09 | kdrama's

39 3 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Setelah mendapat beberapa informasi berkaitan Jeon Soo Jin, Taehyung membawa langkahnya ke arah Yoongi yang sedang memandang salah seorang lelaki bertubuh sasa yang sudah jatuh melutut di hadapan jejaka itu dengan pandangan tidak puas hati.

"Kenapa ni?" soal Taehyung sebaik sahaja tiba di hadapan Yoongi. Yoongi mencebik seketika.

"Dia melawan tadi. Kena hentak dengan aku, terus diam" terang Yoongi mengundang tawa sinis di bibir Taehyung. Tanpa membuang masa, Taehyung memberitahu maklumat yang didapati kepada Yoongi.

"Kita masih belum dapat tangkap suspek. JK ada dekat dalam. But he's not the suspect. Ni information yang aku dapat buat masa sekarang". Telefon pintar Taehyung yang sedia terbuka di ruangan notes diserahkan kepada Yoongi. Segala maklumat yang Jungkook berikan tadi dicatat di dalam notes.

"Twin brother?". Yoongi mengerutkan keningnya sewaktu membaca perkataan yang tercatit di dalam notes itu.

"Yes"

"Macam mana kau boleh terlalu percayakan mamat tu? You're weird". Yoongi menyuarakan keraguannya.

"Scar. Jungkook tak ada scar dekat muka dia. While suspek yang kita cari ada parut dekat bahagian muka" ujar Taehyung ringkas.

"Just because he has no scars, you assume he's not the suspect we're looking for?". Sekali lagi Yoongi berasa ragu-ragu. Taehyung mengerutkan keningnya. Ibarat rohnya dan Yoongi kini telah bertukar jasad. Selalunya, dialah yang paling sukar untuk mempercayai bukti yang tidak kukuh.

"Siasat lah dulu. Tapi, lepas je kau dah dapat kepastian yang Jungkook bukan suspek, tolong bersihkan nama dia dan terangkan pada semua kita sedang mencari Jeon Soo Jin, bukan Jeon Jungkook" arah Taehyung sebelum berpaling semula untuk masuk ke dalam di mana Aerwyna dan Jungkook masih menunggu.

"Wait, apa yang membuatkan kau terlalu yakin Jungkook is not the one we're looking for?" soal Yoongi. Taehyung berjeda seketika sebelum menoleh sedikit sahaja ke arah Yoongi. Senyuman nipis di bibirnya membuatkan Yoongi semakin bingung. Personaliti lelaki di hadapannya itu seakan-akan 50% berubah!

"It's Aerwyna. And I believed her" balas Taehyung. Melihat wajah Yoongi yang tergamam mendengar kata-katanya, Taehyung melebarkan senyuman sebelum berlari anak menuju ke arah Aerwyna.

Sebaik sahaja Taehyung melangkah masuk ke dalam ruangan bilik Jungkook tadi, suara gelak tawa Aerwyna dan Jungkook terlebih dahulu menyapa sistem pendengarannya. Hatinya tiba-tiba sahaja terasa panas sehingga membuat tindakan refleks dengan menggenggam kuat penumbuknya. Muncul urat-urat di sekitar lengan akibat genggaman yang agak kuat.

Wajah kacukan canadian milik Aerwyna menyapa pandangan jejaka itu pula. Dijeling tajam wajah Jungkook yang masih tersengih lebar. Apa entah yang lucu sangat.

"Aerwyna, we should go now". Taehyung mencelah perbualan di antara Aerwyna dan Jungkook dengan selamba. Aerwyna mengangkat pandangannya memandang Taehyung.

"Ha? Okay okay sekejap. Bagi saya 5 minit" ujar Aerwyna sebelum pandangannya kembali terarah kepada Jungkook.

"Cerita Hotel Del Luna awak dah tengok?"

MATE | KTHDonde viven las historias. Descúbrelo ahora