20 | insomnia

34 3 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

"Taehyung, macam mana? Dapat tak?". Yoongi yang berlari dari jauh terus mendapatkan Taehyung. Taehyung hanya menggeleng lemah menjawab pertanyaan rakannya itu. Yoongi menghela nafas berat.

"Eh abang kau ni makan apa hah kecik-kecik? Payah betul nak tangkap" bebel Yoongi pada Jungkook yang setia duduk di sebelah Taehyung. Jungkook menjuihkan bibir. Disebabkan abang kembarnya, dia sahaja yang sentiasa dimarahi.

"Mana lah aku tahu. Makan nasi la, takkan makan dedak ayam pulak"

"Eh kurang ajar betul budak ni—"

"Yoongi". Suara tegas Taehyung serta merta menghentikan pertelingkahan mereka berdua. Jungkook dan Yoongi memandang ke arah Taehyung yang sedang mengurut pelipis sambil memejamkan mata itu.

"Pergi sambung gaduh dekat luar" arah Taehyung lebih kepada menghalau sebelum merebahkan tubuhnya di atas sofa di dalam bilik pejabatnya itu.

"Kau masih—"

"Ya"

Belum sempat Yoongi menghabiskan ayatnya, Taehyung terlebih dahulu menjawab bagaikan sudah tahu apa yang ingin ditanya oleh lelaki itu.

"Eyy dua mangkuk ni kang. Memang tak reti hormat orang yang lagi tua eh?". Marah Yoongi sambil matanya bergilir-gilir memandang Jungkook dan Taehyung. Jungkook mengeluh berat.

"Aku lagi yang kena. Asyik-asyik aku" gumam Jungkook sebelum perlahan berdiri dan meninggalkan pejabat Taehyung. Tidak betah duduk lama-lama dengan Yoongi. Mereka berdua dari pertama kali berjumpa pasti akan bertengkar walaupun disebabkan hal remeh.

"Sampai bila kau nak hadap insomnia kau ni? Takkan takde ubat?" ujar Yoongi. Taehyung yang memejam mata rapat lantas meletakkan lengannya di atas mata.

"Ada ubat. Cuma aku je malas nak buat research" ujar Taehyung. Yoongi menjeling Taehyung dengan jelingan malas sebelum melabuhkan punggung di sofa yang Taehyung baring itu.

"Kau masih lagi dapat mimpi tu?" soal Yoongi. Sirius sahaja bunyinya. Pantas Taehyung bangkit dari pembaringan dan berura untuk keluar dari bilik itu. Tidak minat akan topik yang dibuka oleh Yoongi ini.

"Sampai bila kau nak hadap benda ni? Cuba kau bagitahu aku. Kau tu polis Kim Taehyung. Macam-macam penyakit boleh serang kau secara tiba-tiba hanya disebabkan insomnia kau ni. Takkan benda macam tu pun kau tak boleh fikir?" marah Yoongi.

Taehyung melepaskan keluhan sebelum mata dipejam rapat.

"Cuba kau bagitahu aku pulak, selama ni ada ke aku blackout masa kerja? Takde kan?"

"Jangan cakap besar Taehyung. Kalau kau biarkan benda ni makin berlarutan, tak mustahil untuk kau kena semua tu. Lebih baik mencegah dari menyesal di kemudian hari". Yoongi mendekati Taehyung yang setia membelakanginya.

"Pergi lah cuba tidur. Lawan sikit insomnia kau tu. Aku tahu kau boleh" ujar Yoongi. Taehyung mengangguk kecil. Belakang tubuh Yoongi yang ingin beredar dari biliknya dikerling sekilas.

Yoongi menutup pintu bilik Taehyung sebelum langkahnya laju bergerak mencari Aerwyna.

"I have too Taehyung. Kalau tak sampai bila-bila kau akan berdegil. Kalau kau ni jenis mendengar kata takpe la jugak" gumam Yoongi seorang diri.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now