27-Memori

48 6 18
                                    

Mak cik dan pak cik Misha hanya duduk di ruangan hospital itu

Pak cik Misha yang tidak senang duduk itu hanya berjalan mengelilingi ruangan tersebut sambil itu matanya mencuri lihat cermin tingkap di wad Misha

Terus pak ciknya menggeluh lemah terus terduduk, ingin memproses semua kejadian ini

"Kenapa abang saya tak bagitahu saya pun dia kelilit hutang" tangis pak cik Ezhan

"Mungkin sebab abang awak malu dengan awak Ezhan, korang dua kan bergaduh teruk dulu" mak cik terus datang ke arah Pak cik Ezhan dan memeluknya

"Memang kami bergaduh, tapi dia boleh je bagitahu saya Laila, saya ni bukannya teruk sangat sampai pinjamkan duit untuk keluarga sendiri pun saya nak berkira" pak cik Ezhan kembali menangis

"Lain orang lain cara berfikir" mak cik Laila menggusap belakang pak cik

"Nasib baik ada orang kampung yang bagitahu saya diorang kemalangan kalau tak saya takkan tahu apa-apa pun yang jadi tapi tengoklah sekarang ni, disebabkan nak lari dari ah long tu diorang sampai kemalangan kereta Fateh pula sekarang ni langsung tak dijumpai" meraung pak cik Ezhan disitu

Ada sesetengah orang kampung yang masih prihatin dan memberitahu pak cik Ezhan bahawa abangnya itu kemalangan, mayat abang dan kakak iparnya telah dijumpai, Misha pula masih selamat

Namun Fateh...

Pak cik Ezhan meraung lagi di dalam pelukan mak cik Laila

"Dah, jangan nangis-nangis lagi ya, awak tu kena kuat untuk Misha tau sekarang ni dia sahajalah anak buah awak yang ada" mak cik Laila menggelap air mata pak cik

"Kita jaga Misha ya lepas ni" terus pak cik bangun dari terus terduduk dan melihat Misha yang banyak dengan wayar itu

"Mestilah kita jaga Ezhan, tapi doktor cakap Misha mungkin koma atau pun hilang ingatan, perlu ke kita cerita pasa-"

"Tak perlu, cakap sahaja ibu dengan ayah dia meninggal dalam kemalangan pasal Fateh pula kita diamkan sementara waktu"

"Kenapa pula? Itu kan abang Misha kenapa dia tak boleh tahu" protes mak cik

"Doktor cakap yang kalau Misha terlalu terkejut dia akan kena sawan dan itu patut dielakkan sebelum terjadi apa-apa yang lebih teruk lagi, buat sementara waktu ni kita diamkan dahulu" terus pak cik terduduk di kerusi pula

Mak cik hanya mengganguk perlahan, memahami apa yang sedang cuba diterangkan oleh pak cik

"Tapi kalau dia dah besar nanti kita bagitahu kan?"

Pak cik mengganguk laju "Mestilah, macam yang awak cakap Fateh tu abang dia dan dia ada hak nak tahu tapi saya harap sebelum kita bagitahu tu saya dah jumpa mayat abang dia"

Terus mak cik menggengam erat tangan Pak cik, dengan ini mereka berdua berjanji untuk menjaga Misha

"Lepas Misha bangun je dari koma ni, kita akan pindahkan dia dari kampung ini" arah Pak cik

💮💮💮💮💮

"Abang!" Aku terbangun di suatu ruangan yang asing itu

Terus air mata yang bertakung itu aku lap, sekarang aku dah tahu semua benda dah sebelum pak cik dan mak cik aku bagitahu

"Abang!" Jerit aku lagi, terus aku bangun dan melihat di sekitar ruangan yang terasa asing ini

"Ruangan ni semua warna putih" bisik aku perlahan

Terus aku melihat diri aku, nampak seperti aku masih pakai baju yang sama semasa aku pengsan dibuat oleh Fateh itu

"Misha" seseorang memanggil nama aku

Terus aku menoleh ke belakang, terlihat Fateh yang sudah mendepakan tangan nya

"Abang!" Jerit aku lagi, lantas aku berlari ke arahnya dan memeluknya

Fateh membalas pelukan aku, erat

Terlihat Fateh yang memakai baju melayu berwarna putih itu, sama seperti baju yang pada awal-awal Fateh ingin pergi ke surau itu

Sebelum semua ini berlaku

Aku hanya menangis di pelukan Fateh, kenapa dia lambat sangat nak bagitahu yang dia ni abang aku? Kenapa?

"Abang bersyukur Misha selamat" Fateh menggusap kepala aku perlahan

"Abang..." Rintih aku perlahan

"Abang minta maaf sebab abang ambil masa yang lama untuk cari Misha, kalau abang cepat mungkin parut ni takkan ada" Fateh menggusap pula parut di bawah mata aku

Selama ni aku ingat parut tersebut disebabkan oleh kemalangan itu rupanya sebab ditoreh oleh ah long tersebut

Dan kemalangan itu pula direka

Aku menggeleng perlahan, aku tak kisah pun pasal parut ini sekarang ni tapi yang aku kisahkan adalah abang aku

"Nanti tolong cakap dengan pak cik dengan mak cik tau mana mayat abang, ok?" Fateh melutut di hadapan aku, supaya kami sama tinggi

"Lepastu abang akan pergi ke?" Aku menangis lagi

Kali ni terdiam Fateh atas pertanyaan aku, lantas dia memeluk aku lagi

"Lepas mayat abang dah jumpa abang takkan muncul lagi" senyum Fateh

Aku menangis lagi dan lagi

"Janganlah pergi teruskanlah hantui Misha sampai bila-bila" rayu aku, terus aku memeluk tubuhnya erat

Aku tak nak abang aku tinggalkan lagi

"Kalau boleh abang pun nak bersama dengan Misha sampai Misha jadi macam nenek pun abang nak tapi abang tak sanggup untuk tanggung sakit ni sayang" Fateh memegang dadanya

"Tapi abang takkan lupakan misha kan?"

"Soalan apa tu? Mestilah abang takkan lupakan misha ni, Misha satu-satunya adik abang, adik perempuan abang dan satu-satunya dunia abang" Fateh mencium dahi aku

Aku menggenggam erat tangan Fateh, aku tahu aku kena biarkan dia pergi walaupun hati ni berat

"Misha, dengar cakap abang ni elok-elok tau"

Aku mengganguk kecil

"Misha kena redha dengan pemergian abang ni, kalau tak abang rasa susah nak pergi" Fateh mula bangun dari duduknya

Aku hanya memandang Fateh yang mula menghilang itu, terus Fateh memberi pesanan terakhir

"Orang yang melepaskan kena lagi kuat dari orang yang dilepaskan"

💮💮💮💮💮

Mata aku terbuka secara perlahan-lahan, terus hidung aku dipenuh dengan aroma ubatan

"Mesti aku dekat hospital ni" belum sempat mata aku terbuka penuh aku dah mengetahui aku berada di mana

Terus aku melihat di tepi aku, terlihat mak cik aku yang sedang tertidur di sebelah aku sambil menggenggam tangan aku

Terus aku menggeluh lemah

Sekarang aku tahu aku dah kembali ke alam realiti, bukan memori lagi

Chapter memori end:





Stay stuned tau ❤️

Terima kasih sebab baca vote dan komen 💌

Dengan berakhirnya chapter memori ni, dengan ini berakhirlah karakter Fateh di dalam novel Eternal Love

Tapi still ada bab baru, sabar dulu ye







Eternal LoveOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz