24 | show stripes

33 2 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

"Woi". Sergahan Yoongi membuatkan Taehyung yang sedang dalam dilemanya berdecit geram. Nasib lah kawan sendiri. Kalau tidak penumbuk sulungnya sudah hinggap di muka kacak Yoongi itu.

"Kau kenapa ni?" soal Yoongi. Sudah 3 hari wajah Taehyung dari mula datang balai hinggalah tamat waktu bekerja cemberut saja.

"Tak ada apa lah. Jangan sebok hal aku" marah Taehyung tidak semena-mena semakin menguatkan tekaan Yoongi bahawa rakannya itu memang sedang dilanda masalah.

"Marah pula. Orang tanya je" ujar Yoongi sambil mencebik. Disebabkan rasa rimas dengan Yoongi, Taehyung segera membayar harga minumannya di kaunter dan berlalu meninggalkan Yoongi.

"Taehyung, tunggu lah! Aku nak tanya sesuatu ni". Tindakannya yang memikirkan Yoongi takkan mengikutnya salah sama sekali. Tergesa-gesa Yoongi mengejar langkah Taehyung dari belakang.

"Apa dia.."

"Mana Aerwyna? Biasanya kau akan bawa dia pergi kerja. Tapi, dah lama aku tak nampak dia. Ada apa-apa terjadi ke?" soal Yoongi yang tidak menyedari soalannya itu menambah lagi kusut kepala Taehyung yang sedia berserabut.

"Tak tahu" balas Taehyung ringkas. Pelik Yoongi dibuatnya.

"Apa dah jadi ni Taehyung. Kau memang taknak berkongsi dengan aku ke? Kau dah tak perlukan aku kalau kau ada masalah? Macam tu?". Langkah Taehyung terhenti. Dirinya yang tak terurus betul-betul memerlukan seseorang untuk diluahkan.

Setelah menceritakan segalanya pada Yoongi, Taehyung berasa sedikit tenang. Perkara pertama yang Yoongi lakukan ialah mengeluh berat. Taehyung lebih selesa mendiamkan diri setelah itu.

"Kenapa kau buat macam tu dekat dia?" soal Yoongi. Ketara sangat rakannya itu tidak menyebelahinya. Taehyung menunduk lemah. Dalam 3 hari ini, makan minumnya langsung tidak teratur. Perutnya lebih banyak diisi dengan minuman beralkohol.

"Aku faham perasaan kau Taehyung. Tapi.. bagi aku, kau tak perlu marah sampai macam tu sekali. Mesti ada sebab kenapa dia sorokkan perkara tu. Dia takkan buat macam tu kalau takde sebab tertentu. You know her better than me Taehyung..". Kali ini, perasaan serba salah berjaya melawan ego Taehyung. Taehyung kekal tertunduk. Berita Aerwyna langsung tidak sampai ke pengetahuannya. Gadis itu ibarat memang bernekad untuk mereka tidak akan berjumpa lagi amat menakutkan Taehyung.

"Apa aku nak buat sekarang ni?" soal Taehyung pada Yoongi. Yoongi mengerutkan keningnya memandang Taehyung.

"Kau ni dah betul-betul kritikal ni. Takkan lah benda simple pun nak aku aku ajar juga? Aku ni kalau tak jadi polis memang jadi doktor cinta eh? Sudah! Jangan tanya aku apa-apa lagi! Fikir sendiri! Ingat budak-budak ke nak aku fikirkan untuk kau? Aku ni awek pun takda lagi" bebel Yoongi seorang diri.



Aerwyna berjalan perlahan menuju ke rumah sewanya. Selepas saja keluar dari rumah Taehyung, gadis itu membawa diri ke rumah sewanya yang lama. Nasib menyebelahinya apabila pemilik rumah itu memberinya peluang sekali lagi untuk menghuni rumah itu.

Rindunya pada Taehyung tidak pernah hilang. Cintanya pada jejaka itu juga tidak pernah pudar. Namun semua itu telah dilawan dengan ego. Ingat Taehyung sorang je yang pandai menangkan ego? Ego Aerwyna lebih tinggi lah.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now