23 | disclosure

34 2 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

"Koperal?". Suara mendatar Taehyung kedengaran membuatkan Aerwyna dan Jade serentak menoleh ke arah lelaki itu. Jade sudah terlebih dahulu mengetap kuat bibirnya setelah sedar dirinya telah terlepas kata. Renungan tajam yang diberi oleh Aerwyna sudah membuatkan jejaka itu gerun.

Taehyung memandang Jade dan Aerwyna silih berganti. Kening diangkat sebagai tanda inginkan penjelasan.

"Kim Aerwyna.. Or should I say Koperal Kim?". Nada suara Taehyung sudah kedengaran mendatar. Perasaan serba salah mula wujud dalam diri Aerwyna.

"Tae.."

"Kenapa? Kenapa kau tak jujur dengan aku selama ni?". Taehyung menyoal. Dirapatkan jaraknya dengan gadis itu. Aerwyna mengetap bibir rapat sebelum menunduk memandang lantai. Tidak sanggup menatap mata helang milik Taehyung. Dapat dirasakan aura kedinginan dalam diri lelaki itu.

"Penting ke semua tu sekarang?". Aerwyna membalas dengan soalan. Nada suaranya mengendur. Dalam rasa serba salah, wujud juga rasa ingin mempertahankan diri.

"Memang tak penting. Tapi aku rasa macam diperbodohkan hidup-hidup. Aku ajar kau cara pertahankan diri padahal kau dah tahu semua tu. Aku beria-ria lindung kau sebab aku taknak kau cedera sikit pun, but the fact that you can protect yourself dan tak perlukan aku hurts me a lot" hambur Taehyung dengan suara yang meninggi. Orang sekeliling yang melihat pertengkaran mereka diabaikan.

"No taehyung. Saya tak boleh protect diri saya sendiri. Seni mempertahankan diri saya belum cukup mantap. In fact, you always saved my life proving that I really need you. Saya minta maaf sebab tak jujur dengan awak selama ni. I'm sorry". Air mata Aerwyna sudah membasahi wajah mulus gadis itu. Taehyung yang melihat tidak dapat menahan perasaannya. Terus saja lelaki itu keluar meninggalkan mereka.



Aerwyna kekal menundukkan kepalanya ke bawah. Bila ditanya, hanya sepatah yang dijawab. Fikirannya hanya dipenuhi dengan wajah beku Taehyung. Aerwyna langsung tidak menyedari kehadiran Jade di belakangnya.

"Nah". Jade menghulurkan sebotol air mineral pada Aerwyna. Gadis itu menyambut dan dibiarkan dalam genggaman tanpa berniat untuk meminumnya. Jade merenung sisi wajah Aerwyna. Serba salah dibuatnya melihat wajah murung gadis itu.

"Saya.. minta maaf sebab terlanjur tadi. Saya risaukan koperal. Jadi saya tak dapat nak tahan kata-kata yang keluar dari mulut saya" ucap Jade ikhlas. Aerwyna memandang Jade sebelum menghadiahkan senyuman nipisnya. Baginya lambat laun Taehyung akan tahu juga. Jadi bukan salah Jade. Tapi salah dirinya sendiri kerana sembunyikan hal itu.

"Kenapa?" soal Jade tiba-tiba. Aerwyna menoleh memandang jejaka itu.

"Kenapa apa?"

"Kenapa Koperal tak beritahu Inspektor Kim perkara sebenar? Kenapa Kop tiba-tiba berhenti bekerja dekat tempat lama kita?" soal Jade. Kepalanya sarat dengan soalan-soalan itu.

"Aku memang dah tak nak jadi polis. Sebab itu aku berhenti. Mama dan papa aku dulu memang tak setuju dengan keputusan aku. Disebabkan minat, aku abaikan nasihat mereka. Akibatnya, mereka buang aku. Mereka dah tak terima kalau aku balik untuk jumpa mereka. Kesannya, sampai sekarang aku tak dapat berjumpa mereka. Apa yang terjadi pada mereka pun, aku tak tahu" terang Aerwyna panjang lebar. Jade mengangguk faham.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now