14 | fall for her

43 2 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

"Taehyung". Kim Taehyung serta merta mengangkat wajahnya apabila namanya diseru. Kelihatan Yoongi berjalan perlahan mendekati lelaki itu.

Dari jauh lagi Yoongi sudah perasan akan Taehyung yang tertunduk itu.

"Are you crying bro?" soal Yoongi bersama gelakan kecil. Melihat mata Taehyung yang memerah buatkan hatinya terusik. Kelakar sungguh. Perkara ini bukannya selalu berlaku. Taehyung menangis? Wow, kena rakam nih.

"Tak. Aku terlelap" balas Taehyung selari melarikan matanya dari menatap Yoongi. Yoongi mencebik. Jelas sangat menangis tu. Masih nak menipu lagi.

"It's okay bro. I'm sure she's fine" ujar Yoongi. Taehyung memandang ke bawah lama sebelum perlahan mengangguk.

Pintu bilik kecemasan terbuka dari dalam membuatkan Taehyung dan Yoongi berdiri tegak secara drastik lalu meluru ke arah doktor lelaki yang berpakaian serba putih itu.

"Macam mana doktor?". Taehyung menyoal.

"Kami lega kerana luka Cik Aerwyna tidak begitu dalam. Cuma bukaan luka dia tu boleh tahan besar. Jadi, mungkin ambil masa yang agak lama sedikit untuk sembuh". Taehyung menggigit bibir bawah sebelum mengangguk perlahan.

"Macam mana dengan darah dia doktor? Darah dia boleh tahan banyak juga yang keluar tadi". Doktor tersenyum nipis.

"Kami ada periksa tentang darah dia juga, but the results is fine. Cik Aerwyna tidak mengalami pendarahan yang banyak"

"A-are you sure doc?"

"Yes"

Yoongi di sebelah Taehyung yang lama mendiamkan diri mula mencelah.

"Boleh saya tahu, agak-agak doktor la kan dari segi bukaan luka pada pinggang Aerwyna tu rasanya suspek guna pisau lipat atau pisau dapur?"

"Dari pandangan saya, saya yakin pisau lipat. Sebab sekiranya suspek gunakan pisau dapur, kami mungkin akan mengalami kesukaran dalam proses menyelamatkan Cik Aerwyna. Dan peluang Cik Aerwyna diselamatkan itu sangat tipis unless her body is able to survive" terang doktor panjang lebar. Yoongi dan Taehyung mengangguk kecil.

"Oh- saya lupa nak bagitahu. Kim Taehyung yang mana ya?"

"Saya"

"Ha, Cik Aerwyna cari Encik. Awal lagi dia dah tanya keberadaan Encik". Taehyung mengangguk laju. Kaki terus di bawa masuk ke dalam ward peribadi yang menempatkan Aerwyna. Mengapa ward peribadi? Untuk memudahkan polis membuat rondaan dan mengawal ketat keselamatan Aerwyna. Sudah semestinya semua itu adalah arahan dari Taehyung.



Aerwyna menyadarkan tubuhnya di kepala katil. Sekali sekala mukanya berkerut menahan pedih yang menjalar di tubuhnya. Teringat kembali peristiwa yang menghentamnya semalam. Bukannya Aerwyna tidak melawan balik. Ada juga berlaku pergelutan. Tetapi disebabkan tubuh suspek yang lebih besar dan tegap mustahil untuk Aerwyna kalahkan.

Bunyi pintu yang terbuka dari luar menghentam sistem pendengaran Aerwyna. Gadis itu mengangkat pandangan dan dihalakan ke arah pintu.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now