh

Wahh jantan ni, dah chat aku apa semua buat tak layan sahaja

"Macam mana kau tahu aku demam" malas nak belok lagi dengan si anieq ni, baik aku straight to the point je

Terdengar anieq melepaskan keluhan disitu, tapi betul lah kan aku tanya? Lagipun bukan pasal kes aku demam ni pun dia tahu

Warna favourite aku dia tahu lepastu bunga favourite aku pun dia tahu, apa benda ni?

"Dah sihat dah Misha?" Baru kali ini anieq mendongak memandang aku

Ditanya lain dijawab lain mamat ni

"Betul-betul lah anieq, nanti ada classmate kita yang datang nanti" gesa aku, dah tiada masa untuk bermain dah

"Muka kau pucat"

"Hah? Maksud?"

"Masa kau jumpa aku sebab nak ambil baldi tu, muka kau pucat lepastu tangan kau menggigil sikit" jelas anieq

"Kau perasan? Aku ingatkan aku dapat sorok sebab Zaquan dengan Amani tak perasan" penat aku sorok perasaan tak bermaya aku masa tu, tak nak hilangkan keseronokan mereka

"Hanya sebab diorang tak perasan tak bermakna aku pun sama, kau tu putih mulus Misha, bukan nya putih pucat" anieq tersenyum ke arah aku dan mula untuk berlalu pergi

Anieq ni kalau dengan aku cepat betul nak berlalu pergi

"And one more thing Misha" Anieq kembali ke arah aku

"I'm not stalking you, aku just rasa warna ungu dan bunga tulip tu sesuai untuk kau, itu sahaja" kali ni barulah anieq berlalu pergi

Wow, jadi selama ni dia tahu warna favourite aku dengan bunga favourite aku sebab dia rasa benda tu sesuai dengan aku lah ni?

Terus aku bergerak ke tempat duduk, menunggu pelajar yang lain masuk ke kelas







Stay tuned tau ❤️

Terima kasih sebab baca, vote dan komen 💌



Eternal LoveWhere stories live. Discover now