Prolog

17.6K 411 8
                                    

"RIZ, bangun. Lari"

Tubuhnya yang sedang berbaring di atas lantai digoncang oleh kembarnya Harraz. Mata yang terpejam rapat mula perlahan-lahan dibuka. Tangannya menggosok matanya sambil mulut menguap kecil.

"Riz, cepatla"

Tangan Harriz ditarik-tarik supaya dirinya cepat-cepat bangun. Harriz menggagahkan dirinya untuk bangun walaupun mata masih mengantuk. Wajah cemas Harraz dipandang. Seraya itu dirinya baru tersedar yang mereka sedang diculik.

"Aku jumpa jalan keluar. Jom"

Harriz menahan lengan Harraz. Wajah risau ditayangkan.

"Takpe ke lari?"

Harraz mengukirkan senyuman nipis. Faham akan adik kembarnya yang takut tertangkap kalau mereka melarikan diri. Namun apa boleh buat, daripada duduk di sini menunggu pertolongan yang entah bila mahu tiba, mereka perlu melakukan sesuatu.

"Run or wait to be save. I choose to run. Do you trust me?"

Lama Harriz diam sebelum kepalanya diangguk kecil bersama senyuman. Ya, dia percaya akan kembarnya. Dia percaya akan Harraz.

"Nampak ada lubang kat siling"

Harriz mendongakkan kepalanya ke atas.

"Kita lari ikut situ"

Kepalanya diangguk.

Segala barang-barang yang ada dalam bilik itu disusun oleh Harraz dan Harriz untuk memudahkan mereka memanjat. Dengan berhati-hati mereka mengesot dan menyusun barang-barang supaya tidak menyedarkan penculik yang berjaga di luar bilik mereka.

Hampir dalam 20 minit, mereka berjaya memanjat. Tanpa membuang masa, mereka mengikut susur alur lubang itu yang membawa mereka pergi dari bilik yang mengurung mereka. Laluan itu sempit. Jadi terpaksa mereka mengesot perlahan-lahan.

"Raz" panggilannya menghentikan langkah Harraz.

Harraz memandang ke bawah di mana Harriz memandang. Sekarang mereka tidak tahu berada di atas siling bilik mana. Yang pasti mereka masih dalam bangunan itu dan yang lagi parah mereka melihat seorang budak perempuan yang duduk di atas katil tepat berada di bawah mereka.

Harriz mendongakkan kepalanya memandang Harraz.

"No, we need to save ourselves first" ujar Harraz berbisik yang faham akan tenungan Harriz itu. Adik kembarnya itu seorang yang prihatin. Kadang mengutamakan diri orang lain lebih dari diri sendiri.

"Please"

Harraz mengetap rahangnya. Dengusan kasar dilepaskan. Kepalanya diangguk membuatkan Harriz tersenyum. Harriz menyuruh Harraz ke tepi lalu jejari segi empat tepat dibuka perlahan-lahan. Bunyi jejari yang bergesel menarik perhatian budak perempuan itu. Kepala itu mendongak memandang mereka berdua.

"Wanna run?"

Harriz menghulurkan tangannya kepada budak perempuan itu. Tinggi siling itu tidak jauh sangat dengan katil 2 tingkat itu. Jadi bonus untuk budak perempuan itu untuk join mereka lari.

"Run?" Soal budak perempuan. Bunga rose ditangannya dipandang. Ranting yang berduri itu telah membuatkan tangannya berdarah tapi dia tak rasa sakit malah kepada takut.

[ C ] Akhtar's : Cinta Yang BerduriDonde viven las historias. Descúbrelo ahora