24-Memori

33 6 35
                                    

Aku berpusing ke arah kanan, tidak selesa jadi aku pusing pula ke belah kiri masih lagi tidak selesa

Aku mengeluh lemah, semenjak kes aku gaduh dengan Misha hari tu semua benda yang aku buat semuanya rasa seakan tidak kena

Misha pula betul-betul larikan diri dari aku, dia bangun subuh-subuh jalan kaki dan terus ke sekolah, kalau balik dari sekolah pun dia mesti jalan kaki semula, aku hairan kenapa dia masih terus bersekolah di situ

Mungkin sebab ibu paksa

Kalau cuti pula dia bangun awal pagi dan buat sarapan macam biasa tapi kalau aku berada di dalam rumah dia buat-buat sibuk dekat luar kalau aku ada luar rumah dia buat-buat sibuk dekat dalam pula

Aku tak tahu macam mana nak buka topik dengan Misha sekarang ni, dia adik aku tapi kenapa aku rasa macam susah sangat nak borak dengan dia sekarang ni

Terus aku menggeluh lemah, tangan aku naik dan  menampar mulut aku yang berkata kasar dengan Misha tempoh hari

Kenapalah aku tak turun sahaja ego tu

"KREKKK"

Terus aku mengintai keluar bilik, terlihat ayah aku yang mabuk itu berjalan terhuyung-hayang masuk ke dalam rumah

Dengan gaya terhuyung-hayang ayah aku tu, habis melanggar semua barang yang berada di ruang tamu dan membuat bunyi bising

Ibu aku pula sudah cuba memimpin ayah masuk ke dalam bilik, aku merenung lama muka ibu aku itu

"Kenapalah ibu tak bercerai sahaja dengan ayah? Kalau ada ayah pun rasa macam tiada" keluh aku perlahan dan sambung berbaring semula

💮💮💮💮💮

"Tok, tok, tok" Assalamualaikum!" Jerit seseorang dari luar rumah

Aku yang baru sahaja bangun terus melihat jam loceng yang berada di tepi, siapa pula datang rumah orang pagi-pagi ni

"7.23 pagi, siapa pula datang pagi-pagi ni" lantas aku bangun dan membetulkan rambut aku di hadapan cermin

Dengan langkah yang malas aku berjalan menuju ke muka pintu, bagilah aku cuti lama sikit pagi-pagi Ahad ini

"Ye waalaikummussalam" aku membuka pintu rumah

"Ini rumah Misha ke?" Seorang budak lelaki sebaya adik aku bertanya

Aku meneliti atas bawah budak lelaki tersebut, siapa dia ni dan apa motif dia nak jumpa dengan adik aku

"Ha,ah rumah Misha, kenapa"

"Kalau boleh saya tahu Misha ada tak?" Budak lelaki itu bertanya lagi

Aku menggeluh lemah lantas melihat sekeliling rumah, tiada nampaknya Misha ni kalau dia ada mesti dia yang buka pintu dulu

"Tiada, Misha selalunya pagi Ahad macam ni pergi pasar beli barang dapur, ada apa ye?" Aku mula memaniskan senyuman

Kalau tak manis nanti ada pula yang menabur fitnah dekat keluarga aku lagi, cakap satu family tak ramah lah tak pandai layan tetamu lah

"Oo kalau macam tu saya pergi dulu lah ye" budak lelaki tersebut mula menaiki basikalnya

"Kejap" aku menahan tangan budak lelaki tersebut

"Alang-alang kau dah dekat sini jomlah masuk sekejap, kita borak-borak" aku mempelawa budak tersebut masuk

Aku pun tak tahu kenapa aku pelawa dia masuk tapi aku rasa aku nak buat jadi badan aku pun bergerak sendiri

💮💮💮💮💮

Aku memandang budak lelaki tersebut atas bawah, dari tadi aku mempelawa nya masuk tapi langsung budak ni tidak membuka mulut

Eternal LoveWhere stories live. Discover now