15

33 8 47
                                    

"Jadi, kau memang pernah cakap dengan anieq lah ni?" Amani masih lagi memeluk lengan sejak dari sekolah tadi

Aku hanya mengganguk sambil menyeka air mata, takut lah kalau sampai kena kunci dalam stor hanya sebab cakap dengan anieq

"Ooo" balas Amani ringkas walaupun aku tahu dia agak kecewa dengan aku, lagipun Amani dengan Zaquan dah banyak kali berpesan supaya tak cakap dengan anieq tu

Tapi aku ni degil

"Aku tahulah kau kecewa dengan aku, tapi Atikah tu tak payahlah sampai nak buat macam tu sekali" protes aku

Penat berjalan ni aku dah tak hiraukan dah, lagi penat mata ni yang asyik menangis dari tadi sampaikan aku nak mengayuh basikal pun sudah tiada tenaga

Nasib baik ada Zaquan, dialah yang tolak basikal aku dari sekolah tadi dan beg sekolah aku pun dipakainya

"Sebab tu kitaorang halang, sebab Atikah tu dia memang macam tu tau, benda yang kecil pun dibesarkan" Amani menggusap belakang aku

"Dia tak pernah kena panggil ke?" Aku menyeka air mata laju, kalau mak cik dengan pak cik aku nampak ni mahunya disoal dengan soalan yang bertubi-tubi

"Dia ada banyak cable" baru kali ini Zaquan mencelah dari belakang

Aku menggeluh faham, kalau nak dibandingkan aku dengan dia ni memang lain sangat

Orang yang ada cable ni mesti bukan orang sebarangan

"Ok Misha, dah sampai rumah kau"

Terus aku membuka pagar rumah dengan perlahan agar mak cik dan pak cik aku tidak tahu bahawa aku dah balik dari sekolah

Kalau boleh aku nak terus masuk ke dalam bilik dah menangis sepuas hati

Aku menghulurkan tangan aku kepada Zaquan, aku nak mengambil beg dan basikal aku yang dipegang olehnya

"Nah beg kau"

"Basikal?" Aku menunjuk ke arah basikal aku yang masih dipegang olehnya

"Esok Sabtu" balasnya

"Jadi?" Dah kenapa Zaquan ni jadi macam 'mamat' tu, cakap sikit-sikit

"Tayar basikal kau ni dah kempis Misha, esok kalau sempat aku bagi balik ye"

Terbeliak biji mata aku. Selama ni aku tak perasan pula tayar basikal aku kempis, aku main bawa je

"Kau nak bawa pergi kedai repair ke?" Tanya aku tak percaya, makan duit tu

"Taklah wei, buat goreng basikal ni"

Ish, dia ni. Orang tanya betul-betul dia boleh pula jawab main-main

"Yelah bawa pergi repair, dahtu?" Setelah dapat dibaca riak di wajah aku, barulah Zaquan ni jawab betul-betul

"Ehem" Amani tersenyum-senyum memandang aku dan Zaquan

Dengan laju aku menggeleng kepala, dah tau sangat apa yang bermain dekat dalam fikiran nya Amani ni

"Dahlah Misha balik dulu, Assalamualaikum" segera Zaquan berlalu pergi

"Tadi nangis, sekarang cam ada vibe-vibe kdrama, kau ni seriuslah?" Fateh terlihat duduk di atas pagar rumah aku apabila Zaquan dan Amani hilang dari pandangan

"Tak payahlah ungkit" air mata aku muncul kembali, terus aku berlari masuk ke dalam rumah

"Alaaa Misha" Fateh mengekori aku dari belakang

💮💮💮💮💮

"Janganlah buat macam ni Misha, apa yang kau nak sendukan sangat pasal si jantan ni" Fateh duduk di tepi aku

Eternal LoveWhere stories live. Discover now